Lepas makan, takde benda nak buat. Cuaca mmg hangat kata org utara. Sakit kepala dibuatnya. Hubby ajak gi mandi air terjun. Rumah mak kv kan dekat ngan Jeram Pasu dan Jeram Linang. Kami pilih nak gi jeram linang sebab kat situ luas dan teduh. Banyak pokok pokok. kat jeram pasu tempatnya sempit dan panas sket. IV pernah gi kan?
Sampai kat Jeram Linang org punya la ramai sampai kan kena park kat atas bukit. Dekat pejabat hutan. Tapi ok la sbb kat situ dataran kejat. Dekat mini zoo. Pengunjung punya la ramai. Xtvt tentu la mandi dan BBQ.
Suasana kat kolam bawah. Kat sini ada byk kolam. Paling atas kena naik tangga entah berapa ratus anak tangga. La ni dah tak kuasa kv nak memanjat tetangga tu. Masa muda remaja dulu, pantang gi mesti sampai kat atas. Bebudak penuh dlm kolam. Airnya sejuk sgt. Mmg best lah.
dekat sejam kami kat situ, so beransur pulang. Nak balik tu punya la ramai org tgh masuk. Jammed.

Hang nadim with sepupunya. baru lepas mandi air terjun.masa ni dah nak balik dah.
petang dalam pukul 7.00 malam, kami bertolak balik rumah MIL.
pagi sabtu macam biasa xtvt kemas rumah. Hari lain MIL yg buat.;). Basuh baju, lipat baju, kemas almari dan semua lah. Pas tu acara memasak utk makan tgh hari. Hubby gi beli itik rumah sedara dia. So, menu tgh hari, udang goreng pedas lengkuas, ayam bakar dan itik goreng. Celur baby corn cicah budu.
lepas asar, gi ronda-ronda. KB mall la, kat mana lagi. Tgh syok meronda tu, tertengok pak guard 2 org dan 2 org lagi staff kb mall tgh pegang budak yg nak mencuri fire estinguisher (betui ke eja ni). Tak semena mena sorang pak guard tu tendang budak tu. Agaknya budak tu cakap benda yg tak elok kot. Tetiba budak tu meronta dan terlepas. Masa adegan kejar mengejar tu, habis di langgar pengunjung. Mmg geram la tgk. Stroller baby pun di heretnya. Terkejut badak bapak baby tu. Org ramai pakat kepung. Kat escalaltor habis dilanggar pengunjung. Akhirnya tertangkap jugak. Hmm...teruk lah kena budak tu. Nak buat jahat kat tempat awam. Siapa nak biarkan. Dari pemakaiannya rasanya budak punk.
turun escalator tu jumpa osman kering. dia pun tgh meninjau kejadian tu. borak ngan dia kejap. katanya ada show kat rtm. sempena konsert diraja. tak sempat nak gi lah. malam ni lah kot. sbb dia buat 3 malam.
LG buat roadshow. Mcm2 acara. best la jugak sbb ramai yg dpt hadiah. Hello moto pun (motorola) buat show jugak. Bebudak tentulah dpt belon.
kami dinner kat kfc. Ingat nak makan pizza sbb dah lama tak makan. tp takut hang nadim boring menunggu pulak sbb kelmarin dia selsema. tp tak demam. takut dia meragam. Tapi ok ajer dia. So, kv makan chicken chop dan hubby makan snate plate hot and spicy. hang nadim share ngan kita org lah. punya la byk dia makan.
sambil tu survey baju batik utk hubby sbb kena pakai masa annual dinner nanti. Butik jafferson Sale sampai rambang mata. Baju batik selai 49 ringgit jer. Beli satu percuma satu. Mana nak cari. Hik hik hik. Tgk kat butik lain 280 ringgit harga biasa. Kat jefferson tu bukan kain sutera. Kain kemeja biasa tapi lembut dan sejuk cam sutera jugak. Nanti nak gi beli kat situ lah.;)
--------------------oOo--------------------