4.04.2007

alhamdulillah

Syukur alhamdulillah. Penantian selama ini akhirnya membuahkan hasil pagi ini.

Bagi yg tau lbh kurang, hubby ada buat permohonan pecah bahagian tanah yg kami duduk sekarang ni. Tujuan kami nak buat loan sbb nak bina rumah. Disebabkan tanah yg kami duduk tu, mempunyai 25 ahli syarikat dlm satu geran, ada yg tak setuju. Puncanya lps pd ukur sempadan, dlm 180 depa lg kami terpaksa masuk dlm jajahan mereka selama ini.

Jgn salah sangka. Kami tak ambik bhg org. Just ambik bhg kami jer. Bila dorang ukur kembali mmg dah cukup pun tanah mereka dgn sempadan baru tu. Tp akibat dah bising pd awalnya dorang teruskan lah kedegilan dorang tu. Kami terpaksa guna khidmat lawyer utk dptkan kelulusan mahkamah. Hari ni, tak sampai pun 2 minit mil mengadap hakim, terus hakim sign sbb kami tak usik rumah sesapa dan takde pun perkara berbangkit. Alhamdulillah.

Dr semalam lg hubby dok kenaling (berdebar2). Dia mmg mcm tu. Cepat kalut. Kv hanya nasihatkan dia, kita dah ikthtiar, dah berusaha, dah berdoa. Tawakal jer lah. Serahkan pd yg Maha Berkuasa. Dia lbh mengetahui apa yg terbaik.

Pagi td, kv tak ikut hubby dan mil gi mahkamah sbb kv ada routine check up. SO, mil hantar hang nadim ke skolah dulu baru kami kluar dr rumah. Kv gi klinik sendiri. Semenjak hubby beli kancil ari tu, kv tak pernah bawak sorang diri. Selalunya kalo drive pun dia ada kat sebelah. Pg td, keraskan semangat. Seb baik tak terlepas simpnag. Hehehe. Alhamdulillah kesihatan ok. Cuma naik 4 kilo dr bln lps. Terkejut misi. Adoiii... cemana la nak kurangkan makan ni. Walaupun kurang nasi, tp kv byk mkn buah. Dan kerap mkn. Masalah betul. Dah sampai bln nanti tatau la naik berapa berat bdn kv. Risau weh!

Kv blk dlm jam 10.30. Sms hubby. Kejapan tu hubby call bg tau result mahkamah. Tak putus2 ucapan syukur dia. Alhamdulillah. Pastu kami masuk ofis. Mood hubby pun riang ria. Kalo tak haru nak memujuk nanti.

17 comments:

  1. wahhh..syukurlah semuanya dah settle.

    yg tang naik 4kg tu, meks no komen sbb dah tau ko tu asik makan jer ahahhahahahhaa.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga tercapai hajat untuk membina rumah sendiri

    ReplyDelete
  3. apple,
    alhamdulillah. Mmg syukur sgt2.
    HIks..harus aku jd tong beras nanti. Opss... tak sanggup ku pikir kan!

    Kopi suam,
    Insyaallah. Byk lg prosedur sebenarnya. Yg penting kami dah dpt perintah mahkamah. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah semuanya dah ok... berkat doa tu.

    dulu waktu MB pregnant, bila dah cukup 9 bulan.. berat naik 22kg. siksa nak turunkan balik. until now dah 2.5 years masih ada 4 kg blom turun...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...rezeki anak tuh orang kata...

    ReplyDelete
  6. Syukur....dan tahniah...rezeki Cuaca bila pun tak tau...

    ReplyDelete
  7. KV...alhamdulillah segala urusan yg merumit dan merunsingkan dah punselesai...semoga tercapai apa yang di inginkan...

    ReplyDelete
  8. Mar,
    risau gak pasal berat badan ni. Tp mulut asyik nak makan jek. Haru btul.

    abg shahrul,
    alhamdulillah..mungkin rezeki anak.;)

    cuaca,
    akan tiba suatu hari nanti. Yg penting kena ikhtiar, berdoa dan tawakal.

    kak lady,
    hehehehe... perasaan dah ok? Syukur bila tau KL takde masalah serius. Nanti kita sama2 decorate rumah sendiri.;)

    ReplyDelete
  9. kalau dah rezeki kita,takkan kemana.take care

    ReplyDelete
  10. suker nyer dale hati...
    biasanya orang yang benar akan selalu menang...

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar

    ReplyDelete
  12. Salam,
    lama tak singgah, alhamdulillah, semuanya baik..

    ReplyDelete
  13. mmg rezeki anak tu :P
    tahniah....

    ReplyDelete
  14. berkat kesabaran, syukur semuanya selesai dengan baik... :D

    naik 4 kg masa mengandung kira banyak ke? tak dikira ke baby membesar? sas ni tak tau sgt hal2 camni... :D

    ReplyDelete
  15. irfa,
    TQ

    kak pb,
    kebenarannya akan timbul jua.Kan?

    kak sya,
    terima kasih

    arena,
    sihat tak? Maklum ler baru balik dr london. Hehehe

    kakluna,
    terima kasih.

    sas,
    kv pun kurang tau jgk. Tp mmg tak elok sgt naik terlalu byk utk satu2 masa. Kv kena kurangkan kuantiti nasi dan minum air kosong jek. Hehehe. Jadi tong plk nanti.

    ReplyDelete
  16. dah besar dah hang nadim!

    ReplyDelete
  17. besalah tuh. nak memusakan hati semua orang tu susah.
    kita ikut cara positif, tp kalau orang nak negatif jugak....payah kan...

    ReplyDelete