Kerabu sarang atau bahasa kelate sebut kerabu 'saghre' atau bahasa sebenarnya kerabu rumpai laut. Kalau kat kelate, bulan puasa mesti kerabu sarang mendapat permintaan tinggi. Kalau tempat kenduri pun ada yang buat kerabu sarang sebagai menu utama jugak.
Gambar kat bawah ni lah rupa kerbau sarang yg belum di gaul.
Sori lah sbb gambar gelap sikit. Mula tu nak ambik gambar guna digicam, tapi digicam dlm kete pulak. Tak larat weh puasa2 ni, so kv snap pakai henfon murah jek la.
Yang hitam tu la rumpai laut. Beli kat kedai rumpai laut kering. Balik rumah tu kena proses buang segala siput2 yg lekat kat rumpai tu, pasir pantai pun ada. Sudah bersihkan tu kena rendam dulu kasi kembang. Pastu basuh la ngan air. Kalau malas beli yg dah siap, masuk dlm pinggan terus boleh makan. Kaler dia mcm2, sekali nampak hijau, sekali nampak biru, sekali nampak kuning. Warna biasa bagi rumpai laut la.
Yg kaler putih tu sambal kelapa (bahasa kelate). Kandungan dia kerisik, ikan hancur, budu(masin), cuka (masam), ada yg masukkan serai, pastu gula sikit, bawang merah tumbuk, pastu kv pun lupa daa. Dlm plastik yg kaler oren tu kuah dia. Kelate panggil 'awah tumis'. Kalau nasi kerabu putih ke kuning ke guna 'awah tumis' ni. Kv tak reti nak buat, kena tanya kak PB la.
Rasa dia macam kerabu lain jugak. Tetapi kelebihannya rumpai laut tu rangup. Suatu masa dulu, kementerian kesihatan haramkan sbb laut dicemari sisa kimia. La ni dah boleh makan semula dah.
BUAH CUPU
Pernah tgk tak buah cupu? Kalau yg tak pernah tgk, gambar kat atas ni la rupa bentuk buah cupu. Tatau pulak negeri lain org panggil buah apa.
Kat kampung la ni mmg jarang dah ada pokok cupu. Masa kv kecik2 dulu, suka panjat pokok ni ambik buah yg masak. Dah besar gajah ni lama dah tak jumpa. Tapi bila kawin dan dok rumah hubby, kv selalu jumpa buah ni. Mak selalu buat sambal ikan campur buah cupu. Kalau org biasa sambal pauh, buah cupu ni ganti pauh tu lah. Yg kaler merah/oren tu buah yg dah masak. Rasa dia masam2 manis. Kalau nak buat sambal kena pakai buah yg putik tu baru elok.
Ni ler rupa buah cupu masak. (Sori gambar kurang terang). Nak kupas dia senang jek. Kena buang tangkai sekali ngan kelopak tu, boleh le kupas. Biji dia kena buang. Kalau jenis org yg hantu asam mcm kv ni mesti suka buah ni. Tapi kv tatau kat mana pokok ni ada. Selalunya hang nadim akan bawak balik. Dia selalu ikut mak gi kebun.;)
(Selingan)
Hari ni pasar minggu depan ofis, kv pun apa lagi merayap sama la. Masa jalan jalan tu, kv terperasan satu wajah yg familiar sgt. Kalu korang ingat ada satu kes yg si isteri simbah cuka getah (asid) kat muka suami yang nak berbini dua tu, la ni si bini tua tu dah dijatuhkan hukuman penjara.
Kat bawah ni gambar dia tgh berniaga ngan bini baru dia tu. Teruk jgk rosak wajah dia. Sampai belakang leher. Ngeri gak tgk.
Gambar ni kv snap dari jauh sbb takut dia perasan. Hehehehe. Dia yg pakai baju putih tu dan wife dia yg pakai baju biru cair tu. Dorang meniaga krim apa ntah. Kv rasa gerun nak gi dekat.--------------------oOo--------------------
20 Comments:
wuisshh.. macam macam ada kat kelantan ni erk! tapi semua MB tak pernah dengar.
so beli apa kat pasar malam tu??
Buoh cupu....ado laa...buah gapo dio tu...
make dengan gapo..??
Budu, tok leh make bayok bayok bule posa ni , dago...
mar,
wei...kat penang takde ke buah cupu ni?
bukan pasar mlm ler, pasar siang. Beli baju raya utk anak2 buah jer.
kak pb,
buah cupu tu makan gitu jer. Macam makan buah2 lain.
budu tu kv tak makan lg bulan puasa ni. Tak sempat. Kkekekeke. Tp mmg kena elakkan lah, dahaga.
waaa sedapnya buah cupu tu...lama betul tak merasanya...
dulu klu blk rumah arwah nenek kat p.mas br dpt merasa buah nie...
