kasutVINCCI

4.18.2006

BENGANG

Sori lah, tajuk entry kali ni kurang enak didengar. Masa menulis ni pun kv masih lagi tak hilang perasaan marah dan sakit hati.

Kalau kawan bloger ada mengikuti catatan kv sebelum ni mungkin perasaan yg kv dan hubby pernah kena blackmail. Kv dah pun dipanggil oleh badan penyiasat jabatan. Settle. Pas tu pulak dipanggil oleh panel penasihat tatatertib. Settle. Tiada tindakan terhadap kv dan hubby sbb tuduhan tidak benar sama sekali. Masalah pun selesai. Bos kv pun tak sakit kepala dah.

Kv pun malas nak pening lagi, tukar department. Malas nak berhubung dengan pelanggan sbb kalau masih ada yg sakit hati kat kv mungkin akan ambil kesempatan menyamar sebagai pelanggan seperti sebelumnya.

Kerja berjalan lancar dan kv pun dah lena tidur malam. Siasat punya siasat dah dpt sikit clue org yg buat jahat tu. Tapi kami pikir panjang jugak. Kesian kat my bos yg bertungkus lumus menyelesaikan masalah ni. Kalau kami buat onar kat org tu, bos kami jugak yg kena. So, kami pendamkan sahaja rasa terkilan tu. Minta pada Allah supaya org tu dpt pengajaran dan insaf.

Hari ni, my bos panggil lagi kv dan hubby. Surat dari pihak atasan. Katanya my bos kena tindakan tatatertib sbb tak menyiasat tingkah laku anak buah dan membiarkan anak buah sewenang wenangnya. NI kes blackmail dulu la tu. Bila tgk tandatangan, rupanya org baru. Baru bertukar ke department tu. Benda dah selesai lama dah, dia bukak balik. Mana kv tak sakit hati. Geram nya hanya Allah yg tahu. Tak pasal pasal my bos kena tindakan tatatertib.

Bodoh betullah (sori la bahasa kv untuk kali ni mungkin sedikit kasar). Kenapa tak online utk semua. Org yg ingin mengambil tindakan tatatertib terhadap my bos tu jugak dibawah seliaan geng yg menyiasat kes ni dulu. Macamana ni? Pegawai bawahan dia tak buat kerja ke atau dia yg tak tahu buat kerja? Mangsa nya adalah kami.

Entah lah, kv pun dah tak tau nak cakap apa. Yg kv tau dia org tu berlagak pandai ajer. Menyusahkan my bos pulak nak menjawab surat tu. Terpaksa bukak fail lama nak mencari bukti bukti yg kes ni dah diselesaikan. Aduhai....

Kv tau ini ujian buat kami. Tapi yg kv tak boleh nak terima nyer, benda dah selesai dibuka balik oleh org yg tak tau apa2. Kv tau kelemahan manusia. Tapi sebelum apa2 tindakan dibuat biarlah kita tau selok beloknya. Jgn nak berlagak pandai. kan malu sendiri.

My bos dok pujuk kv suruh senyum. Tak payah risau. Kv langsung tak boleh senyum. Kv bukan risau pun. Yg kv tau sekarang kv sakit hati dan geram. Kv tinggalkan bilik bos cam tu saja. Hubby cuba dtg pujuk, katanya tak payah risau. Namun kv tak boleh bercakap sekarang. Kv rasa geram yg teramat.

Ya Allah ya tuhan ku, biarkan la benda ini berlalu pergi dari hidup ku. Bukan tidak boleh menerima dugaanMU. Namun jadikan aku insan yg mampu memikulnya. Kv dah istighfar byk2. Hati pun dah cool skt. Sikit aje lah. Namun kv masih lagi geram.

Sori my friends, terpaksa baca luahan kv. Kv tak boleh nak cakap ngan sesapa waktu ni. Hanya kat sini kv boleh luah perasaan.

--------------------oOo--------------------

15 Comments:

Blogger Sir Mute Key Chicks said...

takper kak kasut,
saya pembaca luahan hati yang setia.


p/s: cuba akak baca plak entri n komen pasal kawan makan kawan di http://www.eisz.blogspot.com

1:07 PM  
Blogger WRA said...

org baru tu nak tunjuk dia buat kerja kot....sbb tak dok kerja sangat kot masa baru2 masuk, biasala dok? rilek aa KV...sikit lagi ok la tuh...kalu bos pun kata ok...

