Bulan puasa ni tak sah kalau tak cerita fasal pasar ramadan. Mesti setiap org suka gi pasar ramadan. Yg lecehnya time nak cari parking ler. Kalau yg dekat ngan rumah, kv & geng bonceng motor jer lah. Boleh park dekat sikit. Puasa2 ni tak larat nak jalan jauh. Hehehehehe
Kalau kat pasar ramadan, bukan nak membeli sgt pun tapi suka tgk makanan yg dorang jual, pas tu tgk gelagat pengunjung. Macam2 cara. Kalau yg over tu tak pasal2 CDHler. Hiks kuruih puasa.
Antara pasar ramadan yg kv dah pegi selama 9 hari puasa ni;
Ni pasar ramadan Machang. Kat sini la nostalgia kv meniaga dgn akak kv dulu. La ni anak2 buah la pulak. Masa kv gi ni hujan lebat bukan main. Nak tgk barang jualan pun payah. Kesian kat para peniaga.
Ni pulak pasar ramadan Stadium Muhamad IV kota bharu. Ni yg belah hotel perdana tu. Yg satu lagi sebelah kolej jururawat tu. Punya la besar sampai kv rasa nak pengsan jer hari tu nak menghabiskan pusingan. Nak kena dokong hang nadim lg. Rasa cam nak patah pinggang kv ni (hiks mcm ler pinggang kerengga).
Kat kat param stadium ni, kv suka beli roti pita dan kebab udin. Mmg ramai ler pembelinya. Kena tunggu lama la jgk. Pastu ayam goreng Edlee (ala2 KFC tapi RM 1.50 setongkol). Kat Edlee FC ni kv suka beli fish ball celup tepung. Pas tu murtabak hajah halimah yg tersohor tu pun ada gak. Macam2 ler.
Ni pulak pasar ramadan Pasir Puteh. Tgk misi tgh bawak box tu. Time ni org kesihatan tgh check para peniaga. Kat sini takde yg menarik sgt. Takat round2 gitu jer la. Kalau dulu param Pasir Puteh ni kat dalam pasar, la ni dah ubah kat Jalan Masjid pulak. Jadi susah pulak nak pegi.
Ada lagi param yg kv lupa nak snap gambar. Param Melor kv suka beli rojak buah dan bubur pulut hitam. Kalau hubby ngan hang nadim biasalah, murtabak. Kami gi naik motor jek.
Param Peringat paling dekat ngan rumah. Ikut jalan kampung jer. Merentas tali air bagai ni. Tapi teduh sbb byk pokok kayu. Masa memboceng tu, macam2 dok borak. Kenkadang tu sampai hang nadim terlena.Hiks. Kat param peringat kami suka beli itik kerutup. Best laa. Rasa dia mmg kaw!
Petang kelmarin kv pegi param Kubang Kerian. Selalunya punya la susah nak dpt parking. Tp alhamdulillah kelmarin, sampai jer ada petak kosong. Kat sini kv suka beli sayap ayam madu panggang dgn kerabu kaki ayam. Kat param lain susah nak jumpa kerabu kaki ayam ni. Kat stadium pun kv tak perasan, agaknya terlampau luas sgt kut. Tapi terlupa nak snap gambor kerabu kaki ayam tu.;(
Itu setakat puasa 9 hari lah. Dulu pernah gi param ketereh, jalan telipot, dan lain2 . Sementara menunggu bukak puasa tu kami suka jalan2.
Oh ya, kelmarin balik kerja tu mil dah masak gulai ayam kampung. Hmm bestnya. Pas tu kv masak goreng pedas lengkuas udang galah liar. Udang galah liar ni mmg susah nak dapat sbb kena booking. Bila ada, org tu akan call kawan kv ni bagitau. Kalau dulu dia bagi RM 20 sekilo tapi la ni dah tak dapat dah. Dia bagi RM 23 sekilo. Kalau biasa dia jual RM25 sekilo. Tapi kv rasa kalau ngan org lain mmg tak dpt la. Standard harga dia RM 30 ke atas utk sekilo. Kalau udang galah sangkar pun dan RM 18 sekilo. Tu yg hubby bantai beli 2 kilo terus. Boleh simpan dan masak bila2 nak. hehehe. Udang galah liar ni isi dia lebih pejal dan lebih manis. Nak2 yg betina. Telur dia best
Gulai ayam kampung. Nyum nyum...
Goreng pedas lengkuas udang galah liar. Lagi la nyum nyum. hahahahaha
Hmm...asyik cerita pasal makan je ek. Tp ok gak dar mengumpat,kan.
Bayen.
--------------------oOo--------------------
19 Comments:
seme ceruk pasar ramadhan kv ni jenguk... syok. pasar ramadhan kt sini jarang jual lauk2 yg kena ngan selera kita.
p/s bleh bg resepi grg pedas lengkuas udang galah tu tak...
rina,
lg luas param tu lg syok meround sbb byk pilihan.;)
goreng pedas lengkuas tu sama jek ngan goreng pedas biasa, lada kering, bwg putih, bwg besar, belacan, halia, serai, lengkuas(lebih skt sbb rasa dia lg kaw!). Blend semua tu, tumiskan aje. Masuk kan udang, pas tu semua perasa. Garam, gula, perasa dan asam gelugur. Siap dan boleh makan. Hik hik hik. Simple jer kan.
kv..
