kasutVINCCI

3.05.2007

Salam...

Dah byk hari kv try upload gambar. Asyik tak dpt jer. Napa ek? Boring tul. Tu yg kdg2 mood nak update blog terus terbang melayang. Hehehe. Ye lah, rasa cam tak meriah plak bila takde gambar. Kan?

Takde benda yg menarik berlaku dlm hidup kv sehari dua ni. Hari minggu rutin cam biasa jer. Hari ahad kv gi daftar kat klinik ibu dan anak peringat. Dtg pkl 8 pagi dekat pkl 12 baru lesai. Hayyooo... tp nak buat cemana, dah terpaksa.

Kad kv nurse tanda kaler hijau. Katanya kena perhatian lbh skt sbb kv melahirkan anak pra matang dulu (hang nadim). Tunggu doc punya la lama. Dlm 10.30 baru masuk. Pas tu kena tunggu giliran plak. Dah la perut kv meragam. Dari 4 pg berulang ke tandas. Membawa ke klinik tu. Hayyo... so penat la. Agaknya kv kena taun yg tak teruk kut sbb hari sebelumnya kv mkn etok. Kena la pantang dulu musim2 kemarau ni. Seb baik masa daftar pagi tu kv dpt no.10. So, nombor kv cepat dipanggil.

Masih sakit jari ku kena 'tembak' ngan jarum utk ambik sample darah. Pastu cucuk lg kat lengan utk ambik sampel darah jgk. Seb baik nurse tu sekali buat jer. Kv ni jenis susah nak ambik darah. Urat halus sgt, kata nurse. Dulu2 2-3 cucuk baru menjadi. Tu pun bertukar - tukar nurse. Kali ni smooth jer.

Last sekali check gigi. Nurse tanya nak pegi ke tak. Tanya kv tentu la malas. Hiks. Tp dia nasihat kan kv pegi sbb masa mengandung ni better check gigi. Masa kv gi klinik gigi tu, dah takde org. Terus dpt masuk. Everything ok. Alhamdulillah.

Rabu ni kena pi scan. Lps tu kv mintak kebenaran nak check kat pasir puteh jer. SEnang dekat ngan ofis. Kesian hubby tunggu lama.

Cerita pasal hang nadim pulak, dah empat hari dia takmo pi skolah. Mulanya dia ckp tak larat. Mek tak berjaya pujuk dia. Mmg budak tu susah skt. Kalau dia kata A, maka A lah yg dia mau. Rupanya ptg tu badan dia dah mula panas. Kuat sgt berkebun, demam urat. Makan ubat, reda skt demamnya.

Kelmarin, dia tetap takmo pi skolah. Dia ckp tak larat. Hubby nak gunakan sistem kekerasan, tp kv tak kasi dulu. Ingat nak cari idea nak pujuk dia. Blk keje sebelah ptg tu, mata dia dah berair. Dah agak dia mungkin akan demam selsema. Terus bagi ubat. Bangun pagi td badan dia panas giler. Merengek dia takmo kasi kv gi keje. Kesian sungguh. Tp kv dan hubby mmg byk keje nak kene settle secepat mungkin. Inject turpedo dulu nak kasi kebah. Mek dokong dia, dia pun cool. Tgh hari ni, hubby call. Mak ckp dah ok. Dia tgh tidur dlm ayun. Mamai ubat lah tu.

Entah lah, kv takdak idea la cemana nak pujuk dia gi skolah. Dlm malas2 dia tu dah byk perkara dia belajar dan hafal. Kv pun rasa happy dan bangga dgn perkembangan baru dia. Tgh main pun dia asyik baca/menghafal apa yg cikgu ajar. Dah boleh mengucap siap dgn terjemahan sekali. Byk lg la. Yg tak best nya, dia malas nak pi skolah. Aduhai...

Labels:

--------------------oOo--------------------

14 Comments:

Blogger - tety - said...

lega dgr kv dah makin ok... tp teruk jugak la eh kv nye 'mabuk2' nih... huhuhu mmg kena kuat smangat la time2 cenggini. apa2 pun take care!

3:57 PM  
Blogger pB said...

dah plan ke nak bersalin kat mana??

Hospital Pakar Perdana? Atau klinik (apa nama tu yg satu lajur dengan pej pos besar KB)..??

kak pB harap alahan semua dah beransur pergi ....

