kasutVINCCI

1.31.2007

CERITA SEMASA

Yuuhuuu..... walaupun pening2 tp kv masih lg sempat melayari blog kenkawan. Bukan apa, bila dah ralit skt dah tak ingat sgt pasal loya2 ni.

Kv masih ambik ubat tahan loya dan muntah. Risau gak sbb ada kawan2 tak galakkan kv ambik. Tp mengenang nasihat doc, kv masih teruskan lg. Sbb, kalau tak ambik ubat tu, kv langsung tak boleh makan apatah lg minum. Asyik nak kluar jerrr. Tak nak la jd mcm dulu. Siap kena tahan kat wad sbb tubuh dah kering dan urin kotor. Harapnya takde kesan sampingan la ubat tu. Hubby pun dah siap survey dlm internet bagai. Hiks

Sejak dok lagu ni, hubby mmg betul2 beri perhatian lebih. Semua kerja rumah dia buat sendiri. Mesin kain, jemur, goreng ikan, siang ikan (kdg2 MIL yg buat). Kv langsung tak boleh masuk dapur. Pening bau bawang. Pening bau sink, dan pening mcm2. Bau mulut hang nadim dan hubby pun kv pening. Padahal deme tu makan nasik jer. Mengada ngada sungguh alahan kv ni. Hahaha

Harapnya alahan ni tak berterusan lama. Mungkin 3-4 bulan dah ok kut. Harapnya gitu lah. Takat ni hubby ngan hang nadim byk bantu. Mmg kv rasa terharu sgt. Pastu rasa bersalah pulak sbb semua dorang kena buat sendiri.

Hang nadim pun, kalo kv muntah, cepat2 dia berlari ke bilik air. Nak urut belakang mama. Siap bawak tisu. Kadang2 tu tak sempat hubby dtg dia dah timbul dulu. Pas tu belajar buat susu sendiri. Tp kv tak kasi dia taruk air panas. Buat ngan air masak sejuk jer la. Kalo nak pegi mana2 dah tak sibuk ajak kv sbb dia asyik tanya "mama pening ker?"

Tp kalo tanya dia 'nak adik ke tak?' mesti cepat2 ckp takmo. Hahahaa... kv tatau la dia ckp betul2 ker atau dia main2. Harapnya dia akan bertanggungjawab pada adik dia nanti.

Perkembangan kat sekolah pulak takde la dasyat sgt. Tp dia boleh ikut arahan cikgu. Selalu bercerita mcm2 kat skolah dia tu. Cikgu suh wat barisan la. Cikgu suh bangun duduk la. Budak tu menangis la. Budak tu kena marah la. Mcm la dia tu tak bermasalah sbb semua cerita org. Hehehe.

Kat rumah pulak baca alif ba ta masih tak hafal. Tp baca alfatihah dah ingat walaupun sebutan dia masih keanak anakan. Kiyut sgt dia baca.

Itu jer lah crita kv. bye semua.

--------------------oOo--------------------

1.28.2007

SINGGAH SEKEJAP

La ni, jengah blog mmg jarang. Tp bila pikir en3 yg tinggal tu dah basi, kv gagahkan jua menaip walau pun melalut. Hehehe..

Kv alahan teruk. Tp kalo nak banding masa first dulu, kali ni lebih baik. Harapnya takde la melepek jer.

Kelmarin tido satu hari sampai sakit badan. Muntah dan pening. Hubby ajak keluar ambik angin. Teringat kat husband alyn yg eksiden motor tu kami tak gi ziarah pun lg. Ingat nak pi rumah dia.

Before tu singgah kb mall (kwang kwang kwang) kejap sbb nak beli sandal. Kv kan selalunya pakai high heel (tp kat ofis selipar jepun jer), tu yg nak cari sandal yg selesa.

Tp kat kb mall tu alahan kv mmg teruk la pulak. Yer lah, bau mcm2. Sebelum ni best jer bau tomyam dan laksa penang. Kelmarin mmg teruk pulak bau dia. Cepat2 ansur ke kereta sementara hubby ngan hang nadim beli wafer utk bekal hang nadim.

