kasutVINCCI

12.18.2006

MISI MENANGKAP HAIWAN BERDARAH SEJUUUK

Kelmarin baru jek baca blog uda pasal serangga kat rumah dia tu. Tetiba mlm td kami pulak menjadi rescue 911.

Kaedahnya, lps ambik wuduk sambil tunggu masuk isya', kv ngan hubby berborak sakan la. Sampai dah sudah org azan pun kami still borak. Mek pulak dah lesai solat tu, nak ambik tuku (batu tungku) yg dia bakar sebelumnya. Tetiba berlari lari dia sambil bg tau ada ular kat dapur.

Haa..terkejut sakan kami. Memula tu panik taktau nak buat apa. Sebab ular senduk tu masuk celah almari. Mcm menyorok kat situ. Dah la hubby jenis darah gemuruh. Hahahaha. Hang nadim pun kecoh jek. Lagi la kalut suasana.

MIL tunggu kat luar (tepi dinding luar rumah). Kv suluh kut dlm rumah. Nak tgk ular tu nak lari ke mana. Hubby pulak dgn buluh la. Dgn kayu la. Tapi tatau nak wat camne. hahahaha.

Last2 dpt idea. Hari tu kan (masa awal2 nak hujan). Hubby berangan angan nak buru ikan haruan. Musim hujan kan paras air naik kat bendang dan paya nu. Ikan galak la main air. Tu yg dia buat senapang ikan. Lupa la plak nak snap gambar elok2.

So, dia gi ambik senapang ikan dia tu (bedil teracak kalo bahasa kelate). Dia suh kv suluh. Berdesir bunyik ular senduk tu. Mestu kepala dia tgk mengembang tu kan. Takut weh.

Sekali hubby shoot jek dah kena ular tu. Tp tak mati lg sbb tak kena kepala. Kena kat belakang jek. Besi (mata senapang tu) terpacak kat belakang ular tu. Dah anjak sikit lemari tu baru nampak. Siap menyembur nyembur. Garang betul. Hubby takut nak pukul kasi mati. Punya la penakut laki aku. Hahahah. Padahal kv pun takut jugak. HIks. MIL yg puluk ular tu sampai mati. Pukul kat kepala dia guna buluh. Ular kan takut/bisa ngan buluh.

Kepala ular tu masa MIL pukul dia.


Nampak tak kepala dia yg kemek tu.


Nampak tak mata senapang ikan hubby menyucuk belakang ular tu?


Mata senapang masih melekat kat belakang ular tu. Masa ni hubby dah nak buang dia.


Mi lagi rupa ular senduk tu. Gambar tak sepenuhnya sbb masa snap tu pun kv takut2. heheheh.

--------------------oOo--------------------

32 Comments:

Blogger ontahsapo said...

mcm tgk national geographic plak...!

5:00 PM  
Blogger Unknown said...

takot ar tgk mata dia tuh..

5:15 PM  
Blogger NBK466 said...

My friend yg pencen BOMBA nie kata org2 BOMBA suka gi tangkap2 ular nie...nanti depa buleh jual kat Cina...buat sup ular...nyam..nyam.. he..he.he..

5:52 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

kv, ni bunuh kat luar rmh ke or dlm rmh..

sbbnya, ada org bagitau akak, ular senduk atau ular tedung (salah satulah) jngn dibunuh dlm rmh, sbbnya kalau ular tu ada couple, n dia mati, takut nanti pasangannya akan datang cari n offcourse dia akn cari kat tpt yg kuat bau pasangannya..wallahu 'alam

6:09 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

OS,
manalah tau kan boleh ganti gemulah steve tu. ;P

lindosh,
bukan mata jek, semua kv takut arr. Kulit dia berkilat kilat tu, Hiiii...takut weh.

abg shahrul,
errkkk... agaknya apa kelebihan sup ular tu ek?

kak syikin,
dah 2 kali kami bunuh ular senduk ni. Pestime luar (bwh rumah - jenis rumah kampung kan). Yg ni yg kedua. Dlm rumah. Be4 ni dah byk kali atuk jumpa. Tapi tak sempat nak kejar. Sekelip mata jek hilang. Bukan nak bunuh dia sebenarnya. Tp dah selalu sgt lalu kut dlm rumah tu, naik takut gak. Mudah mudahan takde benda yg tak elok akan jadi.

8:11 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

KV,
nak kasi tau ya..berhati2 ular ni selalunya berpasangan, satu dibunuh, yang pasangannya akan datang.. jadi berhati2, mereka boleh menghidu .. jadi selawat banyak2 ya.. kalau ada belerang tabur belerang kat pintu or celah2 yang dia boleh masuk!

9:40 AM  
Blogger - tety - said...

huhu berani tuh kv g dekat... siap ambk gambo lagik... wpun dah mati kalo tety ttp takut! huhuhu

10:35 AM  
Blogger mhkg said...

hhaha meks nak imajin japs camno gelabahnyer hubby mu iteww yach & dinch sangka occay Mek mu iteww ala2 Mek Jah kaedahnya.. maks sujuds occay..

11:24 AM  
Blogger AppleB said...

kalau aku harus dah jd mcm laki ko gelabah tahap gaban. pastu aku dulu lari masuk dlm bilik nyorok muahhahahahha

11:42 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

akb,
tu la kak syikin dah bitau. Nak kena cari belerang dan limau purut ni. Makacih yer.

tety,
kv pun takut gak. Snap tu guna brapa kali zoom. Hahahah. Tu gambar tak sepenuhnya.

mak hayams,
mil lg brani dr hubby ku. Punya la gabra mamat tu. Har har har

apple,
nampaknya ko kena jadik hang nadim. Belum apa2 dia dah lari lintang pukang. Pastu dtg buat kecoh. Sebok jek. Hahahaha

12:05 PM  
Blogger Nik Ha said...

eiii! gelinyo tgk berkilat2 sisik dio. K.ha loni tgk dlm tv pun geli inikan pulok secara live.maso kecik dulu selalu jgk tgk ayoh katok ula, siap buleh jamoh2 lg (lps dah mati la..he...he..) takut weh ula biso tu. Mitok jauh la masuk umah.

