kasutVINCCI

5.25.2006

ENIVESERI

En3 hari ni advance satu hari.:) Sori lah sbb esok kv cuti hari minggu makanya tak le nak access internet 2 hari lah. Esok 26 Mei 2006. Esok merupakan eniveseri ke 4 kami (KV+hubby).

so, sebagai meraikan ulangtahun ke 4 ni, kat blog ni kv ingin mengenang saat2 pertemuan kami. Chewah. Kpd korang yg rasa menyampah atau geli, sila abaikan en3 ini yer. He hehe he.

kami jumpa kebetulan sama2 posting kat satu tempat kerja (tempat kerja la ni lah). Memula tu, kv kawan (kawan biasa) ngan hubby sbb takdak kawan sebaya kat ofis. Semuanya kategori pakcik dan makcik. Kih kih kih.

pas tu kv rasa menyampah ngan hubby sbb hubby byk bercakap. Kalau kv rasa boring ngan pertanyaan dia, kv akan diam dan buat2 tak dengar. Masalahnya, dia tetap dok desak suruh kita jawab. Boring, kan? kekekeke

rentetan tu, kv buat2 sibuk dan malas layan dia. Kebetulan dia pun department lain. So, kv byk ikut senior2 kluar ke site.

tapi dia pandai tau. Kv masa mula kerja takdak kete. Mai kerja ngan bas or teksi jer. Kalau nak ikutkan, rumah kv dan rumah dia mmg utara dan selatan. 2 bulan start kerja dia dah beli wira. Maklumlah anak tunggal, mampu lah beli. Pas tu dia gi bus stand yg biasa kv dok tunggu bas tu, katanya dia ada kerja kat bandar M (line rumah kv la tu). So, dia ajak la tumpang dia balik.

kv pun, malas nak tunggu bas sbb dah gelap, (walau pun menyampah ngan dia kv tak lah sampai bermasam muka ngan dia) jadi kv tumpang lah dia. Masa ni dia dah takde lah cakap macam yg kv selalu dok menyampah ngan dia dulu. Mungkin dia boleh agak kut.;) Lepas kawin baru kv tau yg sebenarnya dia takde kerja pun kat bandar M tu. Alasan dia nak hantar kv balik rumah jer.

selalu lah alasan dia ada kerja kat bandar M tu. Selalu lah jugak kv tumpang kete dia. Ofismate dah perasan fasal kami. Semua pakat dok menyakat. Kv rasa malu sgt. Kv cuba menjauhkan diri dari dia. Padahal kami kawan biasa jek. Tapi benci ngan ejekan ofismate, tu yg kv rasa tak boleh kawan ngan dia.

kendian, kv pun gatal nak beli kete gak. Beli la kancil. Masa tu bawak kete pun terketaq ketaq. Kadang2 bawak, kadang2 naik bas. Dia pun suka la kalau kv tak bawak kete, boleh dia hantar.Kekekekeke

sekali tu, dia kena gi kursus kat johor. Seminggu. Kv rasa dah meroyan dah. Kekekekee..baru kv tau yg kv dah start suka kat dia. Tapi buat donno je lah. Ego mengatasi ni. Tak rock aa tunjuk suka kat dia.

dah balik dr johor, dia call kv belah mlm. Pesan suruh jgn bawak kete esoknya. Kv pun ikut la cadangan dia. On the way balik tu (dia akan hantar sampai laman rumah), dia meluahkan yg dia suka kat kv (dah agak pun) dan dia tak nak tunggu lagi, takut dpt kat org lain (masa tu kan kv sorang bujang, ramai la yg dok kenen2 nak buat menantu, hiks). Kv tak jawab pun. Kv turun cam tu jer.

esoknya kat pejabat dia curi masa jumpa kv. Tanya lagi. Mmg dia ni suka mendesak lah. Kv pun dah malas nak pikir (masa tu dah nak masuk 24 tahun), lagi pun kv baru frust ngan kawan univ. Kv pun bagitau dia, kita teruskan, kalau rasa boleh maka boleh lah. Kalau rasa tak boleh, maka harus diputuskan. Dia pun bersetuju.

