Yey!! sbb merdeka day jatuh hari khamis, makanya kv pun dpt cuti 3 hari sambung jumaat dan sabtu.
Malam ambang merdeka tu, penat pujuk hang nadim tidur awal. Ingat nak gi makan2 dulu sebelum count down. Tp hang nadim 'keras mata' pulak dah. Penat tunggu sampai kv pun hampir tertidur. Jam dah pukul 10.00, kami pun layan csi. 10.20 hang nadim dah tido. Csi pun best pulak dah. Sayang pulak nak tinggal. Tp kalau gi lewat nak parking pulak susah. Malas nak bonceng motor mlm2 buta.
10.30 kami gerak. Ingat nak makan2 dulu, tp cam tak sempat jek. Hujan dari petang tak berhenti. Berpayung lah kami sambil jalan kaki ke stadium. Mat2 rempit tak ramai cam selalu. Mungkin sbb hujan kut. Budak2 beskal pun tak ramai jugak.
Suasana seberang stadium. Masa ni jam 11.40 malam. Mcm2 gelagat manusia ada.
Hubby bersungut lapar. Beli burger kegemaran dia kat tepi stadium tu. Kv lak beli yong tau hu goreng. Mati la peniaga malam tu cekik darah. Punya la mahal. Tak sempat makan, bunga api pertama dah meletus. Dpt ler dengar sayup2 laungan merdeka kat luar stadium tu.
Kami pun menikmati bunga api sambil makan2 kasi kenyang perut. Dlm hujan renyai2 pulak tu. Punya la gigih. Hiks.
Habis ler cerita malam merdeka.
Hari Khamis pulak, kv balik rumah mak. Singgah pasar minggu dulu. Kak PB sms tanya ada masa nak jumpa. Hmm... kv lak khamis dan jumaat kat rumah mak. Insyaallah sabtu.
Punya la ramai org kat pasar minggu. Maklum ler cuti ni ramai yg keluar. Hang nadim mintak macam2. Kacang rebus la, jagung rebus lah, roti john la. Tak pe la, asal dia makan jek. Mmg susah nak suruh dia makan.Pas tu gi pasar basah, cari lauk. Hubby cam biasa ler. Ikan keli goreng sambal. Ikan keli ni mmg liat betul nyawa dia kan. Plastik yg kv bawak tu bergerak2. Tak mati2 pun.
Hari jumaat pulak gi meround kat kedai perabot bundle singapura. Kakak kv nak survey kerusi meja sbb dia nak bukak kelas tusyen. Tp sayangnya, semua tutup pd hari jumaat. Blk tu hubby bagitau kakak kv (kedua)makin teruk sakit kepala. Ingat nak bawak gi hospital sekali lg, tp dia takmau. Risau betul kalau sakit kepala ni. Takut jadi benda lain.
Petang pulak kv balik rumah mil. Mlm tu hubby ajak gi beli stok prepaid dan susu hang nadim. Teringat nak sms kak pb, kut2 ada jodoh, boleh jumpa. Alhamdulillah...kak pb and family nak makan area jln pekeliling tu jugak. Sambil makan eskrem kami tunggu kak pb sampai.
Alhamdulillah...hasrat nak jumpa kak pb tercapai. Hiks.. kalau kak pb nak tau, dlm kv tercari cari mana satu kak pb tu, hubby pulak yg tunjukkan kv. Hik hik hik. Rupa kak pb ada 'meh' tok ma nurin lah. Kekekekeke. Merdu jek suara. Lembut jek org nya. Dpt gak kenal abe yg kak pb selalu dok rindu rinduan tu. Nurin pun ada, kak ngah pun ada, kak lang yg selalu tidur tu pun ada. (kalau salah, kak pb tolong perbetulkan yek).
Jumpa pun dlm suasana tak formal. Ganggu program family kak pb jek. Tp hasrat nak jumpa kak pb tu tercapai lah. Len kali kita jumpa lagi, kan kak?
Pas tu gi billion. Musim mega sales ni kv tak sampai pun lg kat billion. Selalunya billion akan buat sales giler2. Org punya lah ramai. Jualan merdeka pulak dah. Sampai 80% less. Tp stok lama la. Pas tu pulak, mark up rege jadi tak munasabah baru di potong.
Kv sempat beli slack dan kemeja camel active utk hubby. Hik hik hik...hadiah hari jadi baru beli weh. Apa punya isteri daa. Kekekekekek. Pas tu beli bantal sebijik. Lenguh tengkuk kalau tidur bantal kekabu.
