kasutVINCCI

4.30.2006

kv balik kampung hari jumaat pagi. Selalunya balik petang khamis lagi. Tidur rumah mak satu malam. Tapi hari tu rasa penat sgt. Tu yg balik hari jumaat. Singgah pasar ikan tepi jalan, beli ikan gelama. Best jugak rendam air garam, goreng dan makan panas2. Pas tu singgah beli perut lembu. Nak buat air asam. Makan tengah hari reramai memang best lah. Kecoh dan gamat.

Lepas makan, takde benda nak buat. Cuaca mmg hangat kata org utara. Sakit kepala dibuatnya. Hubby ajak gi mandi air terjun. Rumah mak kv kan dekat ngan Jeram Pasu dan Jeram Linang. Kami pilih nak gi jeram linang sebab kat situ luas dan teduh. Banyak pokok pokok. kat jeram pasu tempatnya sempit dan panas sket. IV pernah gi kan?

Sampai kat Jeram Linang org punya la ramai sampai kan kena park kat atas bukit. Dekat pejabat hutan. Tapi ok la sbb kat situ dataran kejat. Dekat mini zoo. Pengunjung punya la ramai. Xtvt tentu la mandi dan BBQ.

Suasana kat kolam bawah. Kat sini ada byk kolam. Paling atas kena naik tangga entah berapa ratus anak tangga. La ni dah tak kuasa kv nak memanjat tetangga tu. Masa muda remaja dulu, pantang gi mesti sampai kat atas. Bebudak penuh dlm kolam. Airnya sejuk sgt. Mmg best lah.

dekat sejam kami kat situ, so beransur pulang. Nak balik tu punya la ramai org tgh masuk. Jammed.


Hang nadim with sepupunya. baru lepas mandi air terjun.masa ni dah nak balik dah.

petang dalam pukul 7.00 malam, kami bertolak balik rumah MIL.

pagi sabtu macam biasa xtvt kemas rumah. Hari lain MIL yg buat.;). Basuh baju, lipat baju, kemas almari dan semua lah. Pas tu acara memasak utk makan tgh hari. Hubby gi beli itik rumah sedara dia. So, menu tgh hari, udang goreng pedas lengkuas, ayam bakar dan itik goreng. Celur baby corn cicah budu.

lepas asar, gi ronda-ronda. KB mall la, kat mana lagi. Tgh syok meronda tu, tertengok pak guard 2 org dan 2 org lagi staff kb mall tgh pegang budak yg nak mencuri fire estinguisher (betui ke eja ni). Tak semena mena sorang pak guard tu tendang budak tu. Agaknya budak tu cakap benda yg tak elok kot. Tetiba budak tu meronta dan terlepas. Masa adegan kejar mengejar tu, habis di langgar pengunjung. Mmg geram la tgk. Stroller baby pun di heretnya. Terkejut badak bapak baby tu. Org ramai pakat kepung. Kat escalaltor habis dilanggar pengunjung. Akhirnya tertangkap jugak. Hmm...teruk lah kena budak tu. Nak buat jahat kat tempat awam. Siapa nak biarkan. Dari pemakaiannya rasanya budak punk.

turun escalator tu jumpa osman kering. dia pun tgh meninjau kejadian tu. borak ngan dia kejap. katanya ada show kat rtm. sempena konsert diraja. tak sempat nak gi lah. malam ni lah kot. sbb dia buat 3 malam.

LG buat roadshow. Mcm2 acara. best la jugak sbb ramai yg dpt hadiah. Hello moto pun (motorola) buat show jugak. Bebudak tentulah dpt belon.

kami dinner kat kfc. Ingat nak makan pizza sbb dah lama tak makan. tp takut hang nadim boring menunggu pulak sbb kelmarin dia selsema. tp tak demam. takut dia meragam. Tapi ok ajer dia. So, kv makan chicken chop dan hubby makan snate plate hot and spicy. hang nadim share ngan kita org lah. punya la byk dia makan.

sambil tu survey baju batik utk hubby sbb kena pakai masa annual dinner nanti. Butik jafferson Sale sampai rambang mata. Baju batik selai 49 ringgit jer. Beli satu percuma satu. Mana nak cari. Hik hik hik. Tgk kat butik lain 280 ringgit harga biasa. Kat jefferson tu bukan kain sutera. Kain kemeja biasa tapi lembut dan sejuk cam sutera jugak. Nanti nak gi beli kat situ lah.;)

--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger Nik Ha said...

