kasutVINCCI

12.10.2006

JALAN - JALAN KE RANTAU PANJANG.

minggu lps kan kv tak sempat nak gi rantau panjang sbb masa semput. Jd minggu ni (sabtu) kami gi sebelah pagi. Pjg skit masa nya. Lebih kurang 45 minit ke sejam perjalanan. Cam biasa lah, tepi jalan tu aktiviti mencari dan menjual siput baruh.


Masa ni dah sampai ke rantau panjang. Selamat Datang ke zon bebas cukai katanya.;)


Kena lalu kut imegresen. Tp masa masuk takde cek apa2. Kluar nanti baru kastam cek.

Sampai kat dlm tu, kebanyakan parking dah penuh. Tp agaknya kami awal sikit kut, dpt gak parking. Pengunjungnya rata2 org luar. Bas2 pun byk.

Kami jalan2 pusing2 dulu. Sbb takde benda nak beli pun kan. Sengaja tumpang sibuk ngan pelancong luar.

Kat sini, pinggan mangkuknya tak byk cam pengkalan kubur ari tu. Harga dia pun mahal sikit dr kat sana. Kalo nak beli pinggan mangkuk rasanya baik gi Pengkalan kubur lah kan. Tp kain baju, perhiasan rumah, cenderahati mmg byk. Kalau yg nak kawin tu, mai sini mmg berpinar bijik mata lah. Tatau nak pilih yg mana. Bunga kering pun mmg byk, murah dan macam2.

Antara bunga kering yg di display. Tapi herot petot habis sbb dok kat luar kedai kan, mesti ada yg nak sentuh tu. Hehehe


Bunga daun getah pun byk. RM 2 utk seranting. Kv rasa dah murah sgt la tu kalo nak banding ngan tempat lain. Eh, ke ada tempat yg lg murah ek?

Pastu pusing2 jalan2 tgk byk deretan kedai kat situ. Jumpa sorang mamat tu melelong anak patung dan mainan mcm2. Kami beli block yg boleh bentuk mcm2 tu kat hang nadim. Kemain happy dia. Harga asal RM 39.90, tp budak tu jual RM 10 jek. Agaknya the stor* mana la yg benkrup tu. Anak patung/teddy bear punya la besar2. RM 10 jek. Tp kv tak beli sbb takde sapa nak main.

Penat berjalan singgah minum air kat satu restoren tu sambil tumpang dia punya bilik air. Musim2 sejuk/hujan ni kena jaga sikit hang nadim tu. Karang terbuang kat dlm kedai org, haru biru pulak, kan? Heheehe

Lps minum, kami masuk pasar dia pulak. Wei, lawa la bunga stokin. I like!. Tp tuan kedai tatau ke mana, tak sempat nak tanya rege dia. Hubby pun larang kv beli sbb kat rumah nanti takde tempat nak letak. Boleh, gitu? Hahahaha

Sempat jugak beli satay ikan dan bebola daging panggang. Best jugak.


Sesapa yg kempunan handbag berjenama, tp syg nak kluar duit tu, boleh ler shopping kat sini. Mcm2 jenama ada.;) Gucci, dior,LV. Hehehehe..apa yg nak?

Pusing2 sampai penat, kami pun beli buah2an. Jambu madu dan buah bidara yg besar gedabak (selalunya kecit ajor). Best2, manis2 semuanya. Hang nadim pun dah penat, kami pun dah nak balik.

Sampai kat parking kete tu, tertengok makcik ni meniaga air cendol. Best jgk kalo pekena cendol sedas. Heheheh. Hubby pun laju jek angguk, setuju. Kami try gak meehon sup perut. Waa...bestnya. Hang nadim bukan main laju jek makan. Kalo la makcik tu dekat kota bharu rasanya mmg tak miss la kv ngan sup dia tu. Sedap weh. Cukup rasa. Agaknya boleh lawan soto org tu kat pulau nu ek?

Dah kenyang perut suka hati tu, kami pun balik lah. On d way balik tu mmg gelap gelita. Takut tgk weh. Hujan mmg lebat gegiler. Teringat taufan durian yg pengkaji cuaca ramal tu. Gerun. Alhamdulillah, kejap jer suasana tu. Pastu cerah balik walaupun still hujan.

Sampai kat rumah, org tu pun sms. Sibuk layan anak lah tu. Dah terubat rindu? Tp sempat lg ada agenda lain tu. Hiks.

Oh ya. Ni ranting kayu hiasan yg sempat kv beli. Kalo cam kaler campur2 tu satu RM 2. Kalau 3 plastik RM 5. Tp sbb kv tangkai jering sikit, kv beli yg ni sajork.

Satu plastik RM 1.00. Hehehe.. tiga plastik baru RM 3.00. Bijak tak kv? Hahahahahahahaha

--------------------oOo--------------------

25 Comments:

Blogger Cik Tat said...

teringat dulu kecik2 beli sate ikan kat orang yg jual naik beskal..sanggup simpan duit skolah lagi..

6:49 PM  
Blogger Ajzie said...

Best best...seronok gie jalan2 eik.

2:17 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

sekarang ni pun masih ada peniaga ngan basikal tu. Hang nadim selalu beli. Tp kat RP ni, satay dia tu besar sikit.;)

ajzie,
jalan2 mmg seronok.:)
ari tu kan ajzie mintak ym kv. Ni add nya: bandito_danish@yahoo.com

8:03 AM  
Blogger zino said...

dah masukkan dalam kelendar cuti cuti malaysia ke KB bagi tahun 2007.. muga2 ada rezeki..

10:41 AM  
Blogger Mummy Rizq said...