Sampai kat kereta tu apa lg. Seb baik mmg dah sedia plastik bag dlm kete (ikut pengalaman lps)

Call alyn, tp dia nak kluar kejap. Malas nak tunggu, kami pun balik rumah. Hubby singgah beli steamboat yong tauhu. Sampai kat rumah mmg lembek. Seb baik dapat tgk sambungan majalah 3. Alhamdulillah, dpt la tgk norzie dan aidid mengerjakan haji. Bila la kv nak sampai ke sana. Mudah mudahan suatu hari nanti.

Itu jer lah en3 merapu kv. Pagi ni rasa ok skt sbb telan ubat awal. Kalo tak mmg melepek dah.

Ok, adios amigos.

--------------------oOo--------------------

1.22.2007

MUNGKIN BERITA BAIK

Alhamdulillah... mula2 syukur kv panjatkan padaNYA. Mungkin penantian kv selama ini tercapai sudah. Harapnya takde apa2 masalah.

Pd posting yg dulu, mar ada tegur sama ada kv peknen ke tak. Tp kv tak berani nak jawab. Sbb nya, sampai ke hari ini pun kv tak gi check kat klinik. Cuma dah lewat seminggu tu, kv beli tester kat farmasi. Bila check tu, dua line timbul. Bersorak hubby.

Kv pulak bercampur baur perasaan. Tatau apa yg kv rasa. Hehehe. Dah tu, kv tunggu sehari dua sebelum gi check, tp asyik tak jadi pegi saja. Sekali pegi, doc takde. Tu yg tertangguh jek.

Tp... dua tiga hari lps tu mmg kv mengalami alahan yg teruk. Sampai ke hari ni. Selalunya mmg gitu lah. Mungkin lps ni jarang kv buat en3. Tgh mabuk kan. Kelmarin, sbb dah tak larat sesangat, asyik muntah jer, kv gi klinik. Doc pun malas nak check sbb kv dah check pakai tester tu. Terus doc hitung harinya. Insyaallah, kalo tak de apa2 masalah mungkin september (sebelum puasa ni) akan lahir adik hang nadim. Kiranya dah 7 minggu lah sekarang. Doc bagi ubat tahan muntah dan loya campur pening. Makan ubat tu buat kv tido jek. Dalam sejam lbh ke dua jam. Pas tu dah ok. Ni yg boleh buat en3 ni. Hehehe

Itu lah, harapnya kv tak mengandung fantasi lah kan. Heheheh.. sesekali terpikir, ye ke aku ni peknen?.

Kelmarin jgk (ahad), besday hang nadim ke 4 tahun. Kv tak buat apa2. Beli kek jer sebijik. Kemain happy dia tiup lilin. Gambarnya kv lupa bawak digicam pulak. Nanti lah. Plan memula tu nak wat satay dan goreng mihun. Nak ajak kengkawan dia. Tp kesihatan tidak begitu mengizinkan. Langsung tak buat pape. Hehehe. Kesian dia. Tak pe lah, harap dia faham. Kek tu kami bahagi bahagikan kat jiran2 (kenkawan dia).

Buat hang nadim (danish), mama harap abang membesar menjadi anak yg berguna kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara. Jadilah kebanggaan Mama dan Abah!

--------------------oOo--------------------

1.16.2007

HANG NADIM DAN SEKOLAH

Hehehe.. hari2 mmg kv gelak sakan kalo dengar ceitera hang nadim pi skolah. Hari memula gi tu, berebut pencil kaler. Dah beli pencil kaler pun kat dia. Besoknya pulak nak beg skolah trolly la pulak. Sbb ati (kwn dia) ada beg hat lagu tu. Mlm tu kemain kami rush gi cari beg skolah bertayar. Takut dia takmo pi skolah pulak. Hiks

Hari ketiga, MIL cuba tinggal (hari pertama dan kedua tunggu penuh sampai kul 11). Dia tatau MIl cabut, menangis carik. Tp ada parent budak lain yg pujuk, pastu dia dah ok. MIL gi kul 10.30 tu dia dah nampak cam enjoy jer. Heheehe. Balik skolah tu dia ckp minum air bilo (milo) kat skolah.

