kasutVINCCI

3.13.2007

KENANGAN MENGUSIK JIWA

Bila baca en3 BP pasal dia balik muor tu, kv terus teringat kehidupan kv zaman kecik2 dulu. Semuanya sekarang dah takde. Di telan arus pembangunan.

Masa kecik2 kv suka main dlm kebun getah mak kv. Selalu tolong mak 'giling' getah dia guna mesin penggelek tu. Yang kosong pastu yg berjalur. Mak panggil mesin bunga. Masa tu kv kagum sgt dgn fungsi cuka getah yg mampu mengeras kan susu getah dgn cepat.

Dlm dok tolong mak tu (masa tu belum tadika pun lg), selalu gak kutip buah mata ayam. Kv tatau org lain panggil apa. Buah dia separuh bulat, bila masak kaler dia merah saga. Buahnya kecik jer dan manis. Pucuk dia selalu org buat ulam nasi kerabu.

Dlm kebun getah tu jgk ada bermacam macam lagi pokok2 lain. Ada pokok yg jenis memanjat. Buah dia sebesar bola tenis. Kulit dia licin dan berkilat. Warna hijau. Bila masak akan jadi kaler kuning/oren. Cara nak kopek, kena tekan dgn kedua belah tgn, mcm nak kopek buah manggis tu, tp kulit dia nipis jer. Isi dia penuh dgn biji bijian. Telan gitu jer. Rasa dia manis dan sedap. Sulur dia berpintal pintal. Kv selalu guna main tiup buih sabun guna sulur tu. Masa tu kami panggil dia buah oren. Ye lah, kaler dia kan oren. Hahaha... masa tu mana la nak jumpa oren sunkist kan. BIla dah besar kv perasan yg 'buah oren' tu rupa2 nya buah markisa. Tp kv masih tak pasti sbb hanya tgk dlm buku. Tak pernah tgk buah markisa in real life!

Lg satu, kat dlm kebun getah tu jgk ada pokok belimbing. Kv ngan kwn2 selalu lepak kat atas pokok belimbing tu. Berebut2 pilih yg masak. Belimbing kampung mana la nak sedap sgt kalo nak banding ngan belimbing yg telah dikacukkan tu. Tp tak kisah lah. Lg pun masa tu mana ada makanan yg mewah2. Kami selalu gi ramai2. Bila org tanya, ckp nak gi bintang. Hahahah. Buah belimbingkan mcm bintang. So, org tatau rahsia kami nak ke mana.

Kat kebun getah ni jgk, kv selalu jumpa makcik esah. Makcik esah ni hidup sebatang kara. Dia takde suami dan anak. Org nya kurus kering sampai melengkung. Lg pun dia dah berusia. Dia mmg sgt baik dgn kv. Selalu layan karenah budak2. Kv selalu ikut dia balik. RUmah dia kecik sgt. Tp sbb dia dok sorang, kira ok lah kan. Kv selalu lepak rumah dia. Siap dia masak bagai. Lepas makan tu, siap baring2 pulak.

Makcik esah suka pelihara ayam dan itik. Kv selalu dihadiahkan anak ayam. Bawak balik rumah, mak yg beri makan. Tp selalu nya tak sempat besar ayam tu sbb kena penyakit. Bila makcik esah tau ayam kv mati, dia akan gantikan dgn anak ayam baru. BIla mati lg, terus dia bagi kv ayam yg dah besar. Hahaha.. bela dua tiga hari dah boleh sembelih.;)

Dia jugak suka tolong mak kv buat kerja. Nak2 kalo tiba hari raya. Pd hari buat ketupat (sehari be4 raya), pagi2 dia dah dtg. Tolong mak kv buat ketupat daun palas. Selalunya dia akan buatkan kv ketupat tanduk. Mmg besar dan tanduknya mcm tanduk kerbau. BIla dah masak, selalunya kv akan meraung sbb ketupat tanduk tu telah di konker oleh abg dan kakak kv. Hahahaha

Tp yg ralatnya, kv tak ingat bila dia meninggal. Sungguh. Puas mengembalikan nostalgia, tp langsung tak ingat. Semenjak dia meninggal, ayam2 nya entah ke mana. Rumah dia makin lama makin senget dan rebah menyembah bumi. Pokok jambu batu dia pun mati lepas tu.

Sekarang langsung dah tak ada tapak rumah dia. Dah jd kawasan lapang. Kv dah lama tak pergi situ. Lg pun rumah dia hujung kampung. Rasa jauh pulak. Padahal, dulu, hari2 kv berjalan kaki ke rumahnya.

Apa pun, untuk arwah makcik esah yg pernah menyayangi dan mendidik kv, kv doakan semoga roh nya dicucuri rahmat. Moga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin...

