kasutVINCCI

4.11.2007

takde tajuk

hadoii... susah btul nak update blog. Asyik tak dpt jek bila nak sign in. Sah byk ari kv cuba, Nak jawab komen pun tak leh. Entah penyakit apa pc kv ni tatau la. Tp alhamdulillah hari ni seang jer dapat.

Musim panas membahang ni mmg syok lepak kat tali air depan rumah. Selain dr temankan hang nadim siram tanaman, syok tgk budak2 main wau. Wau plk mcm2 pesen ada. La ni tgk famous wau burung. Sekali tgk mcm burung helang. Yg best nya time wau tu kena angin lintang. Kami panggil 'se'lat'. Kalo jatuh dlm tali air, mmg kena boo. Mmg sah rosak dah wau tu.

Mlm td kami outing. Ke kota bharu. Ingat nak tambah stok buah dlm peti ais. Hang nadim pun kemain lg suka. Nak tgk lampu lip lap. Hubby ajak gi taman orkid (pesta flora), tp rasa tal larat plk. Malas gitew. Lg pun minggu lps hubby dah bawak mil ngan hang nadim pi. Dorang dah blk cerita cemana keadaan kat situ. Kv pun takde lah excited mana. Masa dorang pi tu, kv takmo ikut sbb nak layan drama korea princess hours kat 8tv. Hehehe..

Malas nak masuk bandar, singgah jer kat billion. Lg pun kalo nak shopping best kat sini. Byk pilihan, harga berpatutan dan selalunya byk sales. Sempat beli sandal scoth (ejaan?) sepasang. Selesa skt. Sbb la ni, kalo dok lama sikit, bgn jer kaki terus rasa sakit dan berbisa. Agaknya berat sgt badan kv ni. Hahaha

Hang nadim cam biasa la, minta beli kan waffle. Dia makan separuh jek. Pujuk makan kasi habis pun takmo. BUdak ni masalah btul nak makan. Langsung takde selera. Harapkam susu jer. Tiap2 ptg mengadu sakit perut. Selalu mintak urut perut dia. Lg pun, dia kan ada masalah angin pasang. Bimbang gak kami. Sesekali terpikir agaknya kena gastrik budak ni. Asyik tak makan. Kv ingat nak gi farmasi, nak tanya ahli farmasi ubat atau vitamin yg boleh tambah selera makan dia. Risau gak sbb dia mmg kurus kering. Ada apa2 petua tak?

Labels:

--------------------oOo--------------------

4.08.2007

HANG NADIM

Dah lama kv tak buat crita hang nadim. Makin nakal, makin lasak dan makin tak makan saman. Ayoyo... kdg2 mati akal dibuatnya.

Sejak kv mengandung ni, kv byk hati2 dgn tingkah dia. Selalunya dia akan terkam tak kira masa. Saja, gurau2. Selalu ckp ngan dia, nanti adik baby sakit. Mula2 tu dia tak paham. Pas tu cerita la kat dia yg dlm perut mama ada baby. Baby ni adik dia. nanti baby dah besar, dia kluar dr perut mama. Nanti boleh kawan ngan baby. Nasib baik dia tak tanya baby kluar kut mana. Hahahaha

Selalunya kalo dia bergurau tak ingat dan kv marah2 dia, dia akan mintak nak sayang (cium) adik baby. Perut kv dah makin nampak. Dia pun pelik tgk. Hehehe..masih pjg lg masa.

Dah lama nak update gambar dia. Tp asyik tak boleh. Kv try 2 kpg. Dpt plk. Ni gambar masa dia sambut besday dia yg ke 4 januari hari tu. Kemain suka dia kek tu segala mcm ada (hiasan).


Ni pulak gambar masa first time dia pakai uniform skolah. Abaikan ubat demam dan bedak baby tu. HIks.

Mood dia berubah hari2. Kadang excited nak gi, kdg2 penat pujuk tak mau gi skolah. Selalunya, lps solat subuh kv akan kejutkan dia. Mandi kan dan pakaikan baju skolah. Kena siap dgn kopiah sekali. Kalo tak kecoh dgn mil nanti dia berpe'el. Dah siap tu dia akan bersarapan dgn mil dan kami terus gi kerja. Pukul 8.15 baru dia gi skolah. Byg kan betapa awal dia pakai baju skolah. Kalo tak diusahakan begitu mmg mcm2 alasan takmo gi skolah nanti.