Hari jumaat tu, mengamuk nak pi skolah. Penat pujuk cakap yg cuti dua hari. Bukan nak paham pun alasan org. Last2 balik rumah mak kv baru dia ok. Ari sabtu tu dah ok. Tp bimbang gak hari ahad takut dia takmo pi dah. Tp ok jer ahad tu tp takmo kasi MIL balik. Pujuk2 tu, dia pun ok. Tak yah tunggu dah. Kelmarin pun dia lg ok. Harapnya ok yg berterusan lah.

Ramai ckp, bebudak ni lain peel dia kat rumah dan kat skolah. Kalo hang nadim mmg berbeza. Sbb bila MIL balik (lps hantar dia) dia ikut jer arahan cikgu. Suara yg kuat lak tu. (Cikgu yg cakap). Hehehehe.. mmg suara dia nyaring sesangat. Boleh sakit kepala dibuatnya.

Pagi bangun pagi2, semangat kemain nak pi skolah. Siap training nak mintak gi bilik air ngan cikgu. Pastu siap dok ucap ayat2 suh MIL balik jaga kedai runcit. Kalau dengar apa yg dia ckp, mmg lega hati. Tp masalahnya dia cakap tak serupa bikin. hahahaha...

Tp takpe lah masih boleh dimaafkan sbb dia kecit lg. Dia pun byk dah beri kerjasama. Harapnya keadaan makin ok lah tu. Lega hati kv bila hari ke hari perkembangan dia makin positif. ;)

p/s: kv tak blh nak snap gambar dia pakai uniform skolah lg sbb dia belum dpt kain. La ni dia pakai baju melayu raya ngan kopiah biasa jer. nanti dah ada, harusss kv publish kat blog.;)

p/s/s: MR tenkiu sbb syor kat kv cara nak buat en3 baru.

--------------------oOo--------------------

1.14.2007

MACAM - MACAM

Hari ni, kv masih lagi boleh berblog. Hehehehe...harus kempunan kv nanti kalo tak dpt melayari blog kengkawan. Keadaan cam biasa lg. Harapnya kekal mcm tu lah. Kv pun rasa byk yg positif pd perubahan kali ni.

Sebenarnya dah lama kv nak kluar dr bilik kv dulu tu. Sejak blackmail awal tahun lps lg. Tp bos kv (ex boss) tak kasi sbb katanya nanti malaun2 yg dengki + khianat bersorakan. Bila dah buat rombakan besar besaran gini, ni lah peluang kv nak kluar dr bilik tu. Hehehe.. sekarang ni kacang hantu tu dah takde alasan nak fitnah kan kv. Byk hikmah disebalik kejadian. Cuma kv yg tak perasan.

Kelmarin gi kb mall (hahahahahahahha) ingat nak shop2 kasut. Sbb kasut kaler biru dah hancuss. Ingat nak cari ganti. Tp yg ada offer tak berkenan la plk. Yg berkenan plk takde size, pastu takde stok. Last2 tak beli satu pun. Selamat duit kv. Padahal hubby dah bagi kebenaran tu. Selalunya punya la susah dia nak bagi lampu hijau. Hehehe

Kelmarin jugak buat kv tersenyum sepanjang malam. Tp biar lah rahsia. Sampai masa nanti kv cerita kat blog.

Eh, tkde benda la nak crita. Nanti lah ada idea, kita cerita pjg2. Wokeh!

--------------------oOo--------------------

1.11.2007

SEDIKIT PERUBAHAN

Kelmarin bos bhg kv panggil kv utk bincang. Katanya puak dewa dewi dah bersetuju utk jd kan bilik kv sbg bilik komputer kat bhg kv. Sebelum ni masing2 ada komputer dekat meja sendiri.

Kv pun tak kisah lah sbb apa lah yg mampu kv buat. Kv menghuni bilik tu pun atas arahan dr pihak atasan atas sbb tugas2 kv yg memerlukan sedikit privacy. Kv pun, dah siap diskas ngan bos tu terus arahkan anak buah kemas segala brg. Meja dan rak kv diusung keluar dan semua komputer di masukkan ke dalam bilik tu.

