kasutVINCCI

1.09.2007

HUJAN.

Dua tiga hari ni awan mendung (gelap gulita) dan angin kencang. Hari mula2 tu hujan lebat dr ptg membawa ke pagi dan membawa ke ptg. Dah naik air pun sesetengah kawasan. Tp lps tu hujan rintik2 dan angin kencang. Kalau mcm selalu, angin tu bawak awan sarat ke bukit, hujan kawasan ulu, paras air sungai kelantan akan naik dan kota bharu akan banjir air sungai. Kelmarin, kebetulan ada sikit kerja kat kota bharu, kami pusing jgk kawasan tambatan diraja (mcm pelantar) dekat sg. kelantan tu. Air dah melimpah ke pelantar tp masih belum naik ke jalan. Gambar tak sempat nak ambik sbb takde tempat parking. Org dah ramai pakat pi tgk air melimpah.


Gambar ni kabur skt. Kv snap masa on d way nak gi kerja. Sawah padi dah jadi mcm laut.

Dlm pd cuaca tak brapa elok tu, kelmarin kv join gak bebudaks tgk basikal jelajah malaysia. Ala, tunggu depan ofis jer. Kesian kat istana kristal, terperangkap dlm sekatan jalanraya masa nak mai lunch ngan kv. Heheeh. Sabar la noh.

Para peserta tgh melalui depan ofis kv. Err...masa ni kv dengar bunyi 'prak' (bukan keifli af tau). Ingatkan apa, rupanya ada peserta yg putus rantai basikal.




Lagi senario kat situ. Musim2 hujan ni tak ramai org keluar tengok. Hehe

HANG NADIM DAN SEKOLAH

Habih cerita hujan. Kv nak crita pasal hang nadim plak. Sebelum ni, mmg kv berniat sgt nak hantar hang nadim ke tadika walaupun umur dia baru 4 tahun tahun ni. Yer la, nak suh dia boleh bercampur ngan rakan sebaya kan. Tp hubby tak berapa yakin dan kv kurang mendapat sokongan. Tu yg asyik tertangguh jek.

Ari sabtu lps, jiran kami gi ke kedai runcit MIL, dia ajak hang nadim join anak dia ke tadika (sama umur ngan hang nadim). Kv dah excited dah. Peluang bagus lah kan sbb dia ada kawan.

Tp bila bincang ngan hubby, dia masih kurang yakin mengenangkan peel hang nadim tu. Hehehe. MIL selalu diam jer. Kami pun decided nak tanya khabar kat ayah Ati (kwn sebaya hang nadim tu) mcm mana posedur sekolah tu (tadika yayasan negeri). Ye lah, hang nadim ni kalau kita ajar sekejap jer dia ikut pastu byk main ke lain. Lagu Pencinta Wanita plk yg dia nyanyi. Siap ingat lirik plak tu.

Lps mai kerja kelmarin, MIL call hubby tanya surat beranak hang nadim kat mana. Terkejut gak kami, ingat kan apakebenda la plak kan. Rupanya MIL nak daftar kan hang nadim skolah tadika sbb naim (5 tahun) pun skolah kat situ. Ramai la jgk yg hang nadim kenal.

Mmg sepanjang hari tu kv tersengih jer. Betapa gembiranya hati sbb MIL sudi menguruskan hang nadim. Hehehe. Cucu sorang kan. Patutnya kv ngan hubby la yg buat tu.

Kv dok terbayang cemana la perilaku dia kat skolah tu. Kalo kat rumah mmg byk la auta dia. Hehehe..siap dok training " cikgu, nak pek cikgu!" (minta susu botol ngan cikgu). mmg dia selalu gelak sakan bab tu.

Balik dr kerja dia tgh tido. Agaknya penat gi skolah kut. Hahaha. Dah bangun tu, kv tanya dia cemana gi skolah. Dia ckp best! Lega hati kv.

MIL cerita yg dia tunggu hang nadim sampai habis. Tp dok jauh2. Hang nadim ikut jer arahan cikgu. Katanya cikgu angkat tangan dan cakap A aaaa (sambil buat aksi cikgu)Tak mcm kat rumah. Dia ikut cikgu ajar. Fuh..lega kv dengar.

Tp yg tak best nya MIL cerita dia berebut pencil colour ngan ati dan naim. Hehehe. Hang nadim hanya ada beg skolah jer. Benda lain belum ada lg. So, mlm tadi kami gi beli keperluan skolah dia. Mmg tersengih pjg dia bila dpt pencil colour. Balik tu siap kaler buku mewarna. Tp cepat boring. Hehe

Ni ler rupa beg skolah hang nadim. First day pegi, dia bawak yg kecik tu. Sbb takde barang apa kan. Hari ni mungkin dia bawak yg power rangers tu plak sbb dah ada buku mewarna, pencil case dan kaler pensil dan botol air. Dah siap kv kemas beg dia tu, dia simpan sendiri kat atas rak kasut tu. Senang nak capai lah kononnya.

