kasutVINCCI

3.08.2007

Minggu yg kelam kabut

Hai semua...

Minggu ni mmg kelam kabut skt. Memula tu che demam urat campur selsema. Pas tu hang nadim pulak demam dan ok. Pastu mak pulak pening2 lalat. Siap jatuh dlm bilik air bagai. Bawak gi klinik. Hah, ambik ko darah tinggi sampai 220. Bahaya betul.

Balik dr klinik bawak mak tu hubby pulak bersungut nak demam. Hang nadim pun kembali panas tubuh dia. Pagi selasa tu semua org tak sihat. Kv terpaksa cuti kecemasan. Hubby ngan hang nadim gi klinik. Kasi injek. Melepek jer dorang pagi tu.

Mak pulak dah teruk darah tinggi tu mcm nyanyuk plak dah. Nak bangun nak pi mana tatau. Mmg kena mengasuh mcm baby plk. Padahal dia langsung takde tenaga. Mek la yg penat skt sbb hubby langsung tak larat. Kv plak walaupun penat tp kv bereskan utk makan tgh hari dan mlm. Hang nadim pun tak byk ragam sbb dia penat sesangat. Selalunya mmg tak terlayan karenah dia.

Hari rabu kv still cuti sbb hubby kembali demam. Hang nadim dah ok. BIla dah ok tu, mmg byk betul karenah dia. Menguji kesabaran betul. Tp mak still tak boleh bangun. Terpaksa papah gi bilik air. Pastu asyik terkencing saja. Byk kain dan selimut kena basuh. Mmg penat la skt. Seb baik mak masih boleh makan.

Tgh hari tu tidurkan hang nadim dulu sbb jam 2.30 kv ada appoinment nak pi buat ultra sound. Lps mandikan mak, kami makan dan solat. Gi klinik. Hubby tunggu kat luar jer. Takde la lama sgt tunggu. Masa doc scan tu dah nampak kepala baby, tulang belakang dia, tgn, cuma kaki yg tak nampak. Jantung dia berdegup. Kecik jer baby. Comel jer. Asyik berpusing pusing sbb ruangan masih luas.

Dah sudah kat klinik tu hubby ajak gi beli diaper dewasa utk mak. Kesian gak kat mek sbb kerap kali kena bangun mlm papah mak gi bilik air. Pastu singgah beli kipas meja satu lg. Ingatnya sabtu nak panggil kawan hubby wiring baru la. Terasa nak pasang aircond la pulak. Panas sgt la, tak tahan. Walaupun rumah papan, tp tetap jgk nak pasang aircond tu. Tgk la nanti.

Hari ni kv dah mai kerja. Hang nadim still takmo pi skolah. Alasan dia, masih demam. Geram betul kv. Kalau dia pi skolah mek takde la penat sgt. BOleh jaga mak jer. Ni nak layan karenah dia lagi. Harapnya dia boleh ikut che gi kebun.

Labels:

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger pB said...

kak pb doakan agar semua ahli umah kv dah bertambah sihat.
amungkin sebab cuaca yang panas dan kering tu yang buat semua org tak berapa nak sihat...

next week dan start cuti sekolah..??
Hang Nadim tak ajak g mana mana ker??

2:12 PM  
Blogger Apple Pie said...

ko jadik nurse la ek. moga semua cepat sembuh. aku ni pun rasa mcm nk demam. udahlah laki aku takde huhuhuhuhuhu. cian aku kan. huks!

mak ko tuh ko try kasi minum air timun. ko blend timun tu campur gula skit, pastu minum. cepat turun BP darah dia tuh. buat mcm jus tiap hari minum pun takpe.

3:44 PM  
Blogger zino said...

semuga KV dapat memberi khidmat yg terbaik utk mak..

8:47 PM  
Blogger happyirfa said...

semoga semua org tersayang KV cepat sembuh..

1:25 PM  
Blogger ontahsapo said...

demam urat tu cemana?

5:04 PM  
Blogger Sastri said...

semoga KV dan ahli keluarga cepat sembuh... utk mak KV, Sas sarankan cuba produk healin, gamogen tu... sbb ada sorang colleague kat pejabat, mak mertua dia sakit mcm2... tak boleh bangun semua tu... dia bagi makan gamogen, sekarang alhamdulillah dah ok, boleh bangun dan siap marah2 orang yg jaga dia lagi...LOL... cuba laa... mana tau kan?

4:30 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
TQ so much, yg lain dah makin ok. Cuma mak jer tak boleh nak berjalan sendiri lg. Tak cukup kuat. Tp makin bertambah baik.
Cuti skolah ni mmg tak sempat nak gi mana2. Hang nadim tu takat ajak gi kb mall jer la, atau pantai. Hehe

apple,
la ni aku kasi mak aku makan daun hempedu bumi. Mmg ada perubahan. Ubat spital mmg tak ambik. Alhamdulillah makin beransur baik.

zino,
mmg nak bagi khidmat yg terbaik, tp kekadang tu pancit jgk. Hahaha. TQ naa..

Irfa,
terima kasih ...

OS,
ala.. kita kat sini panggil demam urat. Demam yg sakit satu badan sampai tak boleh nak sentuh tu. Badan tak panas sgt. Selalu berlaku apabila dah lama kita tak buat kerja2 berat.

sas,
kv pun terfikir gak nak guna healin tu. Tp nak habiskan makan daun hempedu bumi tu dulu. Nanti darah dah stabil boleh amalkan healin tu plk. TQ naa..

12:08 PM  
Blogger Ayu said...

semoga KV cepat sembuh yer.. :)

7:20 PM  
Blogger Purpleheart said...

Alahai kv, ciannya su dengar.. Su jauh jadi su cuma boleh doakan kv dan yang lain cepat sembuh ya..

10:42 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

semoga semuanya akan cepat pulih.. untuk KV, jgn kerja teruk2 sangat.. kesihatan kena jaga jugak ok!

11:50 AM  
Blogger Arena said...

Semoga semua orang lekas sembuh.. U yourself take care tau..

4:34 PM  

Post a Comment

<< Home