Kv malas nak omel sbb dah dewa dewi putuskan gitu kan. nanti org ckp kv tak sedar diri plk. Masalahnya, bila dah buat bilik komputer gitu, sapa2 pun boleh gunakan komputer yg ada kat bilik tu. Sebelum ni masing2 ada data kerja sendiri dalam komputer masing2. Yg tak tahannya, dah masuk budak2 training nanti harus hancur komputer tu. Yer lah, kami bukannya setiap masa ada kat ofis. Bukannya boleh pantau selalu. Nanti hilang semua data harus menangis nanti. Hahahaha. Kv dah masukkan password utk on pc dan hibernate password jgk. Mintak tolong hubby.

Kv masih boleh berblog sbb kv lpk kat bilik komputer. Susah2 sgt kv bawak laptop hubby jek. Harta sendiri, baru senang nak bertenet. Lg pun ada point kat meja kv tu (kat tempat baru). Yg susahnya dah tak boleh nak ber YM sbb kv bukannya ada di bilik komputer sokmo. Heheehe. Hubby dah plan nak install streamyx kat rumah. Tp nak ejas desktop dulu. Hehehe

Harapnya, kv masih boleh berblog. Itu jer. kalo tak harus kv mati kutu kat pejabat ni. Hahaha

Masalah remeh temeh kat pejabat kv bukan apa sebenarnya. Ada manusia tak puas hati dgn manusia lain dan big boss pulak hati daun kayu. Mcm lalang, tak tetap pendirian. So, anak buah kerja dgn takde mood. Hati tak senang, kerja pun tak ikhlas. Bukan pasal kes kv bilik komputer ni jer, tp byk benda lain lg yg tak ada logikal. Hmm...ntah ler. Nasib org bawahan kan. Hehehe

eh, jgn salah faham tau. En3 ni sebenarnya kv nak cerita yg mungkin kv kurang masa utk berblog. Itu jer. Yg merapu meraban tu, abaikan lah.

--------------------oOo--------------------

1.09.2007

HUJAN.

Dua tiga hari ni awan mendung (gelap gulita) dan angin kencang. Hari mula2 tu hujan lebat dr ptg membawa ke pagi dan membawa ke ptg. Dah naik air pun sesetengah kawasan. Tp lps tu hujan rintik2 dan angin kencang. Kalau mcm selalu, angin tu bawak awan sarat ke bukit, hujan kawasan ulu, paras air sungai kelantan akan naik dan kota bharu akan banjir air sungai. Kelmarin, kebetulan ada sikit kerja kat kota bharu, kami pusing jgk kawasan tambatan diraja (mcm pelantar) dekat sg. kelantan tu. Air dah melimpah ke pelantar tp masih belum naik ke jalan. Gambar tak sempat nak ambik sbb takde tempat parking. Org dah ramai pakat pi tgk air melimpah.


Gambar ni kabur skt. Kv snap masa on d way nak gi kerja. Sawah padi dah jadi mcm laut.

Dlm pd cuaca tak brapa elok tu, kelmarin kv join gak bebudaks tgk basikal jelajah malaysia. Ala, tunggu depan ofis jer. Kesian kat istana kristal, terperangkap dlm sekatan jalanraya masa nak mai lunch ngan kv. Heheeh. Sabar la noh.

Para peserta tgh melalui depan ofis kv. Err...masa ni kv dengar bunyi 'prak' (bukan keifli af tau). Ingatkan apa, rupanya ada peserta yg putus rantai basikal.




Lagi senario kat situ. Musim2 hujan ni tak ramai org keluar tengok. Hehe

HANG NADIM DAN SEKOLAH

Habih cerita hujan. Kv nak crita pasal hang nadim plak. Sebelum ni, mmg kv berniat sgt nak hantar hang nadim ke tadika walaupun umur dia baru 4 tahun tahun ni. Yer la, nak suh dia boleh bercampur ngan rakan sebaya kan. Tp hubby tak berapa yakin dan kv kurang mendapat sokongan. Tu yg asyik tertangguh jek.