Edlee tu sedara rapat Abe Kak PB.
Bini dia tu anak sepupu Che Abe.
Memang pelanggan dia ramai. Kak PB selalu gak beli burung puyuh kat gerai dia.
Memang x sabar nak balik nie. Nak beli daging panggang (hok ado lemok lemok si'kit tu).
Pah tu, nok make murtabak..baru jah dok teringat hari ni, KV doh tulih.
Well..dikawasan Senawang saja lebih 10 param ada...Tapi dengar nak dptkan tapak meniaga di param pun sampai nak bergaduh bagai...macam2..
kau ni kan selalu buat aku meleleh air liur dan menyebabkan perot aku lapar. kejam tau!!
KV,
erkk takleh tengok makaanan nih, kv my new url ye nih..
kau rata pegi dah kv. aku tak jumpa satu param lagi.. ya Allah udang tu cam best je. yumm!!
wah2 KV.. udang itu sungguh mneyelerakan
kak pb,
we la, sedara abe ko tu? Hubby kv kalu gi stadium tok miss ayam goreng dio. Lo ni byk cawange dia buko dok? Alhamdulillah maju perniagaan dio.
Kalu kak pb kelik rayo, mesti buleh make gapo hok dok ngidam tu. Sabar, tok lamo lagi doh! hehehehe
nbk,
dekat mana2 pun kalau pasal tapak param mesti ada kes tak puas hati,kan?
apple,
aku sengaja nak bagi kau telan ayaq liur. hahahahahaha
mak suka! mak suka!
arena,
ha...jgn tgk, kalau telan air liur sbb terliur kurus puasa naa!Hahahha.
Boleh aje.
kunci,
sibuk sgt ke sampai tak pegi satu param pun lg?
ayu,
best woooo!!!!
salam,
alamak..bnyknya entries akak tertinggal. sowi..kat area rmh akak ni, internet slow, jd malas nak ngadap, pas tu pulak kena queue ngan anak2..lagi satu, entah nape puasa kali ni rasa letih semacam, lagilah jd malas..
tahun ni akak baru sekali aje p pasar ramadhan..hehe
mak oiiii puas ko merayau pasar ramadhan ek... sampai ke tanah jajahan aku tu (kubang kerian)
Kat putrajaya nih ada kat Precint 2 jek yang besarnya. tapi nak pegi hulaaaaa rela tak pergi.
Dengan keadaan aku yang mabuk darat tak boleh nak makan makanan beli, kena la aku masak hatta kuih sekalipun.
adehhh...bestnyer gulai ayam kampung tu, terliur la pulak, ingat balik kg nanti nak perambat ayam mak bela tu laaa...muehehe...
huhu meriah tuh param... kt area umh tety nih pun ada 3.. tp nk cari makanan yg kena ngn selera punya la susah..
x sabar nk balik nih, nk make akok kedut + bunga tanjung + perut percik.... yum yum yum...
p/s: kv, kt youtube complete ada 16 episod (cd version) My Girl... kalo nk tau cite in advanced la... lalalala
rajin betul KV pegi pasar ramadhan yea...
k.bie jrg sgt pegi...bukan tknk pegi..tp klu pegi blk rumah je lembik lotek supo kain buruk...hehe...tokleh wat kijo gapo doh...
klu cuaca panas sgt dan org ramai sgt boleh pitam dibuatnya...darah rendah mcm ni laa..
tu yg thn je diri dr pergi...nasib baik cik abe pun tak sibuk nk ajak pegi pasar ramadhan...
kat tempat zino ada beberapa tempat bazar ramadhan.. tapi yg paling meriah di veledrom.. tapi zino singgah beli karipap je.. hehe
off topic sat,
kv, teriok doh tgk SGC & JYR smale?? huhuu sedih giler!
mlm ni SGC nyanyi plak... very touching seh... sungguh kijam datuk die!
jarang p param laa KV... salu masak jer kat rumah... setakat ni baru 3 kali p param...
oits..aku ada email ko something *mueheheheheh* ko pi ler cek email ko tuh
kak syikin,
alahai kesiannya kena q dulu ek. Tak pe la, at least budak2 tu suka.;)
angah,
hi hi hi..aku tak kira, jajahan kau pun aku dan konker. hahahahha
RM,
kejar jgn tak kejar
tety,
balik kampumg nanti makan puas2.
wei..kv baru nak ucap tq sbb link kan you tube tu. Puas hati den. Dpt tgk sampai habis dgn klip videonya sekali tu. Masih tak puas ni. Wah... hensemnya gong chan tu!! Kv sampai tak sempat buat en3 baru kat blog sendiri sbb dok layan youtube tu. Mmg angau tahap dewa dah ni. Hik hik hik...
kak bie,
kalau akak jenis alahan gitu baik tak yah pi param tu. Dah la ramai org, mcm2 bau lak tu, kalau pitam kat param tu lagi la susah.Hihihi
brader zino,
byk2 juadah kat param tu, beli karipap jer? Hahahahahaa
tety,
walaupun dah tgk sampai habis kat youtube tu, tp masih gak tercongok depan tv. Dlm tv takde part SGC nyanyi.Huhuhuhu
sas,
rajinnya sas masak. Bertuah blackie! ;)
apple,
aku dah balas emel hang. Cuba check!
Post a Comment
<< Home