kasutVINCCI

8.17.2006

DUA INSAN BERCINTA

Kali ni kita tinggalkan en3 suram. Hari ni en3 pasal org bercinta pulak. Kategori apa kv nak taruk pun tatau ler.

Kat ofis kv la ni ada lebih kurang 20++ org pelajar praktikal. Kebanyakan dari intitusi yg sama. Makanya dorang ni cam kaduk naik junjung tau! Berlagak semacam jer. Tapi kv tak ambil pot mana sbb sebulan kebelakangan ni mmg kv sibuk sgt (tp masih sempat ber blog tuu. Kekekekeke). Nak pulak otak dok ting tong sehari dua ni.

Kelmarin masa dok borak kat luar bilik kv dgn staff lain, kv tgk melayang bekas tisu (tisu gulung~bekas dia bentuk silinder). Ingatkan napa, rupa2 nya ada budak pompuan tu yg lempar bekas tisu tu.

Kv sebenarnya dah maklum yg dlm grup dorang tu ada couple yg bercinta. Selalu berdua duaan mengalahkan kv dan hubby yg laki bini ni. Sampai berpegang pegang tangan depan org tua dgn selamba jer. Tapi cam selalu lah, kv malas nak ambik pusing.

Rupa2nya, dari cerita staff2 lain, dorang ni hari2 akan bergaduh tak kira masa dan tempat. Pernah sekali kv tgk budak pompuan ni menangis depan depan ramai. Kat tgh semua member dia. Kita org yg dok lalu lalang ni naik pelik pulak rasanya. Yg lelaki pulak, pujuk la pompuan tu. Depan2 ramai pulak tu. Member2 dia semua berubah wajah. Mungkin malu kat kita org kut.

Rupa2 nya, pompuan ni jenis cemburu buta. Tak tentu fasal, saje jer nak cari kes. Sampai kan yg budak lelaki tu pun dah mati kutu tak boleh nak kontrol awek dia. Kelmarin jugak. Masa kat ruang dapur, budak pompuan ni tikam budak lelaki tu dgn garfu. Nasib baik budak lelaki tu sempat alih lengan dia. kalau tak, tak fasal2 pulak kena hantar hospital. Kekekekekek. Padahal masa tu, ada sorang staf lelaki tua tgh minum kat dapur tu. Bertengkar, bercakar, biasa jer. Budak lelaki tu usah cerita la. Pijar jek muka.

Ada sekali tu, motor budak lelaki tu di tolak. Habis tumpah minyak. Depan ramai lak tu. Kesian budak lelaki tu. Hik hik hik. telefon tu usah cerita la, hari hari cam kena tukar yg baru. Kalau telefon tu jenis kuat tak pecah ler. Dah hobi dia kut, asal merajuk ngan pakwe, lempar barang. Ish..teruk betul naa?

Cerita ni kv baru tau kelmarin. Nak kata org reka cerita pun, versi yg sama jer kv dengar. Maknanya cerita ni betul lah. Yg kv tgk sendiri, bekas tisu tu melayang. Kekekekeke. Hmm... tak pe, nanti kalau berlaku depan kv tau la kv nak sound dia org nanti. Nak bergaduh pun, jgn nak musnahkan harta org. Kan?Kan?? Kan???

Ramai yg pakat dok komplen budak lelaki tu dungu. Awek malukan macam tu sekali depan org pun, still dok pujuk awek dia. Hmm... entahlah, tatau nak komen. Sayang pun sayang jugak. Tapi kalau menjatuhkan maruah, buat apa tunggu. Pompuan tu bukannya lawa pun kalau nak banding kan dgn member2 dia yg lain.

Entah ler....

--------------------oOo--------------------

13 Comments:

Blogger Mamamanja said...

adegan rajuk n pujuk tuh penah dilihat jugak kat opis.... tp.... individu yg terlibat tuh.. x sesuaiiiii

2:24 PM  
Blogger Sir Mute Key Chicks said...

erm.lama tak tinggalkan komen kat sinik.ahaks.

2:35 PM  
Blogger AppleB said...

warning je sekalik budak pompuan tu. opis bukan tmpt gaduh dgn bf. meroyan kot pompuan tu, asik nk gaduh.

*aku jugak la yg kalau mrajuk tak kena pujuk dek laki..kesian aku huhuhuhuhuhu*

4:28 PM  
Blogger Sastri said...

uih... dasatnyer bercinta mcm tu... sampai nak cucuk dgn garpu tu... tingat citer Labu Labi... keskeskes... mcm2 daa....