1:12 PM  
Blogger abi said...

mmg semua itu ujian semata2. apakah kamu mengaku kami beriman sedangkan kami tidak menguji kamu? Allah tny kita. :)

3:31 PM  
Blogger Kopi Suam said...

KV,
cerita lah details..tak tahu nak bagi komen mcm mana...kalau tak boleh gak bagi idea mcm mana nak das org2 baru yang berlagak ni..


apa-apa pun berdoa banyak2 pada ALLAH jauhkan diri kita dari musuh2 yang terlihat dan tak terlihat. Dunia ni macam2 manusia yang ada....

balik nanti tenang2 kan hati ok

4:43 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

KENKAWAN SEMUA,
Rasanya masalah ni dah diselesaikan dgn cara baik. Cuma Kv kesian sgt kat bos kv krn tak pasal2 dia kena tanggung semua. Sedang kan dia langsung tak salah. Terima kasih atas pandangan dan nasihat. Kv dah cool, mood ceria dah mai balik. Dan boleh bekerja dgn hati yg gumbira. Thanks everybody!!!!

9:46 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

welcome to malaysia.

10:10 AM  
Blogger NBK466 said...

Bagus nya BOSS camnie... Ni lah BOSS yg sebenar...kalau anak buah tak buat salah..sanggup pertahan biarpun diri dihina & dicaci... (apa daa ayat merapu den pepagi ni...)

10:28 AM  
Blogger Sya said...

Sabar ajerlah KV.. Allah akan sentiasa bersama ngan org yg sabar. cam boss KV tu cool aje

11:58 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

Insyaallah nanti di suatu hari nanti pasti kebenaran akan terserlah jua.... :)

ceria selalu.. ok KV?

1:08 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

semut,
hang merapu apa pulak nih...hik hik hik.

nbk 466,
kv pun bersyukur sgt dpt bos yg prihatin. Susah nak jumpa kan?

kak sya,
kv percaya setiap masalah ada jln penyelesaiannya. Cuma kadang2 kita perlu luahkan agar kita rasa lebih tenteram.;)

1:08 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6:07 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

mungkin dengan cara meluahkan macam ni boleh rasa lega kot...

ada hikmahnya...think positive....

6:08 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kv..tau ke sapa hantu sbnrnya? kalau tau, nape tak face to face ngan dia? kiranya kv ni penyabarlah.

10:40 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

ayu,
kv dah ceria balik dah. Tp time geram tu, rasa semua org kv nak makan. Macam la lut.heheheheh.

alang,
trimas sbb sudi singgah blog kv. Setiap org pasti diuji kan. Caranya aje yg berbeza.

blackpurple,
hmmm..sejak ada blog sendiri ni kan, kv dah boleh release tension tau. Sbb kita boleh kenal ramai org. Boleh kongsi masalah, boleh kongsi pengalaman. Best!

kak syikin,
bukan kv tak nak face to face ngan org tu. Sbb buktinya tak nyata. nama lagi surat layang, menyamar la kan. Tapi ada clue2 membuat kan kami tahu yg tu kerja dia. Hubby dah nak pegang org tu, tp second bos tak bagi takut keadaan jd lagi teruk.Rasanya sabar kami masih terkawal kot.;)

8:55 AM  
Blogger aNIe said...

Takpelah KV...luahan hati yang dicurahkan di sini sikit lebih kurang dpt meringankan bebanan dan ade kala komen2 rakan cyber dpt menyejukkan sedikit hati yang sedang geram tu...

Betul kata alex...orang batu tu nak tunjuk dia buat kerja kot. Orang yang suka mencari kesilapan orang lain ni sebenarnya ingin menutup kekurangan diri sendiri...

Biarlah KV...yang penting dulu bende tu dah selesai...

So tenangkan hati...kalau hati tak tenang nanti kerja kita pun bercelaru...

Senyum sikit lagi....

10:53 AM  

Post a Comment

<< Home