Kini kebun getah mak tu dah tak macam dulu. Setahun sekali pun kv tak jejakkan kaki ke sana. Mcm2 halangan. Namun, alhamdulillah, sekurang kurang nya kv ada nostalgia manis yg boleh dikenang.;)

Labels:

--------------------oOo--------------------

18 Comments:

Blogger Sastri said...

memang nostalgik... tingat zaman kecik2 dulu kan? everything seems so carefree and easy... no worries at all...

10:03 AM  
Blogger pB said...

wah ..ingat ko no satu, tapi no duo..tak po lah

kak pB pun rajin duduk dale kebun getah...nung kat ulu dabong. Pete pete sokmo dok g main dale ba'sa / gu'de hok dio dok sipe getah keping hok kaler koko tu. Suko main lopak lopak sebab kalu jatuh tok sakit...

Lepas tu, mandi air suga. Paka kain batik , jadi itik gelebung...kutip pucuk paku..
hmm...nostalgia sungguh.

Rugi sebab anok anok daro tu tok rasa sumo tu. Buleh main endo hok gatung kat pokok pun soo'hoo tukak.

10:05 AM  
Blogger ontahsapo said...

ganas gak kau ni ek..?

10:17 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

MB pun dulu selalu main dalam ladang getah... kutip biji getah! tapi ladang tu india yang punyaa... hee.. hee..

10:18 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

sas,
masa tu mmg tau nya bergumbiraaa saja. Seronok kan?

pb,
wah... main itik gelembung dlm sunga yer? Kakak kv selalu buat gitu. Dah main tu pakat cari etok plk. Best nyaaaa...

OS,
dlm family, kv ni dikira plg lembik. Yg lain lg ganazzz dan brutal!

MB,
India pun india la, janji boleh main. Hahahaha

1:47 PM  
Blogger Norasiah said...

ha... buah markisa tu sedap kan?

2:31 PM  
Blogger NBK466 said...

Kesian pulak takde anak arwah Makcik Esah tuh...KV bila teingat kat dia buleh ler sedekah2 al-fatihah kat dia kan?

2:52 PM  
Blogger blackpurple said...

Syahdu kalau dikenang-kenang semula. Semulanya dah lama berlalu. Sayang....anak-cucu-cicit kita tak sempat merasa suasana seperti kita dulu...

3:30 PM  
Blogger Ayu said...

kenangan lalu tu manis sungguh rasa nya.. takkan berulang lagi tetapi ia kekal di dalam hati :)

9:12 PM  
Blogger Purpleheart said...

Seronoknya dengar kisah Kv, su orang bandar jadi tak de la pengalaman macam tu. Cuma bila cuti sekolah aje merasa pergi rumah sedara kat kampung. Tapi pengalaman su petik pucuk ubi, panjat pokok jambu pastu pergi jual satu kampung. Sah2 orang kampung tak nak beli sebab masing2 ada kat belakang rumah.

12:14 PM  
Blogger happyirfa said...

mmg nostalgia bila tgk tpt main masa kecik2 dulu.irfa pun suka main kat dusun durian atok.tp sekarang dah x pernah pegi lagi..camnelah rupanya irfa pun x tau..

12:23 PM  
Blogger kakLuna said...

masa citer mak cik esah tu, mcm nak tambah je ayat KV tak kisah....sayu jek bunyinya :)

1:22 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

norasiah,
pernah makan gak ek?

abg shahrul,
mmg bila rindu/teringat kan org yg dah meninggal, baik kita sedekahkan al-fatihah.:)

BP,
takat ni anak kv masih lg boleh merasa separuh dr pengalaman kv dan hubby sbb kami tinggal kat kampung. Tu pun byk yg dah 'hilang'.

ayu,
kdg2 bila leka dgn kesibukan, hilang sejenak memori tersebut. Hehehe

sue,
masa tu mana la ada org kampung nak beli jambu tu. Kalo sekarang mungkin ada kut, sbb byk rumah yg dah takde pokok jambu.;)

irfa,
kat dusun best sbb teduh je. Lg best kalo ada sungai. Hehehe

kakLuna,
part yg mana tu ek? Nanti kv baca semula. Hahaha

3:08 PM  
Blogger Kopi Suam said...

KV,
Buah merah tu kalau kat kampung KS panggil buah pelanduk :)

Rindu kat kampung

5:43 PM  
Blogger Kak Lady said...

Nostalgia sungguh kan...bila ingat zaman kanak2 ni...

11:50 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

KS,
Oh ya, buah pelanduk. Kita org panggil buah mata ayam.

KL,
zaman tu mmg meriah. Hehehe

12:01 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

Korang, kenapa kv tak boleh nak publish en3. Terus hilang apa yg dah taip bila tekan butang publish? Sapa2, help me!!

12:02 PM  
Blogger MAMARISYIA said...

Aku takde pengalaman macamni KV!!

11:42 AM  

Post a Comment

<< Home