Hik hik hik...puasa belum lagi kv dah kalut nak cari baju raya. Tapikan, takut tailors tak terima pulak nanti kalau lewat sgt. Kang tak berbaju raya lak kv.
Nak dijadikan cerita, sbb kv asyik dok merengek kat hubby nak gi beli kain pasang, dan hubby pun dah naik bosan, kami pun gi ler pasar siti khadijah kota bharu sbb kv nak survey kain yg dah lama kv dok aim tu. Ingatkan at pasar siti khadijah tu ada. Bazaar kat sebelah tu mmg ada, tp selalunya mahal sikit. Tp kat PSK tu takde kain yg kv nak. Kena gi bazaar jugak.
Ni pulak pandangan dari ground floor.
Kami pun menyonyet nyonyet jalan kaki gi bazaar pulak. Punya la ramai org sampai nak jalan pun susah.
Ni pemandangan dari pintu depan bazaar menghala ke PSK. Penuh dgn pelancong tempatan dan asing.
Naik ke bazaar tu, pusing2 ler tgk kain yg kv nak tu. MMg byk ler. Corak pun lawa2. Tp rasa mahal sgt lah. Pas tu jumpa satu kedai tu dia dpt bagi harga murah sikit berbanding dgn kedai lain. Kv dah nak beli sebenarnya, tp hubby tu biasa la. Dia suruh survey dulu. Tak jadi, tapi dah tau kedai tu, karang klau tak jumpa kat tempat lain kena gi situ la.
Dah penat sgt meronda pusing cari kain pasang yg tak terbeli lg tu, kami singgah minum kat dataran penghubung antara PSK dan bazaar. Sebelum ni tak pernah kv sampai situ walaupun dah lama dataran tu siap. Punya la jakun.
Singgah minum teh beng dan makan colek malas campur keropok gotel. Satu pinggan tu seringgit sajork. Mrasa shared 3 org. Kv, hubby dan hang nadim.
Pas tu gi nagoya textile. Penuh org. Tp tak jumpa kain yg kv nak tu. Punya la frust. Hik hik hik..mengalahkan budak2 ajor. Hubby sempat perli, kalau tak beli kain tu, tak boleh beraya ke? Benci taw! Nak jugak!
Penat dah nak gi bazaar semula. Hubby janji sabtu depan boleh gi beli. Hik hik hik. Agaknya dia menyampah tgk mula kv yg monyok tu.;)
Kami pun naik semula ke PSK. Nak beli nasi bungkus. Sbb dah janji ngan mil tal lunch kat rumah. Tak nak kasi dia masak utk kami. Ingat kan kedai makan masih kat level satu. Rupanya dah berpindah ke bangunan baru kat sebelah tu. Hmmm...dah lama rupanya kv tak sampai level2 atas psk tu, sampai tak perasan.
Balik rumah, makan dan rehat. Hubby ngan hang nadim sempat tidur lagi tu.
Lps asar, kv iron baju kerja dulu. Dlm pukul 5 kami keluar semula sbb dok janji ngan hang nadim nak beli lori tanker. Hang nadim ni mmg tau, selalu tuntut janji. Sebelum sampai kb mall tu, singgah salem aziz textile (alah, tempat kak pb sempat beli kain pasang tu lah). Saja nak banding kan harga. Ingatkan murah sbb MHI selalu promote kedai kain jakel tu. RUpanya jauh beza. Mahal lah. Baik beli atas bazaar. Hiks.
Hmmm....misi mencari baju raya masih belum berjaya. Kekekekekeek
Gi kb mall.Pusing2 kejap, gi makan pizza hut. Dah lama nak try cheesy bites. Hari tu baru dpt. Ok la juga. Tp kv habis sekeping sajork. Hubby la yg makan byk. Tp masih tak habis. Bungkus bawa balik.
Pas tu gi solat maghrib kejap. Hang nadim sebok ngan tanker dia tu. Sudh tu, kawan kami call ajak minum kat d'village depan HUSM. On d way balik tu, ok aje. Tp minum jer lah. Dah tak larat nak makan. D'village tutup lak mlm tu, pindah ke kedai berdekatan.
Balik rumah sambung tgk anugerah ERA. Sempat la tgk ning performed lagu drama yg best tu. Tp menyampah la tgk mawar berduri tu. Pakai baju entah hapa. Teruk betul lah.Kan?
--------------------oOo--------------------
16 Comments:
kak pb,
atas bazaar tu kv mmg dah tau rege berbeza ngan PSK. Tp kain kv nak tu mmg takde kat PSK tu. Kat salem aziz tu mmg masih sales la ni pun. Tapi harga dia jauh lagi mahal dr bazaar (utk certain2 kain lah);)
Ish...baru nak cari kain baju raya ke KV? Orang baju yg ditempah pun dah siap.. Sempat laie ker??? Jahit sendiri kot...(saja nak bagi KV panic..he..he..he..)
