kasutVINCCI

4.11.2007

takde tajuk

hadoii... susah btul nak update blog. Asyik tak dpt jek bila nak sign in. Sah byk ari kv cuba, Nak jawab komen pun tak leh. Entah penyakit apa pc kv ni tatau la. Tp alhamdulillah hari ni seang jer dapat.

Musim panas membahang ni mmg syok lepak kat tali air depan rumah. Selain dr temankan hang nadim siram tanaman, syok tgk budak2 main wau. Wau plk mcm2 pesen ada. La ni tgk famous wau burung. Sekali tgk mcm burung helang. Yg best nya time wau tu kena angin lintang. Kami panggil 'se'lat'. Kalo jatuh dlm tali air, mmg kena boo. Mmg sah rosak dah wau tu.

Mlm td kami outing. Ke kota bharu. Ingat nak tambah stok buah dlm peti ais. Hang nadim pun kemain lg suka. Nak tgk lampu lip lap. Hubby ajak gi taman orkid (pesta flora), tp rasa tal larat plk. Malas gitew. Lg pun minggu lps hubby dah bawak mil ngan hang nadim pi. Dorang dah blk cerita cemana keadaan kat situ. Kv pun takde lah excited mana. Masa dorang pi tu, kv takmo ikut sbb nak layan drama korea princess hours kat 8tv. Hehehe..

Malas nak masuk bandar, singgah jer kat billion. Lg pun kalo nak shopping best kat sini. Byk pilihan, harga berpatutan dan selalunya byk sales. Sempat beli sandal scoth (ejaan?) sepasang. Selesa skt. Sbb la ni, kalo dok lama sikit, bgn jer kaki terus rasa sakit dan berbisa. Agaknya berat sgt badan kv ni. Hahaha

Hang nadim cam biasa la, minta beli kan waffle. Dia makan separuh jek. Pujuk makan kasi habis pun takmo. BUdak ni masalah btul nak makan. Langsung takde selera. Harapkam susu jer. Tiap2 ptg mengadu sakit perut. Selalu mintak urut perut dia. Lg pun, dia kan ada masalah angin pasang. Bimbang gak kami. Sesekali terpikir agaknya kena gastrik budak ni. Asyik tak makan. Kv ingat nak gi farmasi, nak tanya ahli farmasi ubat atau vitamin yg boleh tambah selera makan dia. Risau gak sbb dia mmg kurus kering. Ada apa2 petua tak?

Labels:

--------------------oOo--------------------

33 Comments:

Blogger Kopi Suam said...

KV cubalah bagi vitamin kat hang nadim tu. Kalau dia tak mo makan nasi mungkin boleh varity kan makan dia. Anak saya semua saya kasi tak de pantang dalam makan.

2:12 PM  
Blogger Oren... said...

alla...try vit yg ada lysine..katanya bleh menambah selera makan anak2..cubalah...

cam Mira, dia takkan makan kalau tak bersuap..memula mcm cuak, tapi maybe sbb nak attention, nak dpt adik lagi, so, terpaksa suap..biarlah remeh, asalkan dia mau makan...

4:12 PM  
Blogger NZNM said...

Hakimi dulu masa kecik2 bg spirulina, cellfood, scot emulsion. Multivitamin pun ada gak tp tak konsisten. Dulu dia selalu dmm. Sethn lps tu br nampak kesa. Selera mkn boleh tahan. Kdg2 sampai 3kali tambah, tu yg bulaaat tu :)Cuba bg lauk pauk yg dia suka. Mcm hakimi kalau kena dgn selera byk la dia mkn. Boleh gak try susu tambah selera tu. Cuba tanya angah. Lupa nama susu tu. Ank kwn akak lps bg susu tu (mlm je)+ scot emulsion, anak dia dah selera sket

4:19 PM  
Blogger Sastri said...

err.. tak tau plak apa petuanya... sas penah hilang selera utk satu jangkamasa yg sedang2 panjang, mak sas suruh amik appeton tu... adeh... lawak je bunyinyer kan, gadis sedewasa sas kena amik appeton dalam btk gula2 tu (utk budak2)... LOL...

7:57 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

dulu rizq pun susah makan. tapi now dah ok sket semenjak kasik dia makan appeton (tambah selera). KV cubalah...

8:18 AM  
Blogger angah said...

Angah plak bagi susu yang kalori tinggi. Pediasure. Susu tuh pun rangsang selera makan arief. Kiranya 2 in 1 la. Khasiat susu dapat, selera makan pun ok jugak.

Vitamin angah mmg tak bagi sebab arief tak suka.

2:07 PM  
Blogger kakLuna said...

aha..betul kata mummy rizq..makan appeton bg tambah selera :)

11:18 AM  
Blogger happyirfa said...

org kata appeton tu bagus utk bg anak2 selera makan.dulu ada gak bg kakak makan.rasanya tak de perubahan.cubalah

2:13 PM  
Blogger happyirfa said...

nak tambah sikit lagi.kakak mmg susah sgt nak suruh makan.so irfa buat janji..sapa makan byk dapat ikut umie gi kedai..he he tp penat sbb kena janji macam2.

2:15 PM  
Blogger NBK466 said...

Ish..sama jerk Hang Nadim dgn KAKAK susah bebenor nak suruh makan.. Dia kuat makan bila kat rumah babysitter jerk..maybe sbb ramai geng2 dia turut makan sama..