Hari sabtu.
Sabtu mmg hari mengemas bagi kv. Pagi tu hujan. Dah teduh sikit, hang nadim ikut che dia gi kebun. Kv dgn kerja mendobi dua tiga round. Tukar cadar la, kemas ruang tamu lah. Kemas magazine yg hang nadim selalu dok sepah tu. Berpeluh2 weh. Hubby lak gi mesin lalang dlm kebun. Kejar masa sbb dah nak puasa.
Sambil2 kemas tu kv masak ler. Bakar ikan, sambal sotong kering. Mek gulai lemak ikan keli.
Tgh hari lps makan tu, pakat2 tidur. Nak2 pulak hujan turun mencurah curah. Punya la best tidur depan tv tu.Padahal budak mengaji penuh rumah. Hang nadim pun ikut kv tidur dpn tv.
Pukul 3.30 bangun sbb hang nadim dah bangun. Borak2 ngan hubby sambil layan astro. Kawan kv sms nak jumpa. Hmm....asyik tak sempat jer nak jumpa dia. Dah byk kali dia call ajak keluar. Kv tak kenal lg suami baru dia. Padahal dah lama depa kawen. Insyaallah minggu ni kv cuba curi masa. Harap along tak terasa hati.
Lps asar, kami ke kedai used car dulu sbb nak survey harga kancil buruk. Punya lah lama kv nak beli kancil buruk, tp masih tak dpt2 lg. Mahal weh. Tak padan dgn buruk tu. Kekekekek.
Pas tu kawan kami call (hubby janji ngan dia)bagitau dia dah sampai kb mall. Kami bergegas ke sana. Hang nadim pun sibuk dok mintak nak makan mee (yee mee sizzling). Kami lepak kat food court kb mall sehingga kawan kami beransur pergi.
Sudah hang nadim makan tu gi round dulu. Tgk byk sales la pulak. Kv beli jeans selai sambil tunggu hubby solat maghrib. Pas tu beli seluar dan baju raya utk hang nadim sepasang.
Pas tu gi mydin nak beli stok kedai mil. Kv ngan hang nadim singgah pantai timur sebelah mydin tu. Beli baju raya utk hang nadim 2 pasang. Kv sempat sambar blous selai, Murah weh. Rambang mata. Ingat nak beli seluar gak. Tp rasa mcm byk sgt membeli. Nanti hubby membebel sbb bini dia boros. Kekeke.
Round pasar mlm depan tu. Punya la ramai org luar. Kesempatan cuti merdeka ni ramai yg mai kelate. Hang nadim mintak sotong bakar. Mmg kegemaran dia. Sbb tak dinner lagi kami gi pasar malam bulu kubu beli ayam bakar bangkok. Balik tu makan tak ingat apa dah. Pas tu tgk cerekarama sambil hubby baca paper. Kalau dia tgk tv jugak mmg kv tak boleh tgk cerita melayu.
ok, habis la en3 fasal cuti2 merdeka kv sekeluarga. Punya la panjang.
Oh ya, pagi tadi keluar gi site, kami sempat lunch kat kedai makan gulai kawah. Saja publish gambar tempat makan ni. Sbb meja tu besar, kami pakat bersila atas meja tu. Mcm makan kat rumah zaman2 dulu. Hikss..--------------------oOo--------------------
20 Comments:
Salam.
Lama dah tak jd org pertama ni hiks :)
Best dpt jumpa rakan Blogger (Kak PB)...
Selain drp pertunjukan api kat stadium tu, ada apa2 persembahan lain lagi ke?
Cam biasa, akak teruja baca kisah shopping mopping kv n suami. :D
kakak KV ada resdung tak? sbb org resdung pun blh dpt sakit kepala teruk tau..
akak suka bantal kekabu sbb keras2 kenyal n suka tidur guna bantal tinggi
eh, kedai tu tepi sawah ya? best tul makan ditemani ngan angin sepoi2 bahasa..:D
p.s. panjang dah ni.
bestnya klu dpt tgk api kat stadium tu...actually k.bie pun blk ktan cuti merdeka baru nie..tp aktiviti penuh sepanjg hr tk sempat nk buat ape pun...yg wajb2 jea...rumah nenek pun dh dekat nk blk KL semula br sempat menziarah...sampai sempat lah org tu merajuk dgn kitaorg...
bestnya klu dpt shopping2 mcm KV...k.bie ni duk berangan klu hidup mcm KV mesti best sungguh...duk kg., tenang, rileks, mkn pun sedap2, sedara mara pun duk sekeliling jea tak de susah2 hati duk mikirkan diorg kan?
