CERITA BASI CUTI AIDILAHDHA(disclaimer: en3 ni mungkin pjg sket. Tarik nafas pjg2 yer!)Maaf lah yer. Walau pun en3 ni dah agak basi, tp sbb bermcm masalah teknikal, baru kv boleh bercerita fasal cuti2 aidiladha.
KHAMIS ( 28 Dis 06)Kv dan hubby blk rumah mak sbb ada jemputan saudara utk menghadiri majlis akad nikah. Hang nadim terpaksa tinggal dgn MIL. Karang dia meraung dlm masjid tu tak ke haru.

Sesi akad nikah sedang berjalan. Alhamdulillah dgn sekali lafaz sudah selesai.

Kv sempat bergambar ngan pengantin. Sebenarnya, pengantin lelaki tu sedara kv. Pengantin pompuan tu mmg kemceng kv. Kami betiga mmg sekelas dari darjah satu sampai tingkatan 5. Tak sangka mereka berjodoh, kan? Ketentuan Ilahi, sapa yg tau. Alhamdulillah.
JUMAAT (29 Dis 06)Selesai brung brang kat rumah MIL, kami (kv, hubby dan hang nadim) bertolak balik rumah mak sbb nak gi kenduri pulak. Kami kan sebelah lelaki, org kelate panggil 'belarak' maksudnya perarakan la kut. Heehee

Masa ni tgh berkumpul kat masjid. Sambil2 tunggu ahli rombongan yg belum sampai.

Hang nadim dan sepupunya hidayatun Nisa sempat berposing di pelamin.

Kv & geng sempat gak berposing ngan pengantin. Terasa mcm majlis reunion plak sbb boleh jumpa kawan2 lama masa skolah dulu. Mmg best la. Tak habih nak bercerita.
AHAD (31 Dis 06)Raya haji. Kv goreng mihun dan dan keropok pastu buat popia. Tu jelah menu org tak reti masak kan. Hahaha. Ketupat dan tapai pun MIL tak buat. Punya la tak meriah raya haji tahun ni.
Hang nadim posing ngan baju raya + pistol air baru. Tp 'topi' (kopiah) tak sempat nak pakai.

Kami posing tiga beranak. Punya la susah nak bergambar gini sbb takde org nak tolong ambikkan. So, hubby set siap2 letak digicam tu atas tong keropok, cepat2 dia lari duduk join kami. Hehehehe..berjaya jgk kami bergambar utk hari raya. Kenapa baru terpikir nak wat gitu ah?. Agrh.... betapa rugi nya utk sebelum2 ni. (Err...nampak tak betapa kecit nya hang nadim. Nampak sgt kami ni besar2 gajah. Hahahahahahaha)
Pastu kv gi kat acara korban lembu. Che ambik satu bahagian. Kemain byk lg gambar kv ambik. Tp bila hubby masukkan dlm lap top dia, terus di makan oleh virus trojan yg tak berhati perut tu. Frusttttttt.....
Pukul 1 baru daging hubby bawak balik. Kv dah dekat2 nak lena dah. Hang nadim pun kecoh nak balik rumah mak. Ala, apa lg, nak main ngan sepupu sepapat dia tu lah.
Siap gorang lauk, kv ngan hubby lunch dulu. Pastu isi brg dlm kete. On d way tu try call IV. Mana la tau, kut2 ada rezeki blh jumpa. Nasib baik IV dan abg nik pun on d way blk rumah che. Kami pun singgah la. Mmg niat singgah tu tak lama, sbb dah janji ngan adik beradik yg dok tunggu kat rumah mak nun.
Kat rumah Iv mmg sekejap jer. Dpt la jumpa LC. Dulu kan jumpa LA jek. Tp ari tu, LA tido la plak. Kv terlampau kenyang sampai tak sempat nak merasa spagetti IV. Mmg tak boleh telan daa. Hang nadim yg makan skit. Hubby pun langsung tak boleh. Perut dah sarat weh.
Hehehe...Nak kasi jeles ngan kak syikin, kv letak gambar ni kat blog. Err... abaikan LC yg seksi tu yach! Maklum ler kawan tu baru bangun tido.
Dah kat rumah che IV tu, kami bergegas blk rumah mak kv. Sempat jumpa kakak kv yg dah naik kete nak blk rumah MIL dia. Dah beraya dgn mak tu, kv pun masuk dapur. Ratah2 lauk sambil teman mak dan kak chik makan. Pas tu kv gi rumah kakak kv yg sorang lg tu. Lama lepak kat situ. Hubyy bantai tido kat rumah. Penat makan daging!
Pagi raya kedua hubby ajak gi mandi pantai. Punya la sronok bebudak. Kv bungkus nasi goreng dan ketupat pulut goreng. Sarapan kat pantai. Punya la seronok hang nadim main. Mula2 tu mmg dia takut sgt dekat ombak. Kena paksa ngan kami terus jd berani buta tuli plak dah. Haru btul budak tu. Tp gambar kat pantai pun dimakan virus trojan gak. Termasuk gambar lagun semerak tempat org cari lokan tu. Punya la lawa pemandangan kat situ. Oh ya masa kat pantai tu kami sempat gali pasir cari remis. Byk la jgk dpt. Kelmarin baru kv masak. Hehehe. Asyik tak sempat saja naa. Byk menu lain.
Hang nadim tgh mkn burger on d way balik dr pantai. Kv cari gak org jual lokan, tapi takde la plak. Masih raya kan. Last2 beli satar ajer.
Pastu kawan kv call ckp ada udang galah. Dah naik skit rege dia. RM 23 sekilo. Selalu RM 20 jek. Tp tak kisah lah kan. Bukannya mudah nak dpt stok udang galah liar ni. Kalau yg bela pun dah RM 20 sekilo. Kecit jer. Yg ni besar2.
Waa...bestnya. Ada lagi 2 ekor. Nak masak apa ek. Masak ngan meggi la. haha