KV buat k.bie terliur laa...
huhuhuhuhuhu...ko menyeksa jiwa dan raga aku la. mmg harus ni ko pos kat aku sarang yg kering. takat sambal dia tuh mak aku teror buat.
tulungg jiwa aku terseksaaaaaa
he he he KV macam paparazzi plak... ok la tu jual krim sure krim tu dia dah try dan berkesan :)
kerabu rumpai laut tuh selalu hubby angah beli. Dia suka makan. Angah tak pandai makan lagik. Pelik je rasa pada mulut eheh.
Buah cupu tuh biasa jugak guna buat sambal kalo balik kubang kerian. Kat area sini takde laa
rasanya dulu kerabu tu pernah kena 'banned' ya sebab kalau tak silap kandungan racunnya tinggi. tapi tu rasanya 10 tahun dulu kot.. :)
sedap ke buah cupu tu? apa rasanya ek?
kalau tempat RM panggil buah ni buah cepu kot...bukan cepu mas, muehehehe...buah ni byk getah kan?? kena perah getah dia, tul x??
Kerabu saghe ler buah cupu ler...tak pernah den jumpa seumur hidup nie..hu..hu..hu..
err... kerabu tu tak penah dengar mahupun rasa... buah tu pun... hmm...
saya masih tidak cekap dalam soal makan nasi kerabu. ;)
kak bie,
kv pun baru jumpa semula buah ni. Dah lama dah tak jumpa. Agaknya dah makin pupus kut. Ala...sori la, bukan nak suruh terliur, saja nak bagi sikit information jer. Hahahahahah.;)
apple,
betul ke nak ni?
Kalau betul bagi alamat, insyaallah kv poskan.;)
alinlai,
entah ler, tapi kalau kv tak sanggup nak beli krim yg dia jual tu. Gerun tgk dia. Hehehehehe
angah,
dah agak dah angah mesti pernah jumpa.;)
sue,
satu ketika dulu, kalo sapa jual kena tangkap sbb benda tu telah diracuni bahan kimia. Membahayakan kesihatan. Tp sekarang dah lulus dah.
Buah cupu tu rasa dia masam2 manis. Tp ada getah.
RM,
ooo...rm panggil buah cepu ek. Lebih kurang lah tu.;)
nbk,
walau pun tak pernah jumpa, at least tau kewujudannya kan. Hehehee
sas,
kat johor mmg takde, patut la sas tak pernah jumpa.;)
kunci,
tak suka nasi kerabu ek?;)
skali tengok rupa buah cupu tu nak sama ngan pisang kaki..sama ker..?
dulu tetiap pagi breakfast makan nasi kerabu kalo sempat beli sblm habis..
kv, kalau nk suh pos boleh ke? nak rasa lah sedap ke tak? macam sedap aje nampak.. sue memang hantu kerabu.. especially kerabu mangga.. hantu lalu pun tak perasan kot..
jem,
mula2 kv tgk pisang kaki tu kv ingat buah cupu versi besar. Hiks.. rupanya lain laa. Buah cupu tu berulas - ulas. Rasanya masam2 manis.Langsung tak sama.
sue,
betul ke su nak ni? Tp takat sarang kering jer lah. Sambal dia tu pulak sapa nak buatkan? hihihi
kv anto yang kering ajela, sambal kelapa tau lah su nak suruh sapa, kat opis nie tak ada orang kelantan, terengganu adalah, mesti derang tahu cemana nk buat..
sue,
kalau betul2 nak, bagi nama dan address. Insyaallah kalau ada rezeki sue, dpt le merasa kerabu sarang tu.;)
yabedabedu.. sukenye ati.. tapi cemana su nak bayar ek.. kv ada ak maybank dak? nanti su bank in kan..
nie alamat sue, guna alamat opis ek
suhaily rozali
unit pembangunan industri
lot 6, ss 6, jalan perbandaran
47301 kelana jaya
selangor
mekasih banyak2 kv, semoga allah memberi rahmat padamu, amiin..
Hi KV,
mana nak dapat buah cupu tuh..saya dah lama cari buah tu..memang mengidam nak makan buah tu masa pregnent 2 bulan lagi...sekarang dah nak masuk 5 bulan dah..tak jugak jumpa2.
Post a Comment
<< Home