Kali ketiga keluar dating dia dah tanya bila nak langsung. Panik kv dibuatnya. Ish..dah nak kawin ke aku ni? Muda lagi ni! Tapi kv pun cuba merasional kan diri. Kalau dah ni jodoh yg tentukan buat kv, maka kv terima dia dgn seadanya.

dalam proses nak bertunang tu, ramai yg dok kenen dgn kakak dan mak kv. Katanya arkitek dok kerja ngan satu firm di penang. Ye la, org kampung kan, bila tengok anak gadis dah kerja, ramai lah yg nak padan2 kan. Kat pejabat pulak, ramai yg tanya kv sendiri, betul ke kv nak bertunang (sbb nak padankan dgn sedara memasing nih). Satu hari tu, kv terima call dr sorang doktor HKL. Direct dia cakap ngan kv yg dia tgh mencari perempuan utk dibuat isteri. Ada org bagi contact number kat dia. Sampai sudah dia tak bagitau sapa. Kv berterus terang ngan dia yg kv dah ada komitmen lain. Pas tu kakak ofis kv nak padankan dgn sepupu dia yg kerja lawyer kat kl ( la ni dah jd majistret dan dedulu selalu keluar kat tv). Banyak lagi lah. Semuanya menguji kewarasan kv lah. Itu lah antara cabaran hebat yg kv hadapi. Masa lepas bertunang dah tak de. Semuanya berjalan lancar.

Betul kata org kan, kalau dah jodoh kita ngan org tu, walau apa sekali pun, maka dgn org tu lah kita akan kahwin.

Dan yg pasti, kv tak menyesal memilih hubby sebagai suami. Kerna bagi kv dia lah tulang belakang, dia lah pelindung, dia lah sahabat, dia lah penasihat dan dia lah segala galanya buat kv dan hang nadim (mungkin jugak akan ada beberapa hang lagi.;))

Kami bertunang pd 14 februari 2002 dan melangsungkan akad nikah jam 9.00 mlm 26 mei 2002. Majlis sanding rumah kv 30 Mei dan rumah hubby 3 Jun 2002.

Lepas kawin (sehari lepas majlis bertandang) kv kemas bilik. Jumpa la satu surat yg kawan hubby (pompuan) kirim. Kv dah tau kewujudan kawan pompuan dia ni (kawan sepengajian hubby). Dlm surat tu, si N ni tanya hubby apa yg hubby dah buat sampaikan si H angau benar. Kv rasa bengang sbb hubby tak pernah citer pun fasal si H ni (padahal kv pun tak pernah cerita kisah silam kv.Hiks).

Kv tanya hubby, so hubby pun cerita lah. Masa dok bercinta dgn kv, si H ni selalu dok call kat rumah. Nak berbaik semula ngan hubby. Rupanya ex dia. Si H tatau no h/set hubby, tapi dia selalu dok call kat rumah. H dah kenal mek hubby. Selalu la dok bermesra, borak2 tukar cerita. Pernah 2-3 kali dtg rumah hubby. Dia tak caya yg hubby dah ada awek. Tu yg selalu dok call. Mek pulak tak sampai hati nak bagitau. Mek suruh hubby cakap sendiri. Masalahnya hubby taknak ambik call dr H. So, mek mals nak layan mek bagi no phone hubby.

patutlah kv perasan, ada sekali masa keluar dating ngan hubby tu, ada call. Kat skrin keluar nama CN. Hubby tak nak jawab, dia suruh kv yg jawab. Tak kuasa kv nak jawab panggilan kawan dia. Padahal, kalau kv tau cerita ni dr awal kv dah jawab panggilan tu. Chess

H ni kecewa ngan hubby yg dah bertunang, maka dia pun tekad nak kawin gak (sbb ada lelaki yg dok tunggu dia). Tapi hubby tak caya. Hari majlis bertandang rumah hubby tu, hubby ada call h/set H (kv tatau pun;( ). Ada lelaki yg angkat. Dari situ hubby sahih yg H ni mmg betul dah kawin lah. Sama dgn tarikh perkahwinan kami. Siot betul!