5:05 PM  
Blogger alinlai said...

ke ke ke jgn silap bagi appeton yang 'kurangkan berat' dah le... lagi melidi hang nadim

5:31 PM  
Blogger Kak Lady said...

KV..kesian kat hang nadim tu...tak dibawa berubat ke...ubatkanlah masa kecik ni...

Budak2 ni kalau dah byk minum susu memang tak ingat nak makan...sama lah dgn Fareez...dia kalau minum susu selalu akan kurang makan nasi...

7:49 PM  
Blogger Arena said...

Anak buah arena minum pediasure tu.. lepas tu selera makan sangat kena ensure dekat rumah kena sentiasa ada makanan..hahahha

10:58 PM  
Blogger Mazudi said...

Hi KV, I'm back.

Dulu musim main wau ni lepas orang tuai padi, pastu start nak tanam tembakau. Syok tau main wau.

Dah pindah url.

11:34 PM  
Blogger kasutVincci&co said...

Ni kv dari rumah baru. Penat cuba masuk rumah sendiri. Terkunci dr dlm. Ntah kenapa. Teruk btul rasanya.

Kv dah cuba bermacam cara nak ubatkan angin pasang hang nadim tu. Jumpa tukang urut, makan ubat, air tawar, minyak urut la dan mcm. Tak bawak gi spital sbb dgn ragam hang nadim sekarang rasanya tak sanggup nak jaga dia lps operate dekat ward nanti. Kena tunggu dia besar dan 'cerdik' skt lg. May be dah masuk skolah rendah ker. Buat masa ni mmg kami jaga btul2 takut angin pasang tu 'tersekat' mmg dia akan sakit sgt2.

bab selera makan tu, kv pun ingat nak beli susu pediasure. Sbb be4 ni bagi vitamin mcm2 dah termasuk appeton bagai, namun tak jalan. Harapnya dgn pediasure nanti, selera makan dia bertambah. ;)

Terima kasih buat semua yg memberi pandangan. Untungnya ada blog.

9:18 AM  
Blogger Purpleheart said...

KV,
bagi la makan appeton. Rasanya sedap, mesti bebudak suka, orang tua pun suka gak.. hehehehe..

4:26 PM  
Blogger Purpleheart said...

Oh makan apeton pun tak jalan juga ya.. masa anak buah su kecik dulu, masa buat susu atau air, guna rebusan beras. Ni untuk budak2 yang payah nak makan.

10:13 PM  
Blogger Kaklong said...

salam KV :D

2:51 PM  
Blogger Kaklong said...

salam,

KV, Husna dulu, masa dia kecil2 susah nak makan, tu keding badan dia, tp bila mil akak belikan pil susu kambing jenama cosway (sehari maksima 10 biji), perlahan2 selera makan dia ok..sampai satu ketika badan dia jadi debap. then kami stopkan dia makan pil tu..tp oklah, selera dia menten wlwpun dah tak makan pil tu. sedap tau pil ni, langsung tak de bau or rasa kambing.akak pun suka makan hihi. itu yg kena sorok drp anak2 tu, sbb boleh habih sekali hadap. akak tak ingat ada berapa ratus biji dlm botol kecil tu. cubalah kv..akak tak ingatlah berapa regenya, dah lama tak beli.

11:59 AM  
Blogger Ajzie said...

lama tak kemari.. Apa khabar KV? Moga semuanya sihat yea..

6:35 AM  
Blogger zino said...

baby zino masa kecik2 dulu susah juga nak makan sekarang ni kena suruh berenti .. nak tambah je tak berenti.. dah makin bulat dia tu hehe

2:18 PM  
Blogger uDA said...

terang mata masuk blog ni hehe. kaler lawa memikat.

anak2 uda dulu pun payah gak nak makan ni. tapi ada cousin suggest appeton lysine. dah try, alhamdulillah ada perubahan positif. nampak perubahan selera makan diorang. cubalah. :-)

11:38 PM  
Blogger Aidura Sofiee said...

salam ziarah KV :)

2:22 PM  
Blogger cikdinz said...

kena pandai pujuk bebudak makan. jgn paksa tapi pujuk baik-baik. kalau bleh beli mende yg berkhasiat. jgn bagi dia makan makanan yg takde pekdah...

4:52 PM  
Blogger petiais said...

tak lalu makan..nama aku tak serasi..terus nama panggilan ditukar

6:51 PM  
Blogger YuszTieY said...

salam kenal...

2:44 AM  
Blogger zino said...

tak lama lagi zino nak ke KB.. nak jadi pemandu pelancong tak? hehe

7:00 AM  
Blogger sitilina said...

salam Kak KV,

KB tu duk mano? kot2 sebeloh rumoh jah kito... ekekeke.

9:52 PM  
Blogger p.e.e.p.a said...

besnye dpn umh ade tali air =)

11:53 AM  
Blogger Ayu said...

KV.. selamat ari raya.. lama tak jenjalan sini. blog aku pon aku tak p hahahaha
ni baru nak ada semangat updet blog hehehehe

10:33 AM  
Blogger jinggo said...

saja nak menyemak kat sini....
cuma nak membuat jemputan saja....
datang la beramai-ramai...
bawak keluarga dan kengkawan sekali......
tempat, masa dan tarikh ada kat blog aku......
kehadiran anda akan memeriah kan lagi acara itu dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita.... insyallah.....

1:59 PM  
Blogger barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

1:36 AM  
Blogger semut said...

erm.singgah jap.pasal lama tak singgah

11:40 PM  

Post a Comment

<< Home