Pagi ni pulak, awal lg dia dah bgn. Ketuk bilik air nak mandi. Katanya hanya nak mandi jer. Skolah tak mo pi. Haru betul. Mcm2 cara pujuk dia. Pakai kan baju skolah. Tu pun ckp just pakai jer. Bukan nak gi skolah. Last2, hubby pujuk nak beli belon. Mula2 tu tak setuju. Lama2 termakan gak dgn 'racun' mama dan abah, akhirnya dia setuju. Siap pesan suruh beli byk2. Pastu sengih2 join mil makan sarapan.Hadoi.. mcm2. Agaknya dua hari cuti ni, dia masih dlm mood cuti lagi tu.


Labels:

--------------------oOo--------------------

4.04.2007

alhamdulillah

Syukur alhamdulillah. Penantian selama ini akhirnya membuahkan hasil pagi ini.

Bagi yg tau lbh kurang, hubby ada buat permohonan pecah bahagian tanah yg kami duduk sekarang ni. Tujuan kami nak buat loan sbb nak bina rumah. Disebabkan tanah yg kami duduk tu, mempunyai 25 ahli syarikat dlm satu geran, ada yg tak setuju. Puncanya lps pd ukur sempadan, dlm 180 depa lg kami terpaksa masuk dlm jajahan mereka selama ini.

Jgn salah sangka. Kami tak ambik bhg org. Just ambik bhg kami jer. Bila dorang ukur kembali mmg dah cukup pun tanah mereka dgn sempadan baru tu. Tp akibat dah bising pd awalnya dorang teruskan lah kedegilan dorang tu. Kami terpaksa guna khidmat lawyer utk dptkan kelulusan mahkamah. Hari ni, tak sampai pun 2 minit mil mengadap hakim, terus hakim sign sbb kami tak usik rumah sesapa dan takde pun perkara berbangkit. Alhamdulillah.

Dr semalam lg hubby dok kenaling (berdebar2). Dia mmg mcm tu. Cepat kalut. Kv hanya nasihatkan dia, kita dah ikthtiar, dah berusaha, dah berdoa. Tawakal jer lah. Serahkan pd yg Maha Berkuasa. Dia lbh mengetahui apa yg terbaik.

Pagi td, kv tak ikut hubby dan mil gi mahkamah sbb kv ada routine check up. SO, mil hantar hang nadim ke skolah dulu baru kami kluar dr rumah. Kv gi klinik sendiri. Semenjak hubby beli kancil ari tu, kv tak pernah bawak sorang diri. Selalunya kalo drive pun dia ada kat sebelah. Pg td, keraskan semangat. Seb baik tak terlepas simpnag. Hehehe. Alhamdulillah kesihatan ok. Cuma naik 4 kilo dr bln lps. Terkejut misi. Adoiii... cemana la nak kurangkan makan ni. Walaupun kurang nasi, tp kv byk mkn buah. Dan kerap mkn. Masalah betul. Dah sampai bln nanti tatau la naik berapa berat bdn kv. Risau weh!

Kv blk dlm jam 10.30. Sms hubby. Kejapan tu hubby call bg tau result mahkamah. Tak putus2 ucapan syukur dia. Alhamdulillah. Pastu kami masuk ofis. Mood hubby pun riang ria. Kalo tak haru nak memujuk nanti.

Labels:

--------------------oOo--------------------

4.03.2007

cuti 4 hari

Jumaat
Pagi ~ Mula mendobi. Pastu hubby nak pi gunting rambut. Ingat nak ikut, tp sbb nak pi shopping (ewah!) kat KB mall terpaksa kensel. Kena masak dulu sebelum kluaq. Malu kat MIL nanti. Hubby balik dr gunting rambut tu terus bersiap. Byk gak sales sempena keputeraan sultan ni. Bergegas blk sbb hubby nak solat jumaat plak.

Ptg~ Pukul 4 dah gesa hubby bersiap. Nak blk rumah mak sbb abg sulung kv nak buat kenduri kesyukuran. Menyambut menantu. Tolong la touch up apa yg patut. Pukul 9.00 mlm blk rumah MIL semula. Fuhhh... terlepas cerita korea tv8. Rugi ni. Hehehe. Singgah beli rojak ayam dan roti canai. Makan lg.