12:12 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak nik,
kami kan kat kampung. Tentu la byk lg spesis dia. Tp bwh rumah MIl tu dah mcm laluan dia kut. Rajin bebudak terserempak. Kenkadang kut tersesat masuk dlm rumah. Takut weh!

12:24 PM  
Anonymous Anonymous said...

uih! bunuh ular? takde cara lain ke selain bunuh dia.contact la Puteri Ular tu.dia duk kat kelate kan?

12:39 PM  
Blogger zino said...

kesian ular tu.. sampai ajal dia kat rumah KV.. hehe

tapi binatang berbisa ni wajar di bunuh kalau tak ada cara lain nak mengelaknya..

tengok kat animal planet tu.. dia pi pegang je ular berbisa tu..

1:09 PM  
Blogger oren said...

hoho..bravo untuk MIL..

3:40 PM  
Blogger Purpleheart said...

Alahai kv, sue cuma baca en3 kv je.. geli nk tgk gambo ular tuu..

4:22 PM  
Blogger Pnut said...

eeeiii seramnya...
rumah mak saya dulu mmg selalu ular masuk...

betul kata syikin, ular ni ada pasangannya, kalau bunuh yg jantan, nanti yang betina akan datang cari, begitu jguak sebaliknya. Masa ular masuk rumah mak saya dulu, dibunuh, mak siap basuh tempat ular tu dengan limau purut, sabun...siap letak belerang....

4:58 PM  
Blogger Ajzie said...

adehhh kecut perut saya..saya mmg penakut. Mahu saya tinggal lari aje..

2:49 AM  
Blogger HAPPYIRFA said...

ehh.seriau bulu tengkuk..saya mmg geli dan takut dgn ular..tp org kata lah tak baik bunuh ular dlm umah.betul ker?org katalah ,saya tulis jer..

1:19 PM  
Blogger kakLuna said...

mcm crocodile hunter lah.. :P

3:16 PM  
Blogger kakLuna said...

mcm crocodile hunter lah.. :P

3:19 PM  
Blogger 13may said...

hohho....
ular tedung....bahaya bahaya...

8:16 PM  
Blogger aNIe said...

hehehe...berani2 takut jugak mertua tu ye...hehehe...dalam takut takut tu kemek lah jugak kepala ular tu...

1:05 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

penyu biru,
kami takut dia terr serang org ke apa, lg pun dlm rumah, kan. Terpaksa beb. Eh, puteri ular tu apa crita dia ek?

brader zino,
kv sokong pendapat zino. Wajar dibunuh kalo dah takde cara lain. Lg pun kerap sgt dah dia masuk dlm rumah kami tu. Bimbang weh.

oren,
kalo aku mmg zappp...lari. Hahaha

sue,
kv tak geli tp takut. Huhuhuhu

pnut,
dekat rumah kami tu dah mcm laluan dia pulak. Naik gerun la jgk. Hehehe. Tu lah, org pun ckp geng dia akan dtg cari. Kami pun dah basuh semua tempat tu. Kena la beringat.

ajzie,
saya pun kecut perut

irfa,
kalo dah terpaksa, kena buat jugak. Hehehe

luna,
hmmm...steve tu siap pegang2 dan cium3. Heeee...tak sanggup kami!!

13may,
bahaya...bahaya...

kak lady,
sbb dah takde org lain berani lah kena kat MIL tu. Hahahaha

8:30 AM  
Blogger ibuVouge said...

hmmm ari ni baru leh post komen
hihiihhih, hubby kv cam hubby iv la
bab ni kena iv la take part

10:29 AM  
Blogger Arena said...

aku tak leh tengok.geli geleman.. tak tengok pon leh terbayang=bayang...

** terangkat-angkat bahu geli-geleman..

11:51 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah. Dapat gak akhirnya tengok orang tangkap ulor senduk secara live...he he he...

3:42 PM  
Blogger Shami said...

Ulaq....memang geliiiiii meremang bulu roma....kembang tengkuk....wei

10:51 PM  
Blogger WRA said...

k.we sokmo wonder lagu mano ore hok tok takut ular tuh..sbb ado sore member k.we dulu, selamba jah pegang ular...

hok etok salai tuh, k.we tok reti...k.we jemur biaso2 jah...umbu dio, sera bbanyok, gare, kunyit nga halio...bawe putih sikit...

11:48 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

Bila nak buat kenduri kesyukuran? Motiff tetiba kenduri kesyukuran??

12:13 PM  
Blogger Alinlai said...

perghhh siap ada gambar lagi tu :) pernah gak bunuh ular tedung...saya spray dengan ridsect bagi dia pening2 lepas tu pukul dengan buluh he he he...

2:32 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

IV,
napa la dua2 org ni penakut sgt. Hahahahaha

arena,
kv tak geli tapi takut. Kepala dia kembang dan siap menyembur nyembur tuu.

bp,
er...tahniah ker? Makacih.

shami,
hehehehehe

kak we,
oo...gitu buat umbu etak tu. Nanti musim etak kv nak try gak ler.

cuaca,
motifff????

alinlai,
eh, sembur ngan ridsect? Bagus gak idea tu. Hehehe

8:57 AM  

Post a Comment

<< Home