Bila laa nk dpt keje kat kg. nie...
kak syikin,
hik hik hik org pertama gitew!
~mmg best dpt jumpa kak pb. Selalunya dengar suara dia yg merdu tu jer.
~selalunya kalau perayaan apa2 mmg ada acara lain, tp kv malas nak masuk dlm stadium.
~kv mmg selalu window shopping. Isi masa hari minggu. Kenkadang tu terbabas shopping gak kalau ada yg menarik.
~ kakak kv mmg ada resdung. Tp sakit kepala dia tu akibat selsema yg terlampau lama, ada toksik membeku dlm rongga muka. Doc bagi ubat penahan sakit dulu. Kalau melarat lg kena gi spital.
~kv suka bantal benang sintetik tu. Tak suka bantal keras.
~kedai makan tu mmg tepi sawah. Best lah.
amboi KV.. soping sokmo kawe...
kak bie,
insyaallah, suatu hari nanti impian kak bie tu akan dimakbulkan Allah. Kv pun dah bersyukur sgt2 ngan kehidupan kv. Sederhana namun penuh kebahagiaan. Harapnya sentiasa dilimpahi rahmatNYA.
mar,
bukan soping sokmo, ada ketika shj. Lg pun sales baju budak2. Ambik kesempatan beli baju raya utk hang nadim.
shopping sakan weh...tak pe sempena Merdeka ke ke ke...
KV..betul..mmg suara kak PB merdu hehehe masa dengar first time mcm nak ckp jer "isk sedapnya dengar suara akak hehe"
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
sakan ko menyongket. asal cuti je tak lekat la ko kat umah ahahahaahahha
kak alin,
tu bukan soping merdeka, soping baju raya dah. Kekekekeek
ayu,
ha...kan kv dah cakap. Happy merdeka to u to.;)
apple,
pantang ari cuti, ada jer program. Hikss
Cantik sungguh bunga api ye...kak lady dah lama tak tengok bunga api...secara live...dulu masa memuda ade lah jugak pergi.
skali jek jejak kaki g billion... masa awl2 bukak dulu jek...
skang balik kelate jek kompem g kb mall, masuk rejek shop... hahahha mcm la kt kl tuh x de RS....
rajin tuh kv & hubby g stadium tgk bunga api...
vah!vah!vah!sakan ko eik...ni yang aku jeles ni aku kat sini pun tak dapat pun lagi jumpa kat Kak PB..Sotong bakar sedapnya..
kak pb mmg suara dia lembut je..
ayu gitu
lama dah IV tak jumpa kak pb
skang ni kalau blogger ke kelantan kite cari kv la ..
penat baca kv heheheh
aku kecewa tak dapat tgk gambar gulai kawah tu, kawah pun takder gambarnya...
Uish sakan jalan2 dan makan2..hehehhe
KV,
Saya dah ada kat sini. insyaAllah akan ke KB soon, nak cari rumah sewa. kalau ada jodoh boleh la bersua. kalau KV ada dengar2 berita rumah utk disewa sekitar kube keriae, area dekat dgn HUSM tu, email la saya ok.
Sedang menabahkan hati ni...byk dogaan.....
kak lady,
tgh tak sibuk apa2, boleh ler pegi,kan?
tety,
a ah...mcm la kl tu takde RS.
Kami mmg kaki ronda. Dah sekepala. Hiks
MR,
ler...hang belum jumpa kak pb? Ish ish ish...
iv,
pjg benor en3 ni, sian iv nak baca. Hiks
OS,
pernah makan gulai kawah kelantan ke?
arena,
tu jer la cara kami anak beranak menghabiskan masa.
kak faez,
nanti kv try tanya, kut2 ada yg tau fasal rumah area situ.
Akak, kenapa byk godaan? Apa yg menggoda tu?
Berapa BILLION RM habis sopping kat pasaraya billion tuh? hi..hi..hi...
Biasa la pempuan...cuti dan shopping tu kira dah sinonim...hehehe..
Gulai kawah..? pergh...nak cari nanti dekat2 sini...
kak pb,
awat pulak segan kat hubby kv. Dia ok jek. Insyaallah...nanti kita jumpa lagi.
nbk,
alahai...sampai berbillion tu. Hiks
bp,
hahahahahha....dah pecah liur ye?
Post a Comment
<< Home