4:00 PM  
Blogger sya said...

KV kalau nak letak gambar dengan mudah kena kecik kan dulu gambar tu utk web pages.. kalau tak memang susah nak masuk

4:24 PM  
Blogger Oren... said...

kena psiko la kut kat hang nadim, supaya dia mau pi skolah..tapi mesti ada sebab dia takmo pi kan? cam nih, dia demam..memang la dia takmo pi..

4:28 PM  
Blogger alinlai said...

dia tak minat dengan cikgu kot sebab tu tak mau pi sekolah :)

5:39 PM  
Blogger ontahsapo said...

dia malas tu sure ada sebab... alah kecik lagi takyah paksa sgt, nanti dia boring pergi sekolah lagi teruk...

10:29 AM  
Blogger Kak Lady said...

KV...Semoga sihat selalu ibu & baby ni...hehehe...tak sabar ye menanti saat2 bahagia tu...

Kene injek...eiii...kak lady takot...

11:09 AM  
Blogger NBK466 said...

Ingatkan TAK LARAT sbb beg berat ker? Kena angkat kerusi meja ker kat sekolah..rerupanya TAK SIHAT.. Muga cepat sembuh Hang Nadim & cepat datang mood nak ke sekolah..

12:01 PM  
Blogger happyirfa said...

hai kv..
musim x menentu jgn suka makan etok nanti kena taun.susah.dahlah awak peknen.
psl hang nadim tu..mgkn sbb demam kot dia x nak gi sekolah.harap2 dah ok lepas baik demam.irfa x de pengalaman budak x nak gi sekolah sbb aina anak irfa tu suka sgt gi tadika..cuti pun tanya bila nak gi sekolah.hai macam2 peel budak2 ni

12:32 PM  
Blogger Purpleheart said...

Etok tu macam mana rupanya?

11:10 AM  
Blogger blackpurple said...

KV, Scan ok..?

Kalau kanak-kanak 'malas' ke sekolah itu normallah KV. Dibuatnya 'terlalu rajin' sampai hari Sabtu & Ahad nak ke sekolah macamana. :D

12:52 PM  
Blogger angah said...

Angah pun kaler ijau sticker tuh sebab hb rendah sokmo sejak kandungan pertama dulu lagik.

Ni pun dah puas usaha makan itu ini, naik pun tetap bawah 11. hampeh laaaa..

5:26 PM  
Blogger Sastri said...

sama ada server atau blogger yg wat hal... Sas ni, dah tentu server ofis yg mengong, tu yg lambat post entri... anyway, harap2 KV dah makin ok... :D

10:04 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kv jawab utk semua la.
Tety~ lama nya tak jengah sini. Kv pun.
pb~ berangan jgk nak pi spitak swasta. Tp takut terjadi kes cam dulu, kena HUSM jgk lah.
kak sya~ cemana nak kecikkan gambar tu?
oren~ dah penat aku psiko dia. Mcm2 sampai mati kutu. Ken apikir cara lain plak ni.
alinlai~ cikgu selalu dokong dia tu. Hahahah
OS~ entah ler. Harapnya lps ni dia kembali bersemangat semula.
kak lady ~ kv pejam mata dan ingat benda lain. Mmg jarang tgk jarum. Hehe
abg shahrul~ ala, beg skolah ringan jer. Lg pun mek hantar ngan motosikal. Dah sembuh demam pun takmo pi.
irfa~ dah tak berani nak makan etok lg. Kena tunggu dulu. Eh, bertuah nya irfa anak rajin ke skolah. Tak yah nak pujuk bagai.
purple ~ etok tu rupa dia mcm lokan. Tp saiz kecik dan dia hidup kat sungai. Kv pernah buat en3 pasal tu dedulu. Cuba cari dlm arkib. Hehehe
BP~ scan ok. Baby masih kecik. Cuma hubby yg tak dpt tgk sbb tak boleh masuk bilik doc. Eh, kalau dah over rajin pi skolah haru biru plk nanti. Hahaha
angah ~ kv dulu pun hb rendah. Yg ni tatau la. Tak try makan kerang, hati dan limpa ke?
sas~ alhamdulillah. Makin hari kv dah makin ok.

12:19 PM  

Post a Comment

<< Home