SEMINAR C**BKelmarin kv tak masuk pejabat sbb ada seminar C**B kat Grand River View Hotel, Kota Bharu (asyik2 situu jek). Hubby pun kena gi sama, termasuk my boss sorang. Dah parking depan store kat situ, kv dgr satu kete ni hon. Owh..kawan kv masa belajar dulu pun kena gak hadiri seminar tu. Tajuk apa seminar tu kv tak leh nak ckp. BUkan rahsia tapi tak ingat. Bolehhh?;)
Naik ke dewan seminar tu, baru kv perasan rupanya view hotel tu lawa jugak kat belakang. Sungai Kelantan terbentang luas. Selalunya kan gi utk dinner, so pemandangannya tak nampak la. Gelap. Malam.Kv ada ambik gambar tp dlm henfon hubby. So, tak leh nak upload kat sini.
Dah daftar tu dpt la sorang satu goddies bag. Mcm2 ada dlm tu. Pastu pakat masuk dewan. Bermula la sesi seminar. Yg bestnya kami dok meja paling belakang, di sudut yg view sungai. Sambil org kat depan bg ceramah, kami kat belakang pun buat seminar sendiri. Kekekekeke...tak terasa sampai jam 2.00. Maklumlah, byk tajuk yg kami bentangkan. Agaknya, apa la peserta lain CDH kat kami tu. Terasa cam dlm dewan kuliah masa kat skudai dulu jer. Maklumlah, ada coursemate, pas tu ada junior2 dan senior2 masa belajar dulu. Tak sangka di alam kerja pun jumpa dia org.

Pen ni antara benda2 yg terdapat dlm goddies bag tu.

Gula2 ni belum pun habis satu tajuk pembentangan, dah habis kami melantak. Dah tu, takde tambah2 lagi. Minum air sejuk sajor. Dah la ekon sejuk cam kat kutub. Tak tahan kv asyik gi toilet jek. Pukul 10.00pg ada minum pg. Mihun goreng dia sedap sgt. Kuih akok pun best.
Dah seminar tu, ada buffet lunch. Beratur punya la pjg. Cam bebudak skolah pulak. Kv ngan kawan L, potong Q. Mati la tumbuh tanduk ni. Kekekeke. Best gak menu dia. Sup tulang, Ayam halia, daging rempah, sotong tumis pedas, sayur pakis lemak dan ikan tenggiri masak oren. Pas tu ada desert sagupal dan buah buahan. Kv ambik nasi skit jer. 1/2 senduk, tapi ambik lauk nya kemain byk. Kekekekekekek. Kenyang. Alhamdulillah.
Sudah situ, ingat nak gi main bowling lps solat zuhur. Tp hubby nak singgah KA*A beli padi benih. So, kensel. Tapi sebelum tu, kawan kv si L ni gatal nak tgk MyVi kawan kami si A. Ye la, dah takde rupa bentuk MyVi lg dah. Dah jd toyota Passo lak. L ni mmg tau, dah leklok pakai civic 1.7 SE gatal nak tukar MyVi. Katanya boleh lasak2 gi site. Yo lah tu. Tp ok gak naik MyVi, walau pun sekali tgk cam kete kebal (kata L) (sori bg pemilik MyVi yer), mmg selesa lah. patut lah hubby berangan angan mat jenin nak beli myvi utk second car. Tp angan2 jek la. Pulusnya tak dak.
BILLIONOn the way balik tu kami singgah billion. Beli t-shirt kaler pink selai (dah lama mengidam t shirt kaler pink), pakaian wanita dan hubby beli belt. Dalam nak balik tu sempat melencong ke M*LAN Optical. Nak survey bingkai spec baru. Dalam dok terjengah jengah tu, tertengok la bingaki B*NIA. Lawa tul. Bingkai besi, tp design dia cam bingkai plastik. Mmg lawa lah. Tapi hubby tak kasi beli dulu. Tak elok boros berbelanja katanya. Ye la, tak nak durhaka kv ikutkan saja. Hiks. Pas tu singgah beli char kue tuk mak kat rumah. Balik tu solat zuhur dan tunggu asar kejap. Hubby sempat tidur lg tu.
PASAR MALAMDlm pukul 6.00 kami bonceng motor gi pasar malam. Yey..tak yah masak. Dok sebok2 tgk benda apa yg nak makan tu, terpersan satu kejadian tuhan yg pelik la kiranya. Jarang dijumpai.Gambar kat bawah tu.

Peniaga buah ni pamerkan buah nenas yg entah berapa biji saling melekat. Tapi buah tu leper saja. Tgk dlm gambar cam tak berapa nampak sgt. Tp mmg pelik la.
Ingat lepas beli makanan kat pasar mlm tu nak blk cepat2 sbb nak main badminton pulak. Tp kawan hubby call bagi tau yg dia pun ada kat pasar mlm tu jugak. Ye la kan, coti2 skolah ni ramai yg balik kampung. So, layan hang nadim makan ayam bakar sambil tunggu abah dia berborak. Sampai rumah dah 7.15 mlm. Sempat la main dlm 10 minit sblm azan maghrib. Kira dah sempat keluar peluh2 degil lah. Selalunya kami layan sampai 1 jam.
MESIN JAHITMalamnya hubby dah start pasangkan benang kat mesin jahit. Mlm before tu kemain kami menggodek mesin jahit tu tp tak reti nak angkat benang bwah. Puas dok tgk buku arahan tu, tak paham2. Pas tu bukak cd, baru tau cemana nak buat. Hiks. Kalau dr awal bukak cd tu tak payah pening2. Tapi tangguh sampai mlm td baru sambung. Dah boleh guna tu, apa lagi, kv pun start la tampal seluar la, baju la, kain la. Kira berbaloi gak la beli mesin jahit tu. Kekekekekek
Ni ler rope nya mesin jahit kv tu. Hik hik hik.
CERITA OFIS
Pagi ni dibuat mesyuarat agung kelab sukan ofis kami. AJK lama dibubarkan dan AJK baru akan dilantik. Kv dah berangan angan takmau terlibat dah dgn AJK kelab ni. Bukan apa, segala apa yg kelab rancang mesti ada komen negatif yg timbul. Padahal kelab buat tu untuk kebajikan ahli. Betul la kata org, bukan semua org pendapat sama ngan kita. Tapi dah majoriti setuju (dlm satu2 perkara) patutnya terima lah suara majoriti. Ni tidak, taunya komplen saja. Bukannya buat kerja pun. Yg penatnya set2 AJK ni lah. Sakit kepala lg satu hal. Kalau yuran tu dibayar, ok gak.
Malangnya, kv sekali lg dilantik sbg AJK. Biro apa tatau lg. Akan diputuskan dlm mesyuarat AJK nanti. Hubby pun terpilih sama. Dah penat bg isyarat supaya jgn undi (angkat tgn) kv, tp masih sangkut gak. Boring nyerrr.
Dah tu ada jamuan laksa. Laksa lemak (kelantan) dan laksa penang. Ada buah rambutan dan tapai beras. Ok lah tu. Banyak tak habis, kv tapau tuk hang nadim skt. Balik ni nak gi kenduri aqiqah pulak. Khabarnya sembelih kambing. Ada yg tak makan kambing ke? Selain bau hamis boleh buat darah tinggi dan sakit kepala. Kv pun tak gemar sgt.