Sabtu
Pagi~ Temankan hubby cari gondang dlm tali air depan rumah. Tau dak gondang tu apa? Spesis siput bendang tp saiznya bekai ganda besar. Anak buah kv yg kat kl, dia ada masalah buas*r. Kalo teruk, mesti dia mkn gondang buat ubat. Masak kerutup. Kv tak pernah try cemana rasanya. Byk jgk la dpt. Pastu bergegas blk rumah mak. Terus ke rumah kakak kv siapkan hidangan nasi pengantin. Kakak kv dah siap masak sebenarnya. Kv tukang hilang. Adoiii... nak buat udang panjat bukit tu kemain lg susah.

Pukul 12.30 baru siap kat meja mkn pengantin. Janji ngan rombongan pkl 12. Hiks terlewat 1/2 jam. Nak wat cemana. Rombongan sampai disambut dgm acara silat. Kv, kakak dan sorang anak buah tak sempat mandi pun. Dah siap hidangan kat meja pengantin tu, rombongan dah sampai. Sambut rombongan dgn t-shirt dan sluar jek. Korang ado? Heheheh

Lambat sgt tunggu dorang mkn, kv ajak hubby blk rmh mak kejap sbb hang nadim dah mula meragam. Rupanya dia mengantuk. Terpaksa kv pi ambik nasik rumah kakak kasi hubby makan dulu. Kalo tak kebuluran laki aku tu. Heheehe

Ptg~ Lps asar baru gi makan kenduri. Pengantin lelaki (anak buah kv) siap telefon bertanya bila nak pi makan. Hehehe. Pas makan, kami pun berkenalan la dgn pengantin pompuan. Dok huha huha sambil tgk gambar pengantin, hari dah gelap. Kami balik solat maghrib rumah mak kjp lps tu baru balik rmh MIL.

Ahad
Pagi~ Masak apa yg patut sbb nak gi billion. Shopping lagi. Hiks. Ingat nak beli baju mengandung. Tp byk jenis singkat. Cemana nak pakai pi kerja. Tak jadi beli. Beli baju kerja je utk hubby 2 helai. Pastu beli brg dapur sikit dan buah. Musim panas ni best jek makan buah. Balik tu beli char kuey yg best kat depan billion tu.

Ptg~ lepak jer kat rumah. Pastu teringat yg bulb bilik air dah kong. Bonceng motor pi pasar peringat. Blk tu, lepak kat tali air dpn rmh sambil mkn buah salak.

Mlm~ Lps solat isya' kami kluar lg ke kota bharu sebab janji ngan hang nadim nak tgk lampu lip lap. Sambil2 tu nak mkn chicken chop kat tanjung chat. Sudah tu, pusing2 dan singgah kat karnival di stadium. Hang nadim kemain suka hati dpt tgk mainan yg mcm2 tu. Nak blk tu, beli aiskrim potong. Rasanya bukan kacang merah tp mcm aiskrim padlepop pelangi tu. Perasa keladi. Balik tu mmg hang nadim terus lena dlm perjalanan lg.

Isnin
Pagi~ Che bagitau yg air dlm tali air dpn rmh tu dah surut. Hubby pun apa lg, kemain seronok la sbb dah lama tak makan ikan sungai. Kami panggil ikan darat. Byk gak dpt hasil dan2 tu gak. Plg best dpt ikan haruan. Dah lama kv mengidam nak bakar tawar cicah budu. Fuyyo.. terangkat beb! Hehehehe. Ada gak ikan turbo (ntah la org lain panggil apa) yg penuh dgn telur. Sedapnya. Makan panas2 digoreng garing.

Ptg~ Cadang nak pi pengkalan kubor. Saja jenjalan sempena cuti ni. Sebelum tu hubby gi tgk pukat dia dulu. Dpt la dlm 10 ekor lbh. Kami kluar sebelum asar. Byk gak sales pinggan mangkuk. Tp kv just beli pelapik gelas kaca jek. ^ biji 13.90 jer. Hubby larang kv beli yg lain sbb takde tempat nak letak. Tp kami dok aim mcm2. Sampai masa nanti tunggu beli jer. Hehehehe.

Pastu beli baju mengandung selai. Kain cotton yg sejuk. Best jer. Terberkenan ngan telekung. Kain dia mcm yg mak kv krm kat kawn dia beli kat mekah. Sejuk jer kain tu. Tp tak beli dulu. Nanti lah. Kami kluar dekat pkl 6.00 sbb gate tutup pukul 6 ptg.

