kasutVINCCI

5.17.2006

selamat hari guru..

kv nak ucapkan selamat hari guru pd semua yang bergelar guru. Tak kira secara formal atau tidak, asalkan ilmunya disebar dan memberi manafaat kpd seseorang. Walaupun lewat sehari tapi rasanya tak menjadi masalahkan.(kelmarin sedikit bz, tak sempat nak buat en3)

kpd guru2 yg kv kenal, kakak kv, anak2 menakan kv, kak we, kak alin, ayu, cikgu gitar, bekas guru sekolah rendah, sekolah menengah dan utm dan lain lain yg kv lupa nak taip kat sini. Tak lupa gak pd arwah ayah kv (guru quran). Selamat hari guru.

teringat zaman skolah dulu. Hari guru akan disambut dgn ucapan pengetua. Ada lagu utk guru. "Kami guru malaysia, berjanji dan berikrar...bla bla bla (Tak ingat), kv pun turut bersemangat sama nyanyi sekali. Pas tu ada sukaneka antara guru dan pelajar, ada persembahan dedikasi. Ada anugerah mcm2. Guru plg tinggi, plg rendah, paling cerah masa depan (botak), paling lawa (phewitt), paling garang, paling kelakar, paling semua lah. Sampai menangis nangis cikgu terharu. Kami pun turut sama bergenang air mata.

masa skolah jugak, kalau cikgu tanya cita2, mesti kv akan cakap nak jd cikgu sbb kv suka alam persekolahan. Sampaikan cikgu kv suruh ubah cita2 sbb semua bercita cita nak jadi cikgu, jadilah eksekutif katanya. Hik hik hik.. Tapi cita2 tinggal cita2 ajer. Kv pun tak tau camana boleh terpesong masuk line teknikal nih. Hmmm...tukang kira2 lak tu. Kv bukannya mahir matematik pun. Tapi at least, kerja kv pun berbakti kepada rakyat katanya. Ekekekekeke

bila ada ex cikgu mai ofis kv kalau ada urusan, mesti kami pakat dok terimbau kenangan lama. Tak sangka boleh bercakap ngan cikgu as kv ni dah dewasa. Kalu dulu takut2 jer. Tapi bila kv tgk kakak dan anak2 menakan kv jd cikgu, dgn time table dia org, rasa tak sanggup pulak. Kerja cam kv la ni style flexible sket.

apa pun selamat hari guru...besar sungguh jasa guru, kan.

kita masuk cerita lain pulak (kekekekeke..hari ni double en3 sebab kemarin tak sempat)

Tembakau Darat

Ada sesapa rakan blog yg pernah dengar tak. Kalau org kelate kv rasa mesti ada yg pernah dengar. Before kawen dulu, kv selalu dengar dan tgk yg dah siap ajer, tak pernah tgk cara pemprosesannya.

Bila kawin dan dok rumah MIL baru kv tau camana pokok dia dan cara2 nak jadikan dia tembakau yg boleh digulung dalam daun rokok (apa nama daun tu kv lupa, nanti kv bagi tau kemudian).


Ni la pokok tembakau darat. Camana dia dpt nama pun kv tak tau. Pokok tembakau ni berbeza ngan pokok tembakau biasa. Lebih renek dan daun nya lebih meruncing. Tembakau ni che yg tanam.

Bila dah tua, che akan petik daun dia dan peram dulu dlm guni. Nak kasi dia masak dulu (kaler hijau tua akan bertukar kuning sikit)

Ni daun yg selepas diperam. Tulang daun tu akan dibuang terlebih dahulu. Pas tu susun daun dan gulung, tak nak bagi terburai, kena la ikat daun tu. Biasa che guna daun nenas utk mengikat. Kalau pakai getah takut rosak daun pulak.

Lepas daun yg disusun tu digulung, proses mericih pulak. Gulungan daun tu di masukkan ke dalam lubang (alat utuk meletak daun semasa proses memotong/mericih), pisau besar dan tajam akan digunakan untuk memotong. Macam kita potong daun utk buat kerabu tu, tapi guna alat ni. Kv rasa, tiang yg ada lubang tu, untuk meng control saiz potongan. Tapi memotong kena la cepat, tu yg pisau kena tajam. (Sori yer, kv tak ambik gambar masa che memotong daun, segan la kat dia, nanti dia pikir kv ni tak betul pulak, ekekekeke)

bila dah siap potong daun2 tu, mak akan tolong mensaizkan (buat segi empat) daun tembakau tu ke atas papan jemuran (nama dia kv lupa ~ gambar di bawah).

Nampak tak yg kaler coklat tua tu dah jemur banyak hari. Coklat muda tu baru sehari dijemur. Jemur tu ikut keadaan la. Kalau hari panas terik, daun akan cepat garing. Baru boleh dibuang dari papan jemuran tu (papan tu dianyam dari buluh).

Bila dah boleh diguna (hisap rokok gulung ngan daun nipah kot), mak akan lipat2 masukkan dlm plastik dan seal kan dia. Satu plastik 2 ringgit. Murah la kot. Tapi ok la sbb mak dan che boleh tambah pendapatan. Tak penat sgt nak proseanya pun.

Biasanya ada peraih yg akan datang ambik kat rumah. Bila dah habis jual, dia akan hantar duit jualan tu. Yg untung nya hang nadim la, boleh masuk celeng (tabung).



--------------------oOo--------------------

7 Comments:

Blogger NBK466 said...

Tgk tembakau tu terus merasa nak gi hisap rokok jap...hi..hi...hi...

4:07 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

nbk,
ooooo...perokok tegar rupenyer.

4:47 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

heheh..kali ni rasa belajar kelas geografi pulak. very informative..

kv, arwah atok saya hisap rokok tembakau nilah.

12:51 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

lupa pulak, terima kasih ya resepi daging bakar tu. eh..panggang atas dapur ke or dlm oven?

12:56 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak syikin,
org tua2 mmg suka hisap rokok daun ni. At least kalau kv share kat sini ramai yg dpt informasi berguna.;)

daging bakar tu lebih best kalau panggang atas dapur, guna arang. Kalau dlm oven rasa hangit2 tu takdak. kekekekekeke.

8:17 AM  
Blogger ontahsapo said...

disebabkan tak hisap rokok, so tak kisah sgt hal tembakau ni..tapi tembakau yg tulis cerita 'kartini tu kenal la...dan aku masih menyimpan koleksi berharga dia....

1:08 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak bie,
email address kv : bandito_danish@yahoo.com.my

a.l.a.n.g,
org tua kan, takdak kerja, bercucuk tanam boleh gak keluarkan peluh. Pas tu boleh tambah pendapatan.

OS,
kartini tulisan tembakau? Tak pernah dengar pun. Best tak?
Oh ya, mu hubby pun tak merokok, tapi dah depan mata kv kan, apa salahnya kv share kat sini.;)

2:55 PM  

Post a Comment

<< Home