Ari sabtu lps, jiran kami gi ke kedai runcit MIL, dia ajak hang nadim join anak dia ke tadika (sama umur ngan hang nadim). Kv dah excited dah. Peluang bagus lah kan sbb dia ada kawan.

Tp bila bincang ngan hubby, dia masih kurang yakin mengenangkan peel hang nadim tu. Hehehe. MIL selalu diam jer. Kami pun decided nak tanya khabar kat ayah Ati (kwn sebaya hang nadim tu) mcm mana posedur sekolah tu (tadika yayasan negeri). Ye lah, hang nadim ni kalau kita ajar sekejap jer dia ikut pastu byk main ke lain. Lagu Pencinta Wanita plk yg dia nyanyi. Siap ingat lirik plak tu.

Lps mai kerja kelmarin, MIL call hubby tanya surat beranak hang nadim kat mana. Terkejut gak kami, ingat kan apakebenda la plak kan. Rupanya MIL nak daftar kan hang nadim skolah tadika sbb naim (5 tahun) pun skolah kat situ. Ramai la jgk yg hang nadim kenal.

Mmg sepanjang hari tu kv tersengih jer. Betapa gembiranya hati sbb MIL sudi menguruskan hang nadim. Hehehe. Cucu sorang kan. Patutnya kv ngan hubby la yg buat tu.

Kv dok terbayang cemana la perilaku dia kat skolah tu. Kalo kat rumah mmg byk la auta dia. Hehehe..siap dok training " cikgu, nak pek cikgu!" (minta susu botol ngan cikgu). mmg dia selalu gelak sakan bab tu.

Balik dr kerja dia tgh tido. Agaknya penat gi skolah kut. Hahaha. Dah bangun tu, kv tanya dia cemana gi skolah. Dia ckp best! Lega hati kv.

MIL cerita yg dia tunggu hang nadim sampai habis. Tp dok jauh2. Hang nadim ikut jer arahan cikgu. Katanya cikgu angkat tangan dan cakap A aaaa (sambil buat aksi cikgu)Tak mcm kat rumah. Dia ikut cikgu ajar. Fuh..lega kv dengar.

Tp yg tak best nya MIL cerita dia berebut pencil colour ngan ati dan naim. Hehehe. Hang nadim hanya ada beg skolah jer. Benda lain belum ada lg. So, mlm tadi kami gi beli keperluan skolah dia. Mmg tersengih pjg dia bila dpt pencil colour. Balik tu siap kaler buku mewarna. Tp cepat boring. Hehe

Ni ler rupa beg skolah hang nadim. First day pegi, dia bawak yg kecik tu. Sbb takde barang apa kan. Hari ni mungkin dia bawak yg power rangers tu plak sbb dah ada buku mewarna, pencil case dan kaler pensil dan botol air. Dah siap kv kemas beg dia tu, dia simpan sendiri kat atas rak kasut tu. Senang nak capai lah kononnya.

Pagi ni mmg semangat dia bangun tidur nak pi skolah. Tp nyonyot botol susu tak lupa tu. Hahaha. Siap tanya bas skolah dah mai ke belum. Kuat sungguh imajinasi.

Harapnya dia boleh berkawan ngan baik kat skolah. Hati ibu sentiasa risau, kan?


--------------------oOo--------------------

1.07.2007

CERITA BASI CUTI AIDILAHDHA
(disclaimer: en3 ni mungkin pjg sket. Tarik nafas pjg2 yer!)

Maaf lah yer. Walau pun en3 ni dah agak basi, tp sbb bermcm masalah teknikal, baru kv boleh bercerita fasal cuti2 aidiladha.

KHAMIS ( 28 Dis 06)

Kv dan hubby blk rumah mak sbb ada jemputan saudara utk menghadiri majlis akad nikah. Hang nadim terpaksa tinggal dgn MIL. Karang dia meraung dlm masjid tu tak ke haru.

Sesi akad nikah sedang berjalan. Alhamdulillah dgn sekali lafaz sudah selesai.


Kv sempat bergambar ngan pengantin. Sebenarnya, pengantin lelaki tu sedara kv. Pengantin pompuan tu mmg kemceng kv. Kami betiga mmg sekelas dari darjah satu sampai tingkatan 5. Tak sangka mereka berjodoh, kan? Ketentuan Ilahi, sapa yg tau. Alhamdulillah.

