kasutVINCCI

5.24.2006

SUKAN

Hari ni gege riuh kat ofis kv mengundi. Bukan mengundi pilih presiden ke apa. Tapi mengundi utk kumpulan sukan. Alaa..macam kat skolah dedulu tu. Kumpulan merah, biru, kuning tu lah.

kat ofis weol, dibahagikan kepada 4 kumpulan. A,B,C dan D. Pemilihan kumpulan ni dibuat 2 tahun sekali. Takkan asyik nak kumpulan sama jer kan. Kena lah beralih angin. Tahun ni pemilihan nampak lebih adil. Ada 4 kategori. Gred A untuk yg kiranya terrer main, yg gred B bagi yg boleh main, gred C untuk yg biasa dan gred D utk staff wanita (ada 11 org jek). Wanita tu tak kira la yg pandai main ke tidak.

Tahun sudah kv group C. Tahun ni pun group C lagi. Hai..harapnya presiden kumpulan tahun ni dpt yg berkaliber lah. Kekekekekek... mmg saspen masa pakat gi cabut undi tu. Saling kutuk mengutuk kononnya kumpulan masing2 lah yg hebat. Gege riuh lah.

Paling terdekat nak adakan perlawanan badminton. Mungkin minggu depan kot sbb Jun ni dah ada match antara district. Ahli group masing2 pakat dok demand nak baju lagu tu, seluar lagu ni. kekekekekek..yg pening tentu boss la. Rasakan, sapa suruh jadi bos. Muakakaka.

Lepas badminton, nak adakan pulak match bowling. Nasib baik kv dah gi try main. Kalau tak nanti kv jadi ratu longkang lak.;)

La ni ketua kumpulan masing2 belum tau lagi sbb anak2 buah semua belum habis cabut undi. Kata pengendali, nak kasi lebih saspen. Yo lah tu.

Masing2 dah atur strategi ni. Siap pesan bagai kat ahli kumpulan supaya keluar training tiap petang. Semangat weh. Kv tak kuasa lah nak kluar training. Rumah kami dah la jauh dr ofis tu. Kalau sempat, main kat belakang rumah dgn hubby jer lah.;)

Pas ni mungkin akan ada pentanque, ping pong, indoor game mcm dart, carom dan lain2 lagi. Selain semangat berpasukan, boleh merapatkan hubungan antara kakitangan. Jgn lepas ni ada yg bermasam muka sudah lah.

--------------------oOo--------------------

10 Comments:

Blogger Alinlai said...

majulah sukan untuk negara ke ke ke....bestnya siapa ada kump. sukan lagi...buat la lagu tema kump. lagi meriah :)

2:39 PM  
Blogger abi said...

petong (pentanque) pun ada ka? huhuhu.. hebat2...

3:18 PM  
Blogger Sya said...

KV..ka sya weekend ni ke kuching utk sukan kementerian.. manager carom walupun tak tau main carom dan pemain wanita utk boling... so doa2 le leh menang hadiah

5:57 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak alin,
lagu tema belum ada. Tapi dah pakat dok cari nama kumpulan masing2 ni. Takat ni pakat rahsia lagi.Kekekekekee

dato' seri,
semuanya ada. Ala..lagi pun space utk gelanggang petong kecik jer kan.

kak sya,
selamat maju jaya. Best la kementerian buat sukan sampai ke kuching. kekekekek. Boleh makan angin sekali. Pengurus carom? Nanti jgn lupa bawak bedak tau! Kekekekekeee

8:08 AM  
Blogger Alinlai said...

he he he...lama tak main karom, habis le bedak...tadak bedak guna tepung boleh ka?

8:29 AM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

sukan ek?

ya.saya kena menghadapinya sampailah saya pencen.iskisksik

9:05 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak alin,
dah takdak bedak, tepung pun berguna jugak.kekeke

semut,
dah pencen ni tak nak teruskan ker?

kak pb,
yo lah tu.;)

1:04 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

akak baca pun jadi excited semacam.ahaks. kuat sungguh aura sukan kat ofis kv nih:)

3:12 PM  
Blogger NBK466 said...

Kat sini sukan2 begitu dibahagikan ikut Jabatan..kalau Family Day baru devide into groups. Bagiuh ler tempat keje buat aktiviti begini...tak ler berkarat dpn files or PC jerk..he..he..he..

3:14 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

a.l.a.n.g,
gitu lah lebih kurang.HIks

kak syikin,
tgh semangat nih. Saling kutuk mnegutuk tu yg tak tajan nak gelak. Bukan kutuk betul pun. Mmg dah biasa gitu. Yg suspennya ketua kumpulan masing2 tak tau lagi. Set set ketua pakat dok berdebar takut dpt pasukan yg lemah. Kekekekekee

nbk,
seronok lah jugak kan. Selain mengeluarkan peluh, eratkan hubungan kakitangan, dapat jugak makan free dan baju free. Tu yg syok tu. Hik hik hik

3:43 PM  

Post a Comment

<< Home