kasutVINCCI

7.27.2006

BAJU RAYA.

Jangan pulak ada yg kerut kening baca tajuk en3 kv kali ni. Hmmm....kat pejabat kv dah kecoh pakat dok beli kain pasang buat baju raya. Errrrkkk... naik heran kv. Masalahnya raya lambat lagi. Puasa pun lagi dua bulan ek.

Kebetulan hari ni pasar minggu kat depan ofis kv ni. Oleh kerana kv takde kerja sgt, kv pun tumpang sekaki la gi menyongket kat pasar minggu tu. Org punya la ramai. Tp bila tgk kat gerai2 kain pasang ni mmg penuh dgn org. Berkerumun seolah olah kain tu org nak kasi free jek. Kekekekekeekke..

Baru la kv tau ropenya dorang tu nak beli kain buat baju raya. Aduh....awalnya nak buat persiapan. Kalau kv tumpang beli jugak, maknanya entah berapa pasang lagi kv beli nak tunggu sampai raya ni. Kat kelate kan kain murah2. Tu yg kalau beli byk kali pun tak terasa sgt. Lagi pun baju kv yg belum siap pun ada lagi 2 pasang. Nanti la, bulan puasa ni baru kv beli kain pasang untuk raya.

Tapi kan takut tukang jahit pulak tak terima. Tp tukang jahit kv tu dah maklum, makanya anytime kv boleh hantar kat dia nanti. Hmm...nampak gayanya bulan depan kv dah kena beli utk mak, mil, atuk dan kakak2 sbb takut dorang tak sempat nak tempah. Yg utk kv tu nanti dulu lah.

Peniaga ni pun pandai tau, dah tau minggu ni ramai yg dah terima gaji dia org lelong kain2 pasang tu. Sepasang 10 ringgit sajork. Lawa lak tu. Fabrik dia pun mmg ok. Kv tgk aje la. Seronok makcik makcik memilih corak yg berkenan di hati.

Kejap jer kan. Pejam celik pejam celik dah nak puasa pulak. Rasa baru jer tahun 2006. Hmmm...entahlah.

--------------------oOo--------------------

12 Comments:

Blogger uDA said...

memanggg...kedai kain besar kat kuantan ni pun pakat buat sale dah.

*beli baju kurung ready made je. hehehe

3:50 PM  
Blogger Alinlai said...

alahai sedih pulak bila teringat baju raya... last 2 weeks dah pi hantar kain kat tailor, last week kedai dia terbakar so dengan kain2 kita sekali terbakar, kena la cari kain lain untuk buat baju raya :( apa bleh buat dah tadak rezeki sabaq sabaq...

8:45 AM  
Blogger Ayu Mohamad said...

KV, baju raya aku dah siap dah hahahaha *bleh ker? hahahahaha

11:47 AM  
Blogger ontahsapo said...

tailor aku dah mula ambik tempahan baju raya.....

12:12 PM  
Blogger Nik Ha said...

Tak saba nak raya..huhuhu..nak balik kg sebena-benanyoh!thn ni dah set mlm raya nak tdo umah mak akak...ekekeke..sblm ni mlm raya posa asik umah abe saje sbb mlm raya aji musti tdo umah mak akak. Apa kata dua2 raya thn ni tdo umah mak akak..muahahaha..tumbuh tanduk lak tetiba.

Baju raya akak dah siap kot..ekekeke.Bbrp bln lps baru ambik baju. 3-4 bln br tkg jahit tu siapkan. So tu jd baju raya dah rasanya. Tp dah rasmi kat opis...ekekekke..cuma pakai sekali sekala la takut hilang ke'baru'an dia bila raya nanti.

1:48 PM  
Blogger Mamamanja said...

amboi.. cepatnya nak buat baju raya... tp kalo lelambat pun nanti tukang jahit dah xnak amik plak dah

3:14 PM  
Blogger lempoyak said...

selalunya 3bln sebelum raya tailor tu dh pesan so hantar kain yg nak tempah.. tp thn ni "soli ye amoi, aku tatak laya ini tahun..."

thn ni tak le kemaruk sgt nak buat bj raya, maklumlah time raya nanti still dlm pantang lg kot.. so apa bj yg ade tu pakai je lah

3:57 PM  
Blogger Sastri said...

salam KV... kawan sas pun dah mula beli kain bulan lepas lagi utk dibuat baju raya... sas pun cadang nak p beli utk famili sebelum balik kpg hujung bulan nih...

5:21 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Hmm..macam biasa.. gi Den Wahab..beli ready made....senang...hehehe

5:42 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

hiks..tak sangka topik baju raya dpt perhatian hangat ek. Kekekekek

uda,
tambah2 lagi musim mega sales ni.
Hmm..kv tak berani nak beli yg ready made. Takut tak muat. Al maklumlah, body 'lawa'. Hik hik hik

kak alin,
alahai...kesiannya. Dgn baju akak sekali terbakar ek. Dah takde rezeki. Raya lambat lg ni, sempat lg beli yg lain tu.

ayu,
hang ni biaq betuii!! Dah siap??

OS,
nampaknya lelaki pun sama sibuk ngan pompuan pasal baju raya ni. Kekekekekeke

kak nik,
cuba la merengek cam NR tu, mana tau tahun ni dpt mlm raya rumah mak akak.
HIks..nanti karang hilang bau baju baru tu.;)

mm,
karang tak sempat ada baju raya.;)

lem,
dlm pantang pun kena melawa di pagi raya. Eh..utk baby nanti dah siap ke baju raya dia?

sas,
beli jgn tak beli...;)

blackie (pinjam sas punya)
kv pun selalu beli ready made utk hubby. Charlie ker, john master ke.

11:57 AM  
Blogger - tety - said...

tringat thn lps beli kain utk raya kt Salem Aziz. elok jek time balik tuh die tgh SALE! thn nih cari kt Jln Tar jek...

10:44 AM  
Blogger NBK466 said...

Mem & anakanda dah tempah baju kurung semalam....den jerk tak hantar laie...tak nak ler tunggu last2 minit..esok dah bulan 8, sebulan before pose...cepatnyer lah masa...

2:04 PM  

Post a Comment

<< Home