JUMAAT (29 Dis 06)

Selesai brung brang kat rumah MIL, kami (kv, hubby dan hang nadim) bertolak balik rumah mak sbb nak gi kenduri pulak. Kami kan sebelah lelaki, org kelate panggil 'belarak' maksudnya perarakan la kut. Heehee


Masa ni tgh berkumpul kat masjid. Sambil2 tunggu ahli rombongan yg belum sampai.

Hang nadim dan sepupunya hidayatun Nisa sempat berposing di pelamin.


Kv & geng sempat gak berposing ngan pengantin. Terasa mcm majlis reunion plak sbb boleh jumpa kawan2 lama masa skolah dulu. Mmg best la. Tak habih nak bercerita.

AHAD (31 Dis 06)

Raya haji. Kv goreng mihun dan dan keropok pastu buat popia. Tu jelah menu org tak reti masak kan. Hahaha. Ketupat dan tapai pun MIL tak buat. Punya la tak meriah raya haji tahun ni.


Hang nadim posing ngan baju raya + pistol air baru. Tp 'topi' (kopiah) tak sempat nak pakai.

Kami posing tiga beranak. Punya la susah nak bergambar gini sbb takde org nak tolong ambikkan. So, hubby set siap2 letak digicam tu atas tong keropok, cepat2 dia lari duduk join kami. Hehehehe..berjaya jgk kami bergambar utk hari raya. Kenapa baru terpikir nak wat gitu ah?. Agrh.... betapa rugi nya utk sebelum2 ni. (Err...nampak tak betapa kecit nya hang nadim. Nampak sgt kami ni besar2 gajah. Hahahahahahaha)

Pastu kv gi kat acara korban lembu. Che ambik satu bahagian. Kemain byk lg gambar kv ambik. Tp bila hubby masukkan dlm lap top dia, terus di makan oleh virus trojan yg tak berhati perut tu. Frusttttttt.....

Pukul 1 baru daging hubby bawak balik. Kv dah dekat2 nak lena dah. Hang nadim pun kecoh nak balik rumah mak. Ala, apa lg, nak main ngan sepupu sepapat dia tu lah.

Siap gorang lauk, kv ngan hubby lunch dulu. Pastu isi brg dlm kete. On d way tu try call IV. Mana la tau, kut2 ada rezeki blh jumpa. Nasib baik IV dan abg nik pun on d way blk rumah che. Kami pun singgah la. Mmg niat singgah tu tak lama, sbb dah janji ngan adik beradik yg dok tunggu kat rumah mak nun.

Kat rumah Iv mmg sekejap jer. Dpt la jumpa LC. Dulu kan jumpa LA jek. Tp ari tu, LA tido la plak. Kv terlampau kenyang sampai tak sempat nak merasa spagetti IV. Mmg tak boleh telan daa. Hang nadim yg makan skit. Hubby pun langsung tak boleh. Perut dah sarat weh.

Hehehe...Nak kasi jeles ngan kak syikin, kv letak gambar ni kat blog. Err... abaikan LC yg seksi tu yach! Maklum ler kawan tu baru bangun tido.

Dah kat rumah che IV tu, kami bergegas blk rumah mak kv. Sempat jumpa kakak kv yg dah naik kete nak blk rumah MIL dia. Dah beraya dgn mak tu, kv pun masuk dapur. Ratah2 lauk sambil teman mak dan kak chik makan. Pas tu kv gi rumah kakak kv yg sorang lg tu. Lama lepak kat situ. Hubyy bantai tido kat rumah. Penat makan daging!

Pagi raya kedua hubby ajak gi mandi pantai. Punya la sronok bebudak. Kv bungkus nasi goreng dan ketupat pulut goreng. Sarapan kat pantai. Punya la seronok hang nadim main. Mula2 tu mmg dia takut sgt dekat ombak. Kena paksa ngan kami terus jd berani buta tuli plak dah. Haru btul budak tu. Tp gambar kat pantai pun dimakan virus trojan gak. Termasuk gambar lagun semerak tempat org cari lokan tu. Punya la lawa pemandangan kat situ. Oh ya masa kat pantai tu kami sempat gali pasir cari remis. Byk la jgk dpt. Kelmarin baru kv masak. Hehehe. Asyik tak sempat saja naa. Byk menu lain.

