kasutVINCCI

3.27.2007

sakit hati

hmm... menjawab kpd en3 kelmarin. Testing sebenarnya cubaan kv utk publish en3. Penat taip pjg2. Bila publish terus hilang. Taip lg, cuba save kan. Hilang ntah kemana jugek. Sakit hati btul. Pastu cuba upload gambar. Dah masuk elok tu, bila publish, hilang jugak. Mek tensiiii!!

Harapnya yg ni dpt la di publishkan.

Jumaat mlm (lps) kv gi kl. Belarak anak buah. Kami sebelah lelaki. Rumah pengantin pompuan dekat dengkil. Family kv lepak kat bukit puchong perdana. Kak pb, kalo salah tolong betulkan ek. Semua adik beradik join. Mmg meriah la.

Plan memula tu, kv sampai dlm kul 9. Ingat nak pi jugek majlis akad nikah mlm sabtu tu. Tp flight delay sejam plk. melepas la. Sampai kat rumah anak buah kv tu, rombongan dah balik pun. Makan nasik kat rumah jer lah.

Pastu ikut anak buah yg sorang lagi blk rumah dia kat pantai dalam. Besoknya pagi2 kami berangkat ke puchong. Kecoh bila dah penuh satu rumah tu. Sebahagian lg dok menumpang kat rumah pengantin lelaki di bukit jalil.

Rombongan berangkat ke dengkil lbh kurang pukul satu. Tema dorang hijau epal. Tp syg, gambar tak boleh upload. Entah apa masalah dia. Menu makanan mewah sekali. Kv pun tak ingat berapa jenis dishes dia. Siap ada sambal udang, kambing, ayam, sambal tempe, pajeri nenas, rendang dan mcm2.

Kebab turki pun ada. Van ayam goreng ala kfc sedia menunggu tetamu di bawah khemah. Mcm pesta sukaneka plak rasanya. Perarakan kereta berkuda dibatalkan sebab pengantin lelaki takmo. Heheheh. Kalo tak harus kv tumpang sekaki tu. Ole2 utk rombongan mmg vastt gitu. naik risau pla kami, mcm mana la majlis kat kelantan nanti. Malu la kat depa. Harapnya semua under control.

Mlm tu semua sepakat nak bawak rombongan che kiah tu naik star dan lrt. Nak bagi dorang pengalaman baru. Park kete kat bukit jalil. Terus ke masjid jamek. Lps tu ke klcc. Balik tu singgah makan kuetiau goreng kat puchong. Mlm tu semua tido mati. Hahahahaha

Besoknya semua dah berangkat blk dlm jam 11.30 pg. Tinggal la kv sorang. Anak2 buah ajak pi summit subang. Sempat la beli sandal utk kv dan sepasang t shirt dan jeans utk hang nadim. Hubby? Tak beli apa pun utk dia. Sorry bi!

Lps makan dan solat jamak maghrib dan isya' kami ke klia. Jam 10.00 mlm kv masuk balai berlepas. 10.35 terbang dekat 11.45 baru mendarat. Hang nadim dah berlari lari bila nampak mama. Rindu betul dekat dia.

Itu jer lah cerita kv ke kl. Kak pb, sori yer, mmg tak sempat langsung kontek akak. Hehehe

Labels:

--------------------oOo--------------------