Pagi ni mmg semangat dia bangun tidur nak pi skolah. Tp nyonyot botol susu tak lupa tu. Hahaha. Siap tanya bas skolah dah mai ke belum. Kuat sungguh imajinasi.

Harapnya dia boleh berkawan ngan baik kat skolah. Hati ibu sentiasa risau, kan?


--------------------oOo--------------------

14 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pakai uniform skolah,pahtu nyutnyut puting,mesti kiut kan..hehe..

11:12 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

mr penyu,
dia blum ada uniform sbb masih dlm tempoh percubaan. La ni dia pakai baju melayu raya jek. Nanti dah ok kena buat baju melayu kaler hijau. Tp botol susu tak lupa tu. Seb baik tak bawak botol gi skolah. Hehe

12:20 PM  
Blogger HAPPYIRFA said...

kv..
risau pulaklah takut kelate banjir..takdo sapo hok kuat tinggal ayah sore jah ore jate kat umah di kg nun..mitok2 tak banjir besar lah yer.

excited hang nadim nak g sekolah ..letak beg atas rak kasut.harap berkekalan rajinnya sepanjang tahun.amin

3:19 PM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Artistik la gambar sawah padi tu....

Selamat bersekolah adik Hang nadim...!

4:04 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

salam,

wah, sempat menjeleskan akak ya bergambor ngan iv hehe. eh, sapa ek muka yg berwarna tuh ?hihi

camner skrg ni ok ke keadaan? takut banjir kat tpt kv jer.

biasalah kalau anak still minum susu botol dah p sekolah ni kv, anak2 akak dua org tu samalah, kat rmh minum susu botl masa dah balik rmh waktu tadika dulu.

ada budak, dia lebih suka belajar ngan org lain drp parent dia sendiri..mcm anak akak yg aiman tuler..ngan kita dia main2 aje, tp ngan cikgu, dia serius. sabor jeklah

kv, nanti kalau dia dah kenal huruf bagai, pastikan dia boleh membaca sblm naik darjah satu ya, skrang ni, drjh satu dah belajar pemahaman tau, tak macam kita dulu. mula2 akak tgk anak akak ada subjek tu, terkejut.syukur masa tu dia dah boleh membaca, jd taklah beban pada dia, berbanding ngan budak2 yg darjah satu masih tak pandai membaca, naudzubillah.dia tak rajin membaca tak mengapalah, itu polish kemudian, tp yg pasti dia mesti tau membaca

2:57 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

irfa,
syukur lah sbb air dah mula surut.
Hang nadim tu masih semangat lg utk hari ni. Hehehee. Kena tgk nanti.;)

bp,
artistik tak artistik, tp masa tgk sawah padi jd laut mmg gerun sesangat.

kak long,
saja usik2 kak long tu. Hehehe
Harapnya hang nadim dpt membaca sebelum naik sekolah rendah. Tu yg hantar dia awal ke skolah. Takut ketinggalan.;)

4:38 PM  
Blogger NONIE AZIZ said...

Anak aku lani kat sekolah tak minum guna botol susu..pakai bekas air yg ada straw tu...malu beb!!!

5:15 PM  
Blogger ontahsapo said...

dah nak banjir gak ker...

7:51 PM  
Anonymous Anonymous said...

KV...

anak saya selamba jer minum susu dlm botol, umur dia sebaya hang nadim gak! Tapi tanya cikgu sekali jer dia menyusu...sib baik cikgu nak buatkan susu. Tapi dah pandai tulis abc dah...ada matang sikit saya tengok sejak sekolah ni...

7:56 PM  
Blogger Ajzie said...

Dah nak banjir gak yea..3 minggu lepas di Johor. Baca paper pun hujan akan turun lagi kan..

10:26 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

MR,
anak aku kat skolah tak bawak botol. Tp kalo kat rumah kejap2 mintak susu. Tension aku.

OS,
alhamdulillah kawasan kv tak sempat banjir. Tp tak tau la lps ni.

hani,
kv pun harap anak kv tu lbh matang bila dah gi skolah. ;)

ajzie,
dengar khbar pun kat johor kembali hujan. Tp agaknya keadaan makin ok kut.;)

9:02 AM  
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

kalo ar tiara kat sana. tetiap minggu gi piknik + BBQ.. huhhuhuh

9:17 AM  
Blogger kakLuna said...

eh..beg PETPET jugak ye?mcm beg Luqman

11:44 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

tiara,
eh, ko nak pi piknik kat mana?

kak luna,
hang nadim pakai pet pet. Tu yg dpt beg skolah pet pet tu. Hiks. Sama ek.

1:40 PM  

Post a Comment

<< Home