Hari Ahad lepas, kv, hubby dan sorang staff lagi serta pemandu di arahkan ke dabong utk sama2 menyibuk sempena kedatangan PM ke kawasan tu. Majlis mula pukul 10 pagi, tapi kami jam 9.00 pagi masih tak sudah sarapan lagi. HIks.
Dlm jam 11 kami sampai kat simpang antara jelawang ngan dabong.
Kat sini, ada sekatan polis lak sbb pm baru sampai dan nak lalu dulu. Hmm.. tunggu la situ sambil makan nenas (panas). Disertai dgn perarakan motosikal membawa bendera2. Dah on d way tu sibuk ngan geng kembara merdeka. Oh ye, kami pergi ikut jalan jeli.
Lepas PM sudah lalu tu, kami pun ikut belakang menuju ke tempat yg sepatutnya tu lah. Jem teruk gak tp still bergerak. Dalam 500 meter nak sampai polis dah buat sekatan pulak dah. Tak bagi masuk. Kat dalam sana mmg kete dah tak boleh bergerak. Polis suh kami park kat situ. Huh... tak kuasa kv nak jalan kaki panas2 terik cam ni. Kv pun call driver boss inform yg kami dah sampai tp tak boleh masuk. Hubby siap ambil gambar tempat tu nak bukti kan yg kami dah sampai. Kekekekekee
Malas nak tunggu kat situ kami patah balik ke jelawang semula. Ingat nak gi air terjun gunung stong yg tertinggi di asia tu (betui ke fakta ni) Dan mengikut org situ, walau pun kemarau, air terjun tu tak pernah kering. Entah ler, kv tatau.
Sampai simpang nak masuk ke gunung stong tu polis buat sekatan pulak, tak kasi masuk. Rupanya dorang tgh prepare sbb PM nak lunch kat situ. Hmmm... frust ler tak dapat gi kaki air terjun tu. Kv tak pernah sampai pun kat situ.
Rupa air terjum gunung stong dari jauh. Boleh ler jadi 'ubat' kecewa tak dpt pergi situ.
Helikopter yg diguna oleh PM dari kb ke dabong. Gerun kv tgk, cam lusuh ajer.
Malas nak berlama kat situ kami bertolak balik. Sambil tu dok pikir nak singgah kat mana. Teringat air terjun sungai renyok yg kami nampak signboard dia masa mula2 dtg tadi. Boleh gak gi situ.
Ni ler rupanya air terjun sungai renyok. Ada mini hidro kat sini. Tp sayang, mini hidro tu jer yg berfungsi. Kemudahan lain semua dah hancur, tak terjaga. Kawasan dia tak berapa cantik sgt. Panas dan kecik. Kami pun balik ler.
On d way balik tu, singgah bukit bunga dekat air lanas. Macam2 barang ada. Ala cam pengkalan kubur ke, rantau panjang ke. Dekat sempadan thailand. Byk brg jualan drp sana. Tapi harga dia mahal sikit kalau nak banding dgn pengkalan kubur. Kami beli jajan jer. Tak kuasa nak beli anak patung bagai.
Dah tgh hari, singgah makan kat machang. Nasi campur. Kv makan nasi dgn gulai kuning telur itik. Lama tak makan gitu, berselera sungguh. Teringat masakan mak kv. Dia suka sgt masak gulai telur itik tu.
--------------------oOo--------------------
10 Comments:
wahh..mcm best jer air terjun tu. kalaulah aku dpt bermandi manda..mesti sropa bluehyppo dok berendam ahahahahah
eh tingginya air terjun tu ya..
sayang tul air terjun terbiar tka terjaga kemudahannya..
wah..seronoklah awak dpt jumpa celebriti tv3 ya.
Patut ler heli den hilang kat hanger blakang rumah...rupanya Pak Lah yg pinjam..he..he..he..
ingatkan KV naik helikopter pegi jalan jalan hehe
wah wah... ada air terjun... seronok ek jalan2 KV...
apple,
tu laa, frust betul tak dpt berendam. Hubby siap bawak baju nak mandi tu.
kak syikin,
~mmg tinggi kak, tu yg kecewa tak boleh go dekat tu.
~agaknya tempat tu tak strategik sgt, tak de org nak berkunjung, tu yg dah terbiar tu.
~seronok gak jumpa selebriti sekali sekala. Hiks
kak bie,
best jugak selalu outing, tp kadang2 tu tak tahan panas, bila balik rasa letih semacam jer.
nbk,
eh apsal pak lah cakap ngan kv dia dah bagitau!
zino,
hiks...kalau dpt naik heli best gak tu. Kekekekeee
sas,
seronok...;)
KV,
macamanalah ko boleh upload gambo nih.. aku jenuh nak upload satu gambo.. anyway KB kalau jem, memang ala2 tak bergerak jugak.
kak pb,
owh..pernah jd org dabong eh? Teringat kat ofismate ramai bekasan kerja kat dabong. Mcm2 pengalaman, kejar kete api, harung sungai. Hmm...nostalgia kan?
arena,
kb kalau cuti skolah mmg sakit kepala. Jem, sesak dan mcm2. Org tempatan pun suke menyibuk nak tgk gelagat org (kv la tu).;)
dari jauh bunyi berderu deru
umpama angin yang bertiup kencang rupanya air yang terjun tinggi
melompat2 dengan tak berhenti
lihatlaaaaaa cantiknyaaaaa
air terjun nama nyaaaaaaaa
marilaaaaah kawanku
mandi bersama.....
*lagu ni aku belajar masa sekolah rendah.. lagu air terjun.. sapa tau nyanyi angkat tangan :)
ni gambar air terjun renyok ~ still ok beb!
http://www.flickr.com/photos/asmaa_hussin/3511728059/
http://www.flickr.com/photos/asmaa_hussin/3511641999/
Post a Comment
<< Home