Kv, sempat ke nak cari baju raya, kalau kat pj ni jangan harap lagi la nak suruh orang jahit baju, dari bulan jun tukang jahit dah reject.. kena siap sedia 4 bulan dari tarikh puasa..
kalau sue makan piza yang baru tu mesti makan yang ketul2 tu dulu, baru makan yang tengah.. hmm, jadi lapar pulak, eh ari ni posa laa..
KV,
Tempat makan kat PSK tu arena memang tau dah pindah. Bersih dan kering sikit area baru tuh.. Kalau balik mesti makan lakse(laksam) dekat situ.. yummm..
Arena tak hantar jahit baju baru lagi.. Hantar kat mak mertua jek.. kain dah ada, satu mama arena belikan satu lagi Ed belikan.. kali nih taste Ed ,memang dasyat.. lawa.. Sekali dia cakp kakak opis dia yang pilihkan.. takpelah at least dia tau mintak org pilihkan yang cantik utk bini dia..
one more thing, kalau arena carik or nak beli mender2 tapi tak jumpe tak berani nak moyok, nanti Ed pulak yang bad mood.. hahhahaha..
kite sama dgn Arena.. tak berani nak monyok2 hehehe tapikannnn walaupun tak tunjuk monyok heheh hubby tetap juga cuba memenuhi hasrat isteri dia nih hahaha sbb dia tau wpun diam tapi dlm hati isteri mmg sedey le kalo tak dpt apa yg nak tuh hehehehehe
KV, nanti KV borong tudung byk2 pastu pos kat KL ni meh kite jualkan nak?
nbk,
ntah ler. Selalunya tukang jahit yg kv biasa tu mmg dah tau. Kadang2 bulan pose baru kv beli kain. Harapnya terima lagi.Hikss
purple heart,
kv pun makan yg tepi2 tu dulu baru makan tang tengah tu.Huyoo..dasyat aa tailor kat sana, bulan jun dah reject tempahan. Laris tu.;)
arena,
ingatkan arena dah tak ingat makanan kelate. Hik hik hik (gurau je lah). Hmm...kv kalau nak harap hubby beli, tak tau bila. Last2 kv beli sendiri dan claim kat dia. Masa tu mau terlopong mulut bila bagitau rege.Kekekekekeke
ayu,
tu salah satu skill kv memujuk hubby utk beli barang. Kadang2 jalan, kadang keok.Heehehehehe.
Eh, serius ke ayu nak jual tudung tu? Kv tak tau lg mana2 supplier. nanti kalau ada yg rege best, kita bincang. Kekekekekek. Bisnes gak tu.
Amboi...ramai yang dah shopping raya ni...kak lady planning pun belom lagi
kv..kat sana masih terima lagi ke tempahan baju raya?
kak lady,
akak takpe, baju jahit sendiri.Hiks
kak syikin,
tukang jahit yg kv biasa tu dah tau sbb pelanggan tetap. Tukang jahit lain tu mungkin dah tak terima kut.
balik kelate aritu sempat singgah salem aziz text... dptlah beli kain bj raya.
ni kalau bulan pose tgk gambar2 camni, meleleh ayaq liuq hamba ni...hehehehe
wah menengok gambar ni membuatkan kak sya berkobar2 nak ke kelantan terutama tang gambar colek tu..
Hish mintak2 ada rezeki le nok raya ni ke KB dan KT.. kalu kak sya ke sana boleh raya rumoh KV ke?
apsal tetiba aku lapar ni...?
wehh..aku terhingin nak makan kueh akok dgn laksam. cuba ko paskan kat aku. muahahahhahahaha
kv tak tuntut royalti ke buat iklan free untuk melawat kelantan
dan reminder baju raya..heheheh
rina,
eh..shopping kain kat situ gak ke? Kalau kv suka beli kat pasar minggu depan ofis kv sbb lagi murah. Kes kes kes
rafflesia merah,
bulan tak puasa pun, kalau dah lapaq.Hehehehe
kak sya,
betui ke nak beraya kat kb? Bole ajer dtg rumah kv. Tak cukup tapak tgn, eh..nak tadah apa ek? kekekek
os,
lapar ek? Order ler colek satu!
apple,
kalau aku pos, nanti sakit perut hang. Dah basi ma!Mai la kelate!
iv,
kalau dpt royalti best jugak tu! BOleh buat beraya.;)
Post a Comment
<< Home