kasutVINCCI

12.06.2006

DINNER

(Hadoii...penat nak publish gambo, bila click done, gambo nya tak ade. Berkali kali lak tu, punya la gigih. Yannadey!!)

Malam td kami (kv, hubby & hang nadim) terima jemputan makan malam kat KGCC.

Kelab Golf Desa Kelantan. Satu2 nya kelab golf dlm bandar kota bharu (yg kv tau, hiks)

Ari tu (ramadhan) kawan kami ni dah ajak berbuka puasa, tp masing2 sibuk ngan aktiviti family, cam tak best pulak kalo tak cukup geng. So, mlm td set date elok2, kami dpt la borak sambil makan2 isi perut sampai kenyang.

Sampai kat sana, geng dah tunggu. 3 orang. Lagi sorang tak dpt hadir sbb ada masalah lain.

Ni suasana kat dlm dining room tu. Gambar sikit blur. Hang nadim yg pakai baju oren/merah tgh berpimpin tgn ngan salah sorang kawan kami tu.

Menu mlm td simple jek. Tomyam campur yg pedas membuat kv sakit perut pagi ni, sayur campur sos tiram, telur bungkus, ikan siakap masak nyonya, daging lada hitam, buah dan air.

Hang nadim makan sendiri. Elok jek makan, tak macam kat rumah. Heheheh.. agaknya sebab dia segan lama tak jumpa ngan pakcik2 dia tu. Tu pasal dia 'jurus'.

Kv makan cepat2 (nasib baik aku tak tercekik) sbb nak uruskan hang nadim. Budak2 kan, makan elok cemana pun mesti ada comot. Dah makan semua tu, hang nadim biasa lah, ajak balik. Mmg PERUMAH (bukan pemurah tau) betul budak tu. Letih deme tu pakat pujuk. Tak makan saman. Kv bawak dia lepak kat luar dulu sementara hubby borak.


Suasana kat luar kelab. Mcm2 fesyen 'org kaya' ada. Tp kv tak 'kaya' lg, tak mampu nak jd ahli kelab. Tumpang kawan yg jadi ahli jek lah. Hehehe


hang nadim sempat posing masa kat entrance tu.

Lps tu dorang keluar lepak kat luar. Sambung borak lg. Hang nadim bising ajak balik. Kami pun malas dah dok pujuk dia, angkat punggung dulu.

pastu pusing bandar kota bharu . Siap berhenti kat kawasan landmark kelate ambik gambar. Heheheh (sapa2 yg pernah melawat istana jahal/muzium diraja mesti tau kawasan ni). Rombongan skolah dulu2 bas selalu parking kat sini. Selalu la ambik gambar. Dah tua bangka ni rasa seronok pulak mengulang kisah lama. Tp kali ni bersama hubby dan hang nadim. Heheheh. Nanti kv buat en3 lain pasal tu ek.

Mcm pelancong pulak rasa sbb masa dok bergambar tu, byk org bercakap 'luar' dok lepak2 kat situ. sekarang kan musim cuti sekolah. Tentu lah penuh ngan pelancong. ;)


--------------------oOo--------------------

6 Comments:

Blogger Cik Tat said...

sempat lagi hero kecik ko posing yek.. tinggi la hang nadim..

7:37 PM  
Blogger Kunci said...

mmg best sesekali kuar dating dgn kawan2...dpt rasa angin luar, jalan-jalan. hang nadim lebih selesa kat rumah rasanya..rumahku syurga ku gitu. hehe

9:43 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

jem,
hang nadim tu mmg suka posing. Kalo ambik gambar dia, lps snap jer terus mintak nak tgk. Hehehe
Dia mmg kurus keding, cuma kv tgk seluar dia cepat jek singkatnya. Maknanya dia cepat tinggi lah. Hehehe. Ikut abah dia kut.

kunci,
hang nadim mmg gitu. Gi mana2 sekali pun, kalau dia rasa tak biasa atau tak selesa, mesti ajak balik.;)

8:27 AM  
Blogger Nik Ha said...

Wah ensem ank teruna tu. Boleh jd hero cite jepun @ korea ;) Beza betul dgn kimi, dia tak suka posing. Asal kita kata cheese je dia dah tutup muka tanak tanak. jrg sgt dia nak posing elok gitu.Kimi kalau gi tempat/umah br, blm masuk lg dah ajak balik..huhuhu..jenuh nak kena pujuk br dpt masuk

9:19 AM  
Blogger AppleB said...

ko melancong dlm negeri sendiri ek?? harus ko pun cakap luar masa ambik gambo tuh hehehehehehhe

9:28 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak nik,
kimi tu segan ngan kamera.;)

apple,
harusss aku pun 'cakap diluar'. Tp tetap bau budu. hahahahahaha

10:40 AM  

Post a Comment

<< Home