kasutVINCCI

10.15.2006

KABUR

Pandangan kv kabur hari ini. Sebenarnya, dari tgh hari kelmarin lagi. Huhuhuhu... spec kv pecah yew! Al kisahnya kv dok tergolek dog ngan hubby layan channel discovery tgh hari tu. Baru jer nak bergurau senda, huk! kv teringat spec kv letak kat tepi tadi. Hah..bila pencarian berjumpa, ini lah hasilnya......
Renyuk spec tu kv kerja kan. Hahahhaha. Nak kata sedih tak jugak, sbb boleh tukar cermin baru. Yg sebelum ni kv rasa dah tak berapa terang dah. Tapi rasa terkilan sbb dia pecah gara2 kv yg ganas duduk baring tu. Hmm... tak pasal2 ler hari ni terpaksa berkabur pandangan ku. Sampaikan kv tgk kerang kat pasar kv ingat buah berangan. Hiks....

So, kalo ada sapa2 yg senyum kat kv ari ni dan kv tak balas senyum tu, harap2 faham lah yer. Jgn kata kv sombong pulak.

Kalo mengikut perjanjian, mlm ni spec kv siap. Tatau ler sbb awek m*lan optical tu janji nak call dulu. Tapi sampai la ni tak caling2 pun. Hmm.. kv pun malas nak talipon budak tu, main redah gitu jer lah nanti. Boleh gi jalan2 kb mall.

Cerita pasal kb mall, teringat kfc kat situ. Siang hari mmg teringin sgt nak makan kfc. Ingat lps solat isya' nak gi beli kfc. Tp lepas jer berbuka, terus hilang kfc dr mata. Sbb over kenyang, minum air terlampau byk. Nasi pun sampai tak boleh nak makan. Hahahahahah. Td hubby dah bersungut yg mlm ni nak beli kfc. Tatau ler berjaya atau tidak. Keh keh keh.

Tadi hubby bagi kv satu kad raya. Katanya ambil kat box bhg admin. Hmm.. ni ler rupa bentuknya kad raya tu.


Comel tak? Kv percaya ramai rakan blogger yg menerima kad raya ni.

Isi dlm dia. Sorry sbb gambar kabur. Henfon cap murah sajork. pixel kecik. Hehehehe.

TQ kak nik kerna sudi krm kad raya utk kv. Insyaallah kalau takde apa2 rintangan, kita boleh jumpa nanti.

Hmm... kv dok terbayang kenduri kendara sepupu sepapat yg penuh seminggu lps raya nanti. Hadiah tak gi cari lagi. Kawan pun ada yg nak berwalimatul urus ni. Byk undangan yg kena penuhi.;)

--------------------oOo--------------------

15 Comments:

Blogger AppleB said...

muahhahahahaha...mmg ko ganas la kalau sampai berkecai gitu. seganas-ganas aku pakai spec pesen frameless gitu paling kuat pecah dua je ahhahhhahahh

apa kata ko pakai contact lens pulak..mesti cun...hazel ka grey ka biru ka..ferfel ka muahhahhahaha

*lariiiiiiiiiiii*

8:18 PM  
Blogger Mummy Rizq said...

tu ler.. owang dah kata, bulan bulan posa ni jangan ler bergurau! haa... kan dah kena!

8:23 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

apple,
takat ni baru 2 kali spec aku pecah. Dulu masa aku sibuk dok ayun anak dlm buai.
Aku dah pernah pakai contact lens. Sebelum ada anak dulu, dah ada anak ni, semua nak cepat. Tu yg terpaksa buat spec semula. Tgk la nanti, mmg teringin nak pakai semula.Hiks.

mar,
ala..masa tu anak aku tgh tidur, kalo tak sibuk dgn dia la, pencegah maksiat tak bergaji. Hik hik hik

8:48 AM  
Blogger Alinlai said...

ada baiknya spek pecah tu...
1. bleh beli spek baru sempena raya
2. tak la bleh nak bershopping mopping sblm ada spek baru, jimat duit...

ke ke ke...

9:00 AM  
Blogger kasutVINCCI said...

alinlai,
ha ah kan, ada hikmah di sebaliknya. Hikss

9:32 AM  
Blogger pB said...

buleh la mintok abe belanjo ...

mitok hok jenis kaco hok buleh tuka tuka kaler...bilo tepak gelap , kaco tu jadi ceroh, bilo dok tepak ceroh, dio jadi gelap...

mitok alamat, nanti sms ko kak PB ok...

10:51 AM  
Blogger Sastri said...

keskeskes... sama la kita KV... sas penah terpecahkan spec sbb terduduk kat atas spec tu... spec yg ni pun dah mcm loose jer... nak wat baru kena ada bajet laa... kalau spec KV dah tak terang, baik tukar jer... kang pening kepala...

10:55 AM  
Blogger Nik Ha said...

Alosla mcm biasa kelih..he..he..makasih la KV sudi amik gamba kad raya tu. Malu lak ,glemer sket kat blog KV..he..he..

11:49 AM  
Blogger NBK466 said...

Cakap ajer nak beli speck RAYA..tak payah ler nak BUAT2 TERPECAH ler pulak..he..he..he..

p/s : Gambar pun kabur sbb takde spek??? he..he..he..

12:42 PM  
Blogger aNIe said...

Hehehe...tengok gambar tu kabur ingatkan sebab mata KV dah kabur...rupanya hp tu yang kabur...hehhehe...

Jadi hari ni KV dah jadi 'sombong'lah ye...hehehe...

12:56 PM  
Blogger Purpleheart said...

kv, su pun jenis manusia yang tak boleh pakai contact lens.. kelam kabut n kalut.. kalo macam tu ni memang tak boleh pakai yang frameless, alamat dah lama ancur.. dah beberapa kali terduduk, bingkai pun tak serupa bingkai!

2:50 PM  
Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

bab contact lens ni ingat lagi, sorg housemate aku dulu, memang rabun pun, belah kanan kiri power 1000 lebih, ade hati nak pakai contact lens, last2 tgk dia pakai memula tu, sampai terkencing2 aku dibuatnyer bantai gelakkan dia...muehehehe...

4:30 PM  
Blogger kasutVINCCI said...

kak pb,
yg jenis tu kv dah ada dulu. La ni pun masih ada lg. Tp dah tak terang lah.

sas,
mmg niat nak tukar dah. Tp plan lps raya sbb takut sibuk ramai org. Dah jadi gitu, terpaksa gak gi tukar. Nasib la awek kedai spec tu prihatin.;)

kak nik,
la...malu apa nya? Kv tunjuk kat blog sbb rasa bangga dpt kad raya dr rakan blogger.Hiks. Terima kasih kak.;)

nbk,
hahahahha...kv pun dpt spec raya. Yey yey!
Agaknya kena tukar henfon baru kut, nak kasi gambar lagi terang. Hik hik hik...bankrup ler.

kak lady,
harapnya org tak kata kv sombong lah. Heheheheh

sue,
kv pulak selalu kena langgar ngan hang nadim, habis senget2 frame dibuatnya.

RM,
apa la yg kawan RM tu buat sampai gelakkan dia begitu sekali?

2:02 PM  
Blogger NBK466 said...

Nak hp baru pulak yek...BUAT2 LER HP TERPECAH pulak cam cermin mata tuh KV..miah..ha..ha..

2:42 PM  
Blogger Ayu Mohamad said...

kv, selamat ari raya yer.. maaf zahir dan batin.. semoga kite semua selamat dlm perjalanan pulang ke desa tercinta bertemu ayahbonda..

8:55 AM  

Post a Comment

<< Home