kasutVINCCI

4.03.2007

cuti 4 hari

Jumaat
Pagi ~ Mula mendobi. Pastu hubby nak pi gunting rambut. Ingat nak ikut, tp sbb nak pi shopping (ewah!) kat KB mall terpaksa kensel. Kena masak dulu sebelum kluaq. Malu kat MIL nanti. Hubby balik dr gunting rambut tu terus bersiap. Byk gak sales sempena keputeraan sultan ni. Bergegas blk sbb hubby nak solat jumaat plak.

Ptg~ Pukul 4 dah gesa hubby bersiap. Nak blk rumah mak sbb abg sulung kv nak buat kenduri kesyukuran. Menyambut menantu. Tolong la touch up apa yg patut. Pukul 9.00 mlm blk rumah MIL semula. Fuhhh... terlepas cerita korea tv8. Rugi ni. Hehehe. Singgah beli rojak ayam dan roti canai. Makan lg.

Sabtu
Pagi~ Temankan hubby cari gondang dlm tali air depan rumah. Tau dak gondang tu apa? Spesis siput bendang tp saiznya bekai ganda besar. Anak buah kv yg kat kl, dia ada masalah buas*r. Kalo teruk, mesti dia mkn gondang buat ubat. Masak kerutup. Kv tak pernah try cemana rasanya. Byk jgk la dpt. Pastu bergegas blk rumah mak. Terus ke rumah kakak kv siapkan hidangan nasi pengantin. Kakak kv dah siap masak sebenarnya. Kv tukang hilang. Adoiii... nak buat udang panjat bukit tu kemain lg susah.

Pukul 12.30 baru siap kat meja mkn pengantin. Janji ngan rombongan pkl 12. Hiks terlewat 1/2 jam. Nak wat cemana. Rombongan sampai disambut dgm acara silat. Kv, kakak dan sorang anak buah tak sempat mandi pun. Dah siap hidangan kat meja pengantin tu, rombongan dah sampai. Sambut rombongan dgn t-shirt dan sluar jek. Korang ado? Heheheh

Lambat sgt tunggu dorang mkn, kv ajak hubby blk rmh mak kejap sbb hang nadim dah mula meragam. Rupanya dia mengantuk. Terpaksa kv pi ambik nasik rumah kakak kasi hubby makan dulu. Kalo tak kebuluran laki aku tu. Heheehe

Ptg~ Lps asar baru gi makan kenduri. Pengantin lelaki (anak buah kv) siap telefon bertanya bila nak pi makan. Hehehe. Pas makan, kami pun berkenalan la dgn pengantin pompuan. Dok huha huha sambil tgk gambar pengantin, hari dah gelap. Kami balik solat maghrib rumah mak kjp lps tu baru balik rmh MIL.

Ahad
Pagi~ Masak apa yg patut sbb nak gi billion. Shopping lagi. Hiks. Ingat nak beli baju mengandung. Tp byk jenis singkat. Cemana nak pakai pi kerja. Tak jadi beli. Beli baju kerja je utk hubby 2 helai. Pastu beli brg dapur sikit dan buah. Musim panas ni best jek makan buah. Balik tu beli char kuey yg best kat depan billion tu.

Ptg~ lepak jer kat rumah. Pastu teringat yg bulb bilik air dah kong. Bonceng motor pi pasar peringat. Blk tu, lepak kat tali air dpn rmh sambil mkn buah salak.

Mlm~ Lps solat isya' kami kluar lg ke kota bharu sebab janji ngan hang nadim nak tgk lampu lip lap. Sambil2 tu nak mkn chicken chop kat tanjung chat. Sudah tu, pusing2 dan singgah kat karnival di stadium. Hang nadim kemain suka hati dpt tgk mainan yg mcm2 tu. Nak blk tu, beli aiskrim potong. Rasanya bukan kacang merah tp mcm aiskrim padlepop pelangi tu. Perasa keladi. Balik tu mmg hang nadim terus lena dlm perjalanan lg.

Isnin
Pagi~ Che bagitau yg air dlm tali air dpn rmh tu dah surut. Hubby pun apa lg, kemain seronok la sbb dah lama tak makan ikan sungai. Kami panggil ikan darat. Byk gak dpt hasil dan2 tu gak. Plg best dpt ikan haruan. Dah lama kv mengidam nak bakar tawar cicah budu. Fuyyo.. terangkat beb! Hehehehe. Ada gak ikan turbo (ntah la org lain panggil apa) yg penuh dgn telur. Sedapnya. Makan panas2 digoreng garing.

Ptg~ Cadang nak pi pengkalan kubor. Saja jenjalan sempena cuti ni. Sebelum tu hubby gi tgk pukat dia dulu. Dpt la dlm 10 ekor lbh. Kami kluar sebelum asar. Byk gak sales pinggan mangkuk. Tp kv just beli pelapik gelas kaca jek. ^ biji 13.90 jer. Hubby larang kv beli yg lain sbb takde tempat nak letak. Tp kami dok aim mcm2. Sampai masa nanti tunggu beli jer. Hehehehe.

