kasutVINCCI

12.07.2006

HANG NADIM DAN PS 1

Org lain dah PS3, kv baru nak cerita pasal PS1. Takpe lah kalo ketinggalan kereta api pun. Hiks

balik kerja ptg tu kv dah tgk ada joystick Ps1 dekat almari kasut kv. Heran jgk kat mana hang nadim dpt benda alah tu. Masa tu dia dok bertandang rumah kawan dia sebelah rumah kami tu. Tak sempay nak bertanya.

Dah siap mandi dan solat maghrib (sambil2 tunggu nak gi dinner ~ en3 sebelum), kv lepak tgk cerita korea WEDDING dulu. Tgk2 hang nadim dok main joystick ps1 tu. Terkejut kv dgn kekreatifan dia. Hik hik hik


Nampak tak soket ps1 tu kat mana? Hahahahahaha..... mmg kv ngan hubby sakit perut gelak tgk gelagat dia. Cam real jek dia main ps1 tu kan? Kv pun heran kat mana dia dpt menda alah tu, pastu cam biasa main jek. Heheheh

Tanya pun dia takmo jawab sapa yg bagi. Pujuk punya pujuk, rupanya Su Yah (makcik hubby) yg kasi. Agaknya anak2 Su Yah punya dah rosak, tu yg dia bagi kat hang nadim tu. Kiranya dah out dated la kan.


Tersengih jek dia sambil layan ps1. heheheh


Ni aksi main sambil berdiri (masa dah siap pakai baju nak gi dinner tu sambil2 tunggu kv dan hubby bersiap pulak.)

Kalo tgk dek org rasa segan pulak. Kekekekek. Dulu, masa awal2 berchenta ngan hubby, hubby dok sebok nak beli ps2. Tp kv selalu menghalang niat dia. Sampai anak dah nak masuk 4 tahun pun, kv masih menghalang keinginan dia tu. Cam budak2 kan. Zalim kah kv? Tak zalim kan? Heheheh

Tp bila dah tgk hang nadim dok beraksi gitu, hubby pun dah timbul semula keinginan dia memiliki ps3 (ikut trend semasa la tu). Katanya nak beli nanti hang nadim umur 5 tahun. Baru matang sikit. Kononnya lah. Nampak gayanya lagi setahun lah hang nadim dok dlm fantasi ps1 dia tu.

Hahahahhaha...mmg tersengih sorang kv menaip en3 ni.

--------------------oOo--------------------

11 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

samalah kita.. ni hubby pun sibuk nak beli playstation.. dgn alasan nak bg rizq main. bayang kan lah.. rizq tu baru umur 2 tahun.. apa yang dia tahu? sebab tu ler MB selalu jd batu penghalang....

2:23 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

mar,
sama2 lah kita menzalimi suami sendiri. Hahahahaha

3:10 PM  
Blogger Alinlai said...

wah macam real la...ke ke ke tak pa lagi satu tahun dpt la PS3 dia... jgn mak dia pun dok main juga dah la.

5:02 PM  
Blogger Cik Tat said...

hehe..aku terbalik..aku teringin nak ps3, tp hubby kata bukannya bes main game..tp ps3 skang kat sini bukannya ada stok..

5:07 PM  
Blogger HAPPYIRFA said...

kv..
baik mu jange bagi cek abe beli ps2..nati jadi mace cek abe aku..
pukul 3 pagi baru masukk tido kalu time 'hantu 'ps2 tu datang..ada hati nak beli ps3 aku buat derk jer..tp rasanya buat masa skrg dia tak akan beli ps3 sbb mahal lo.....

5:08 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

kv..bagi ajelah dia main..at least, dia melekat kat rmh kan..drp main kat entah mana2 tu :D..

6:16 PM  
Blogger tumismenumis said...

Makin lama baru dibeli, rasanya makin tinggi daya imaginasi Hang Nadim ni.
Tak yah la beli, biar dia berimaginasi jer.Haha.

9:06 AM  
Blogger oren said...

keskes..real sungguh dia main ps1 tuh..

aku numpang sengih juger..

9:32 AM  
Blogger NBK466 said...

Asalkan tak lega dgn PS ajer & pandai bahagikan masa sudah... Anyhow PS1 den pun dah kong...nak beli PS2 ker sbb harga dah jatuh...tapi masa nak main pun takde sangat...

12:08 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Beriya-iya & khusyuk nampak tengah main tu...

Tapi memang kalau dah sekali main boleh ketagih, jangankan budak, emak dan bapak budak pun...! hehehe

4:01 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

alinlai,
hik hik hik... lag setahun tu pjg gak masa nya. Tup2 tahun tu kv masih men'zalimi'. Mana tau? Hahaha

jem,
nko memang. Hiks

irfa,
tu la fasal. Takde ps1 pun, sibuk hubby dok main game ngan henpon, apatah lg kalo ada. Haruu

kak syikin,
rasanya kalo beli sekarang pun hang nadim bukannya faham lagi nak main. Tu yg hubby nak tunggu setahun lagik. Hehehe

mazudi,
hang nadim tu mmg jenis hangat2 tahi ayam. Biar lah dia berimaginasi aje. La ni pun dah tak tanya joystik tu kat mana.

oren,
mula2 aku tgk tu mmg terkejut badak gak la. Real weh!

abg shahrul,
rasanya impian hubby tu akan dibuat sekatan jalanraya oleh kv kut. Tgk keadaan lah nanti.;)

bp,
mmg berhantu la kalo dah pegang benda alah tu nanti.;)

8:35 AM  

Post a Comment

<< Home