8:07 PM  
Blogger kunci hilang said...

hmm.. bagi je budak praktikal tu jadi tea lady. Lepas dipecahkan gelas, tukarkan ke bahagian cuci-mencuci.

Hmm..

11:53 PM  
Blogger zino said...

itulah ragam zaman sekarang...

8:11 AM  
Blogger abi said...

huk aloh. begitu sabarnya lelaki tu dek kerana sayang melayan kerenah perempuan. bukan sng oo nak jmp lelaki camtu. sepatutnya bersyukurlah ada org syg. kalo ditinggalkan nnt... melanga la.

11:20 AM  
Blogger Alinlai said...

bukan tak malu je budak2 tu tak dak rasa hormat kat orang yang lebih tua ... nak cintan cintun pun ada batasnya kan? Samalah dengan budak2 U skrg ni over la depan kita pun selamba je bergurau senda kalau dah grad jadi kawin tak pe...kalau tak jadi budak lelaki yang untungkan? isk isk isk

3:28 PM  
Blogger Arena said...

KV,
sound ajek dua-dua sekali. NI office bukan tempat bercinta. Kalau nak bercinta, nak merajuk, nak meroyan, boleh blah.

Yang pompuan tu patut dibasuh cukup2..yang lelaki tu tak reti2.. lembab ke apa.. blah je..

Apple pie,
yeye aku pon merajuk, takde sape pujuk.wakakakka..

4:16 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

HISH..hangin lak akak satu badan baca style budak pompuan ni sampai baling2 apa hal? kalau akak keje kat situ, mmg maulah akak kaunseling dia sikit..lecehlah pompuan camni. kv, nasihatlah adik tu cara baik..tanyalah dia nape mesti sampai camtu, malu kat org keliling. harap2 dia maulah ada rasa malu ngan org keliling. ckp aje ngan budak tu, sesekali rajuk tak pe, tp hari2 blh buat org bosan. jgn marah n menyesal kena tinggal sbb itu mmg salah dia. cakaplah, jgn fikir org lain aje ada salah, dia pun tak perfect gak, ada silap gak.

agaknya dia ni less of confident dlm perhubungan, tu yg mengada2 semacam sbb nak tarik attention pakwe dia tu.

Yang pakwe dia tu nape mcm lembu kena cucuk hidung??? kena tegaslah, esok3 dlm rmhtangga kok makan hati dpt bini ganas giler..

eh..sori ek, ter emo plak..hihihi

2:53 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mamamanja,
mmg rasa menyampahkan?

semut,
hiks..

apple,
eleh, time bercinta ni jer la pakwe nak pujuk, dah kawin nanti, hik hik hik...malas aku nak habiskan ayat.Kui kui

sas,
tu nak tikam dgn gafru, motosikal tunggang terbalik di tolak tu, haru gak.

kunci ilang,
bagus gak idea tu.;)

brader zino,
zaman kita bercinta dulu takde la sampai camtu, kan?

kak bie,
patutnya masa bercinta semuanya indah, dah kawin baru nampak true colour. Ni masa bercinta pun dah nampak lebih dari true colour! Camno tu?

dato.
kv pun naik heran ngan budak jate sore tu. Sabar sungguh.

kak alin,
ha, kalau tak jadi budak lelaki la yg untung!

arena,
kv geram bab budak lelaki tu. lembab semacam!

kak syikin, dari cerita org, dan pemerhatian kv sikit2, mmg budak pompuan ni jenis suka nak menarik perhatian pakwe dia. Tapi cara dia tu melampau. Tak tau selama mana pakwe dia tu boleh bertahan, hiks.

2:40 PM  
Blogger ontahsapo said...

iskkk... mcm cerita drama lak...

12:29 PM  
Blogger Sya said...

isk... lom kawin dah perangai cam tuh, kawin nanti lagik teruk, kurs kering laki tu nanti. Jenis pompuan tak malu ni, tak tau nak jaga maruah pak we. Selalunya lepas kawin baru nampak belang, ni belum kawin belang2 dah nampak jelas.

Kalau jadi depa kawin Kv hadiahkan pinggan mangkuk plastik, takut nanti pecah.

Ya Allah dijauhkan lah anak-anak kak sya jatuh cinta ngan jenis pompuan macam ni.. haku debik aje kalau nyusahkan anak haku.

12:30 PM  

Post a Comment

<< Home