Yeay no.1..he..he..
Best ah mkn2 umah kv.selera kg, kena dgn selera k.nik ;)
KV nak tau akak dah dkt 30thn ni tak penah gi lg jeram pasu ke, jrm linang ke @ mana tpt air terjun kat kelate nih. maklumla masa duk kelate masa sekolah mana mak bg gi tpt2 cegitu.bahaya katanya. dah duk u, gi tpt perkelahan area s'ngor @ pantai brtlah. Balik kg pun bkn sempat gi bekelah.Pantai Irama sempatlah gi sbb plg dkt dgn umah.
KV, doakan akak dpt balik keje kat kelate scpt mungkin deh. Tok saba nok merendet di KB plok..he..he..

2:10 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

kv, akak rasa kv n suami sehati sejiwa bab jalan2 ni. betui dak? suka akak baca aktiviti shopping korang..meriah karey rasanya.ahaks.

huishh..mendebarkan sungguh aksi kejar mengejar tukan. real pulak tu.

akak masa duduk kelantan 2 thn dulu, ada gaklah p dua tiga pantai kat sana,lupa dah nama apa..

mmg best shopping kat kb ni,terutama masuk pasar khadijah tu..tp yg spoilnya, tikus2 besar penumbuk..adus..

9:02 PM  
Blogger FaEzHussain said...

salam kenal

aduii bestnya menu makan tengahari. lepas tu berendam di jeram pula.

saya pun nanti akan duduk di KB gak insyaAllah. bley la kita berkenal-kenalan. :)

1:37 AM  
Blogger ibuVouge said...

kv
nak recipe udang lengkuas...mcm best!!
salute kv sbb pandai masak itik..Iv pandai makan..ahaks..!!nleh share recipe ye

dua dua dah pegi..jeram linang@jeram pasu..Iv suka jeram Linang.Jeram Pasu tu amatla dekat ngn umah MIL..Iv balik klte either Jeram atau pun Tok Bali/semarak ,msti pegi..
PCB yg tak sampai lagi,..huby x nak bw..kata dia xde apa apa :-D

8:59 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak nik,
heheheheheh. Nanti bila dah balik dok kelate, boleh mandi air terjun puas puas. Pantai irama tu boleh katakan dekatla jugak ngan rumah MIL.Kv doakan kak nik sekeluarga dpt balik dok kelate dgn segera. Aminn.

kak syikin,
tu la kan, selalu jugak borak ngan hubby pasal hobi kami yg sama, suka meronda. Kalau dulu (awal kawen) lagi la, tiap2 malam keluar. La ni dah malas skit. Lagi pun anak baru sorang. Kalau berderet tu, haruuuu.

Kak faez,
terima kasih dan kv amat terharu sbb akak sudi singgah blog kv. Ada jugak kv baca blog akak kadang2.
Hmm...nanti nak dok HKB ke HUSM. Ke pakar perdana. Boleh la kita kenal.

9:02 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

IV,
tok bali pemandangan nya lawa. PCB tu hanya ada pemecah ombak dan hakisan aje. Boleh shopping barangan batik. Tapi kalau nak banding harga, baik beli kat pasar siti khadijah atau pasar MPKB.

udang goreng pedas lengkuas tu saje kv letak sendiri nama sbb tak tau nak taruk nama apa. Sambal udang biasa aje. Cuma tambah lengkuas lebih sikit. Rasanya lain dan best la. Selalunya kalau seafood kv akan masak gitu.

9:11 AM  

Post a Comment

<< Home