Seminggu lepas tu, ringing telefon rumah berbunyi. Hubby angkat, pas tu kv dengar macam gaduh2 sikit. Naik heran lah jugak kan. Tapi hubby tak cakap ngan kv. Bila gi dapur, mek panggil hubby. Kv dah rasa suspen. Rupanya mek berleter kat hubby. Katanya, tak usah dilayan lagi. H dah bersuami dan hubby pun dah ada isteri. nanti porak peranda rumahtangga.

Kv rasa sedih dan kecewa. Betul2 berjauh hati ngan hubby. Padahal hubby tak buat salah pun kan.Tapi dah cemburu menguasai, nak buat cemana. Hubby cakap H mintak nak jumpa. Sekali ngan kv. Kv tanya hubby, kenapa tak setuju? Sbb kv mmg nekad nak jumpa pompuan tu. Hubby kata, dia malas nak ambik risiko, takut H tu masih menyimpan perasaan, lain pulak jadinya. Niat org bukan boleh kita baca.

Sampai ke hari ni, kv belum pernah kenal pun H tu. Teringin nak tgk camana dia yg real sbb ganbar dia kv dah tengok. Namun hubby buat tak layan jek. So, cerita ni pun berlalu di telan dek masa. Langsung dah tak timbul. Harapnya semua berjalan lancar lah.

dan bait bait indah ni, kv tujukan buat hubby tersayang....

ku cari di mana, kau letak hatimu,
kerna bersama ku, ada penawarnya,
hanya kepada mu tempat ku mengadu,
usah kau berpaling dan terus membisu,

sememangnya lidah tiada bertulang,
namun itu bukan alasan berdiam,
percintaan ini kita memilihnya,
kesilapan hanya suatu perbandingan,

kekasih,
cintamu ibarat rimba,
andainya dibakar tinggallah debuan arang,
siramlah dgn kata kata saktimu,
semoga asmara berbunga ke akhir nanti,

bagiku engkau permata hidupku,
ini lah ujian buat kita,
berjanjilah kan setia,
kekasih padaku,
kita bercinta hingga ke pintu syurga,
sinarilah asmara dimata dan dijiwa,
hidupkan cahaya cinta selamanya...

bi, semoga cinta kita terus mekar dan kekal bahgia. Abadi selamanya.



p/s: kv mintak maaf sebab entry ni over panjang atau over jiwang.Hiks

--------------------oOo--------------------

7 Comments:

Blogger Mummy Rizq said...

KV, hepi eniberseri. semoga kekal bahagia selamanya. cerita silam yg menyakitkan, jangan selalu diingat! ok! doakan masa depan yang lebih cemerlang, gemilang & .terbilang

4:08 PM  
Blogger Alinlai said...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-4...semoga berbahagia sokmo...jangan di kenang citer lama ok :) tak pe jiwang untuk husband gak bukan sapa2...teruskan kejiwangan tu ke ke ke...

6:48 PM  
Blogger Kaklong Syikin said...

hepy anniversary...

wah, beshnya kisah cinta dia..yg besh tu puan kv ni jadi rebutan.tp betul, klau dah jodoh tu, tak kemana.hehe..pandai hubby kv cari alasan ek.

eh, hantarlah sajak tu kat mana2 magazine..sedap tau.akak suka.jiwang gitu..

12:23 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

KV,
selamat menyambut annivesary yg ke 4.
semoga sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah selalu...
Mudah2an akan ade annivesary yg ke 50 pula nanti..siapa tahu kan..panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu..aminnnnn

1:46 PM  
Blogger zino said...

salam kenal.. masuk ikut rumah sape tadi tah.. lupa..

3:08 PM  
Blogger NBK466 said...

Panjang okey lagik...yg OVER JIWANZ tuh den tak buleh nak tahan..he..he..he.. Happy Anniversary KV...beza 1 tahun ++ hari jerk dgn den...

3:42 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kepada semua,
MAR, Kak Alin, Kak PB, Kak syikin, ayu, alang, nbk 466 dan kak bie, terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan kv sekeluarga. Itu itu yg mampu kv ucapkan. Terharu beb! Kak syikin, bait2 puitis tu sebenarnya lagu ziana zain. Kv pun dah lupa tajuk dia.:)

zino,
TQ sbb sudi singgah sini. Dtg lagi au. Nanti kv bertandang rumah zino pulak.:)

9:19 AM  

Post a Comment

<< Home