Pastu beli baju mengandung selai. Kain cotton yg sejuk. Best jer. Terberkenan ngan telekung. Kain dia mcm yg mak kv krm kat kawn dia beli kat mekah. Sejuk jer kain tu. Tp tak beli dulu. Nanti lah. Kami kluar dekat pkl 6.00 sbb gate tutup pukul 6 ptg.

Singgah solat asar dekat pantai seri tujuh. Pastu makan colek ikan, sotong, udang dan fish ball. Minum air kelapa. Best jer. Harga just 12 ringgit. Murah, kan? Pusing2 kjp kami pun menghala ke kota bharu. Seb baik sempat tgk keretapi lalu. Kalo tak jenuh menjawab solan hang nadim nanti sbb dah janji dgn dia nak tgk keretapi.

Pastu hubby nak gi pengkalan chepa sbb ada hal. So, singgah airport kjp sbb hang nadim nak tgk kapal terbang plk. Sempat tgk air asia naik dan mas turun. Terlompat lompat kawan tu. Sempat lalu kut Pesta Flora. Tp tak singgah sbb baru buka, terlalu ramai pengunjung. Dah nak abih tempoh nanti baru boleh pi. Kurang sikit org.

Ingat nak cari mkn utk dinner. Tp dah kenyang mkn colek td, terus blk. Pastu teringat cerita korea start 8.30. Fuh... seb baik sempat tgk.

Itu la jalan - jalan cari makan kv anak beranak sempena cuti2 malaysia ni.

Labels:

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger Biarlah rahsia said...

sonoknya KV dpt jln2...k.bie klu blk ktan aktiviti penuh...tp bukan dgn shopping dan mkn2...kena ziarah sedara mara sbb jrg2 balik. sesekali blk ada saje jemputannya.

12:41 PM  
Blogger HAPPYIRFA said...

meriah..meriah.sungguh meriah.
rajin sungguh kv berjalan nanti senanglah beranak yer..

1:53 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak bie,
itu ler kalo dok jauh, sesekali blk mmg wajib singgah sanak saudara. Nanti org ckp sombong plk kan? Heheh

irfa,
dah jarang mabuk ni, mmg aktiviti kegemaran la jalan jalan ni.;)

1:58 PM  
Blogger pB said...

sa'le aDik KV

panje nyor N3 nie..
Kak pB tulis komen dulu, lepas ni baru baco...

teringin nok ke'lih gamba gamba, bakpo loni blogspot sakit kor??

Mabuk ok doh??

2:08 PM  
Blogger pB said...

baru habih baco..

tanjung chat, keda hok dekat pokok besa tu kor??
Kak pB rajin tra dulu maso kelek bule 12. Oklah jugok..
Dekak de'ge umoh mph sdaro tu..

Ei'ke Turbo..??
Keno tanyo Pochik nih, dio mesti tahu..

Cuaco lagu mano, KB loni??

2:14 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

amboi... mak buyung sorang nie.. dah habis mabuk sakan dia pergi berjalan erk! hee.. hee.. teringat gi pengkalan kubor itu hari. rasa masih blom puas lagi!

3:37 PM  
Blogger AppleB said...

mesti kbmall sronok kan sbb ko dah buleh pi sana selalu ahhahahhahaha

jelesnya aku ko cuti lama tul. aku ni dok ngidam nk bercuti tp...entahlah.

8:39 AM  
Blogger Alinlai said...

seawal perenggan pertama dah ada perkataan KB Mall... KV dan KB Mall memang tak bleh dipisahkan ke ke ke....

10:07 AM  
Blogger Purpleheart said...

Baca en3 kv dalam keadaan perut tengah lapo, hisssyy.. tak sabo nak tunggu waktu rehat. Jam baru pukul 10.50.. lambatnya 12.30!

10:45 AM  
Blogger Unknown said...

sy cuti2 malaysia kat umah je

11:48 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
kedai makan tanjung chat tu lps traffic light tu jer. Kami panggil kedai bola. RFC ke apa tah nama dia. Kaler merah. Semua makanan dia best! Cuaca la ni panas terik tp kdg2 hujan. Tp sikit jer. Tang gambar tu, bila publish terus hilang tatau pi mana. Geram btul Tu yg takdak en3 bergambar. nanti kv cuba lg.

mar,
kalo pi pgkln kubor, kv teringat langkawi. Best nya shopping pinggan mangkuk!

apple,
ko kan selalu tak sihat. Mintak la cuti. Ala, aku pi kb mall tak lama. Pening bau tomyam! Hahaha

alinlai,
hanya tu jer yg ada kat klate ni. Punya la sedih. Tempat lain baru dlm pembinaan. Nanti mesti dah jarang2 pi kb mall. Hehehe

sue,
haa.... Kan dah kecur ayaq liur tu. Hehehe

linda,
kat rumah pun best apa? BOleh golek2 atas katil.Hiks

1:09 PM  

Post a Comment

<< Home