Hang nadim tgh mkn burger on d way balik dr pantai. Kv cari gak org jual lokan, tapi takde la plak. Masih raya kan. Last2 beli satar ajer.

Pastu kawan kv call ckp ada udang galah. Dah naik skit rege dia. RM 23 sekilo. Selalu RM 20 jek. Tp tak kisah lah kan. Bukannya mudah nak dpt stok udang galah liar ni. Kalau yg bela pun dah RM 20 sekilo. Kecit jer. Yg ni besar2.

Waa...bestnya. Ada lagi 2 ekor. Nak masak apa ek. Masak ngan meggi la. haha


--------------------oOo--------------------

1.04.2007

RUMAH BARU

Sempena tahun baru ni, kv dah renovate rumah kv. Lawa tak? Actually, bukan kv yg renovate sendiri, kontraktor tu offer baik punya. Kv pun apa lg, kecit tapak tgn, kb mall kv tadahkan (wei MR, bila nak mai kb mall ha?)

Lawa kan? Td dia sms, tak puas hati sms, dia call pulak. Mmg komited betul dia kan? Weh MR, suara mu ayu gitew. Mek terpesona la. Hahahaha

Kv tak buat en3 baru la. Ingat nak buat en3 raya mcm yg dok janji kelmarin. Tp, hubby tak copy semua gambar yg kv nak dlm memory stick sony tu. Tak best la takde gambar. Minggu depan yach.

MR, trima kasih la noo. Hang banyak tolong aku. Nanti aku emel kat hang apa yg aku nak tau tu. Terima kasih tu, terima kasih daun keladi, nanti aku mintak tolong lagi. Hehehe

Sampai di sini dulu. Selamat berhari minggu naa. Sehingga jumpa lg.

--------------------oOo--------------------

1.03.2007

SELAMAT TAHUN BARU

Salam semua. Kesempatan ni kv nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kpd kawan2 semua. Walau pun ari ni dah tiga hari tahun 2007, harapnya masih belum terlewat kan?

Sudah tercapai kah azam tahun 2006? Apa kah azam tahun 2007? Kv takde azam. Hehehehe..mungkin bunyi nya kurang syok. Tp itu lah kv. Kalo org tanya apa azam kv, mmg tak boleh jawab lah. Cuma kv berdoa semoga sihat sejahtera, lebih positif, terus bahagia dan impian2 tercapai lah hendaknya. Cerita bab impian ni mcm2 impian kv dan hubby. Tp tgk keadaan jgk la. Kalo berjaya nanti, kv cerita.

Tahun 2006 byk memori suka duka dlm hidup kv. Semua org pun mcm tu kan. Plg perit nak melepasi fasa ketensionan pasal blackmail pd awal tahun. Pas tu dihujung tahun plk kv tak berjaya mendapat jawatan yg kv dok idam2 kan. Senioriti menjadi keutamaan. Nampaknya dah tua besok la baru naik pangkat. hahahha..takpelah, kita dok nak sgt benda tu, padahal Allah swt lbh tau apa yg terbaik utk kita, kan. Kv redha. Perkara gembira pun byk jgk. Mudahnya, 2006 yg kv tinggalkan ini penuh warna warni lah. Plg best, dpt kenal dan jumpa rakan2 di alam maya. Mcm dah kenal mesra bertahun tahun. Syukur!

Kv sebenarnya nak buat en3 cuti2 aidiladha. Tp memory card tak boleh bukak plk dah. Tak best ler kalo takde gambar. Besok lah. Kv copy dlm pendrive dulu sbb gambar2 dlm digicam hubby dah saved dlm lap top dia. Digicam tu dah kosong dah.

err..ada sapa2 yg kena darah tinggi sempena aidil adha ni tak? Heheheh... makan daging (yg masih berbaki) tu, beringat ingatlah yer.

--------------------oOo--------------------