Bestnya soping... ni tak sabau nak tunggu 31 jan nak ke KB. Tp nanti balik naik flight mesti tak leh nak bawak barang bebanyak kan!

11:13 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

brader zino,
insyaallah. Ada la rezeki tu

mar,
kalo byk sgt, ko kirim ngan bas. Nanti ambik kat hentian putra. Byk syarikat bas buat gitu. Rasanya takde lah mahal sgt. Tp ken agi tanya lah. Susah pulak kan. hahahah

11:20 AM  
Blogger NBK466 said...

Aik...jejauh gi cuma beli ranting jerk ? takat cendol & makanan bebola kat KB Mall takde ker? he.he.he..

11:21 AM  
Blogger AppleB said...

cess sakan ko berjalan. aku ujung minggu pun kena kerja tp sib baik sempat bedal soto baru pi keje muahahhahaha

2:24 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

nbk,
kv kan tangkai jering, harus la beli ranting tu sajork. Hahahaa
satay ikan + mihun sup perut tu tadak jual kat kb mall la. Tu yg kena gi RP.
Hiks...minggu ni catat sejarah tak gi kb mall lor.Kwang kwang kwang.

2:45 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

apple,
ni jek aku berjalan. Kalo tak haruzz ke kb mall sajork. Mcm dah takde tempat lain aku nak pegi.

2:46 PM  
Blogger tumismenumis said...

sate ikan.
Best nyer.
Laaama tak jumpa mender alah ni. Dulu ada orang kayuh beskal masuk kampung jual sate ikan. seposen satu cucuk.

4:19 PM  
Blogger WRA said...

eh...sate ikan ore pangge ggapo doh? Lukchin? dok ingat doh...dulu sokmo beli jugok...

9:50 PM  
Blogger Shami said...

wah teringat, kalau kat kedah kiter pi danok, atau kat wang kelian..shoping barang siam..murah..dan menarik...

9:55 PM  
Blogger pendita said...

Saley perkenaley...

Berehi sunggoh kak KV shopping...
Taun depe sudoh la kak. Takdok doh KB Mall nyo. Nati siap Pelangi Mall gak, sedak la weh...

Pahtu Giants dan Tesco pulo nok bukok taun depe. Kak KV nak wak guano? Huhuhu...

4:45 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mazudi,
loni pun ada lg org kayuh basikal jual sate ikan tu. 20 sen secucuk dah. Barang koho mahal, kan.

kak we,
eh, tak tahu la pulok org panggil gapo. Kv panggil sate ikan jah.

pendita,
salam perkenaley jugok.
Nok suko baca komen demo. Hahahaha
Byk pulok taun depe ek buko semua tu. Takpolah boleh gilir gilir. Ni gak, kb mall, kb mall, takdok tepat lain. Hehehe

8:11 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

shami,
weh.. best kalo kat sempadan ni. Macam2 barang thailand. Pelik2 pulok tu.

8:12 AM  
Blogger Pandang Dengar Diam said...

*mrasalah bag2 tiruan banyak kan!

9:09 AM  
Blogger ibuVouge said...

nak sate ikan kv,!!!
mana ubi itik ni
kalau iv balik d ari kl ke kelantan,singgah Gua Musang, mesti beli sate ikan kat pakcik bawah pokok depan SHELL
hubyy senyum je...kata dia kemaruk la tu

9:55 AM  
Blogger Sya said...

Alamak KV kak sya rindu le nak makan sate ikan tuh... kuah cecah warna pink tu sedap gak... teringat org jual sate ikan kat batu buruk, KT .. yum yum

11:57 AM  
Blogger pB said...

baru ni kak pB balik, merasalah makan PUTU HALBA. Satu satunya makanan yang kak pB mengidam masa mengandung anak sulong...
Dan sempat juga makan kan restoran Sun Two kat Jln Temenggong itu... dan juga sempat belikan aBe murtabak Hajjah Halimah ....

1:51 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Jalan-jalan..makan-makan... shopping-shopping.... Sapa yang tak seronok.. kan KV.. ? hehehe

6:39 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,
ni yang buat akak rindu nak pg kelantan ni..senarai menunya dan tpt shopping moppingnya.

dulu, masa akak duduk sana, suka p kedai buku Jaffar rawas tu..hehe..

rindu..rindu...rindu..

p.s. dulu pernah kena risik ngan org kelantan, tp akak tolak baik sbb dah ada cik abe hehe.

1:21 AM  
Blogger rina said...

tempat pujaan ati kalu balik kelate... tak sah tak pegi...

10:35 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

cuaca,
ala..cam tak biasa pulak.;p

iv,
kat jitra takdak ke sate ikan tu?
ubi itik tu tak jumpa lg la. Atuk pun tak tanam. Kalo tak haruss masuk blog. Mrasa

kak sya,
rupanya org melaka pun pernah makan ek?
sesekali merelease tension, apa salahnya kak sya kembali ke KT. Mengimbau nostalgia gitu. Wah, syahdu! hehehehe

kak pb,
agaknya ada kenal tak putu halba selain dr set2 kelate? Nak kena buat en3 gak ni. Hohohoho

bp,
aikk??? jalan2, shopping2, mesti teringat 'org tu' kan? Hahahaha
sabar naa

kak syikin,
kalo dak, harus lah akak balik kelate tiap2 tahun, kan? Jodoh pertemuan di tangan Allah swt.;)

rina,
kv memula tu keliru antara r/pjg ngan p/mas. Tp dlm jajahan sama ek?

1:15 PM  
Blogger Papa, Mama & Azra said...

A'kum. Salam perkenalan.

Kelantan bab makan ngan barang rumah memang diskaun the whole year. Takyah tunggu Mega Sales.

5:25 PM  

Post a Comment

<< Home