Singgah solat asar dekat pantai seri tujuh. Pastu makan colek ikan, sotong, udang dan fish ball. Minum air kelapa. Best jer. Harga just 12 ringgit. Murah, kan? Pusing2 kjp kami pun menghala ke kota bharu. Seb baik sempat tgk keretapi lalu. Kalo tak jenuh menjawab solan hang nadim nanti sbb dah janji dgn dia nak tgk keretapi.

Pastu hubby nak gi pengkalan chepa sbb ada hal. So, singgah airport kjp sbb hang nadim nak tgk kapal terbang plk. Sempat tgk air asia naik dan mas turun. Terlompat lompat kawan tu. Sempat lalu kut Pesta Flora. Tp tak singgah sbb baru buka, terlalu ramai pengunjung. Dah nak abih tempoh nanti baru boleh pi. Kurang sikit org.

Ingat nak cari mkn utk dinner. Tp dah kenyang mkn colek td, terus blk. Pastu teringat cerita korea start 8.30. Fuh... seb baik sempat tgk.

Itu la jalan - jalan cari makan kv anak beranak sempena cuti2 malaysia ni.

Labels:

--------------------oOo--------------------

3.29.2007

--------------------oOo--------------------

3.27.2007

sakit hati

hmm... menjawab kpd en3 kelmarin. Testing sebenarnya cubaan kv utk publish en3. Penat taip pjg2. Bila publish terus hilang. Taip lg, cuba save kan. Hilang ntah kemana jugek. Sakit hati btul. Pastu cuba upload gambar. Dah masuk elok tu, bila publish, hilang jugak. Mek tensiiii!!

Harapnya yg ni dpt la di publishkan.

Jumaat mlm (lps) kv gi kl. Belarak anak buah. Kami sebelah lelaki. Rumah pengantin pompuan dekat dengkil. Family kv lepak kat bukit puchong perdana. Kak pb, kalo salah tolong betulkan ek. Semua adik beradik join. Mmg meriah la.

Plan memula tu, kv sampai dlm kul 9. Ingat nak pi jugek majlis akad nikah mlm sabtu tu. Tp flight delay sejam plk. melepas la. Sampai kat rumah anak buah kv tu, rombongan dah balik pun. Makan nasik kat rumah jer lah.

Pastu ikut anak buah yg sorang lagi blk rumah dia kat pantai dalam. Besoknya pagi2 kami berangkat ke puchong. Kecoh bila dah penuh satu rumah tu. Sebahagian lg dok menumpang kat rumah pengantin lelaki di bukit jalil.

Rombongan berangkat ke dengkil lbh kurang pukul satu. Tema dorang hijau epal. Tp syg, gambar tak boleh upload. Entah apa masalah dia. Menu makanan mewah sekali. Kv pun tak ingat berapa jenis dishes dia. Siap ada sambal udang, kambing, ayam, sambal tempe, pajeri nenas, rendang dan mcm2.

Kebab turki pun ada. Van ayam goreng ala kfc sedia menunggu tetamu di bawah khemah. Mcm pesta sukaneka plak rasanya. Perarakan kereta berkuda dibatalkan sebab pengantin lelaki takmo. Heheheh. Kalo tak harus kv tumpang sekaki tu. Ole2 utk rombongan mmg vastt gitu. naik risau pla kami, mcm mana la majlis kat kelantan nanti. Malu la kat depa. Harapnya semua under control.

Mlm tu semua sepakat nak bawak rombongan che kiah tu naik star dan lrt. Nak bagi dorang pengalaman baru. Park kete kat bukit jalil. Terus ke masjid jamek. Lps tu ke klcc. Balik tu singgah makan kuetiau goreng kat puchong. Mlm tu semua tido mati. Hahahahaha

Besoknya semua dah berangkat blk dlm jam 11.30 pg. Tinggal la kv sorang. Anak2 buah ajak pi summit subang. Sempat la beli sandal utk kv dan sepasang t shirt dan jeans utk hang nadim. Hubby? Tak beli apa pun utk dia. Sorry bi!

Lps makan dan solat jamak maghrib dan isya' kami ke klia. Jam 10.00 mlm kv masuk balai berlepas. 10.35 terbang dekat 11.45 baru mendarat. Hang nadim dah berlari lari bila nampak mama. Rindu betul dekat dia.

Itu jer lah cerita kv ke kl. Kak pb, sori yer, mmg tak sempat langsung kontek akak. Hehehe

Labels:

--------------------oOo--------------------

3.26.2007

testing..... testing

ayyyo.... pening kapla...

Labels:

--------------------oOo--------------------