kasutVINCCI

5.31.2006

SITI NUR HALIZA

Sejak kelmarin, ofis kv kecoh dengan statement pakcik Ibrahim Deraman, 81 tahun atau dengan nama lainnya (panggilan mesra kat kampung) Pak Him yang mendakwa beliau merupakan ayah kandung siti. Hik hik hik

Masa kv tgh sebok blogging, hubby mai bilik kv dan bukak harian metro dlm internet. Ingat berita apa dia nak tunjuk. Sambil gelak2 pulak tu. Suspen di buatnya. Bila baca artikel tu, kv pun tergelak sama. Kesian kat siti, pakcik yg dah tua nyanyuk pun nak interframe jugak.

Dalam artikel tu, dakwaan dia bahwa anak dia berumur setahun lebih, nama Za dan diserahkan pada sorang polis nama Din di Balai Polis Bukit Yong (dekat kv selalu makan nasi ulam dan ikan darat tu) lebih kurang 25 tahun yg lalu. Za ni anaknya bersama isteri yg bernama Semah. Dah kena la dgn za=siti nurhaliza, din=tarudin dan semah=siti salmah bachik tu. Masalahnya takkan makcik siti salmah tu sekali dia serahkan kan pada polis din tu. Hik hik hik

Aduhai, pakcik ni..tak pasal2 nak glamour jugak dia rupanya. Kami pakat dok gelak bila terkenang kan kampung dia sama ngan ofismate kami J. J ni mmg kelakar org nya. Masalahnya, sampai la ni kami tak jumpa pun lagi si J ni untuk mendengar ulasan dari dia. Dah terbayang lawaknya.

Bila dirisik risik rupanya Pak Him ni peniaga atau penjaja ubat ubatan tradisional. Ramai gak yg kenal atau perasan dengan wajah dia. Hanya kv sorang jer yg dok ter imagine rupa Pak Him tu cemana. Masih tak mai rupa dia dlm minda kv ni.

Baca paper hari ni pulak (harian metro), anak2 pak Him buat kenyataan menafikan dakwaan ayah mereka. Kesian pulak kat anak2 Pak Him tu bila diingatkan. Hik hik hik. Nak tergelak pun ada. Ingatkan, besok kami nak pusing la pasar minggu cari yang mana satu Pak Him ni. Dah terbayang dah, org ramai mengerumuni dia yg tgh dok jual ubat tu. Maklum lah, ayah kandung Siti Nurhaliza. Penyanyi tersohor tu. Kekekekekeke

Kv sebenarnya dan plan nak ambik gambar pak him tu. Nanti boleh share ngan korang. Ambik pakai camera phone mungkin dia tak perasan kut. Masalahnya, Pak Him dah melarikan diri ke rumah sedaranya akibat tak tahan di usik kawan kawan. Hiks..

Nanti lah kalau ada kesempatan, kv cuba. Kalau takde aral la. Kang tak pasal2 kv kena kejar ngan Pak Him tu semata mata nak ambik gambar dia.

Kesian siti kan. Itu lah bayaran yang perlu dibuat bila menjadi org glamour ni. Kv tak minat siti. Sekadar dengar nyanyian dia jer. Boleh lah. tapi kv harap siti sabar dlm menempuh dugaan ini.

Tak sangka tempias glamour berada dekat2 saja ngan kita. Hikss

--------------------oOo--------------------

5.30.2006

BADMINTON

Yehaaa...dah lama hajat kv nak bersenam bagai ni asyik2 tertangguh jer. Petang kelmarin dapat la main badminton. Hubby siap angan2 ni, kurus la gamaknya lepas ni. Hik hik hik...

kat belakang rumah kami tu ada sikit kawasan lapang. Dah ditumbuhi rumput yg mening. Mcm lagu bangau oh bangau tu. "Rumput pjg sgt, rumput pjg sgt". Agaknya mcm2 hidupan ada dlm tu. Sbb rumput tu pjg, kerna che dah tak pelihara lembu. Selalunya lembut dia tambat kat situ dan makan rumput2 tu.

kebetulan pulak ofis nak buat match badminton seminggu dua lagi, kami pun dpt idea nak main badminton kat rumah. Nak cari balik stamina yg dah hilang tu. Bak kata ofismate kat hubby, skill tahap mana pun kalau stamina takdak, tak dan habis game, pacit punya lah. Hik hik hik.

keliling kelalang rumah kami pun bebudak dok main badminton gak. Tu yg tambah semangat kami nak buat court tu. Hubby pun mesin la rumput kat belakang rumah tu. Tapi tak sempat nak main ptg tu sbb hari nak hujan.

Kelmarin baru boleh main. Kv masak dinner cepat2. Gantung net dan main lah kami suka ria. 5 minit pertama tu rasa cam nak putus nyawa nih. Semput lah. Pas tu ok la. Lama sikit dah tak larat. Hang nadim pun sibuk ngan racket dia. Nak join sama.

Masa main tu kv tak sedap badan sbb demam selsema. Tapi bila kita melompat bagai ni, hawa panas dlm tubuh tu berebut rebut keluar. Teringat masa skolah dulu, warm up sebelum main. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas. Mmg berfungsi lah kaedah tu. Hikss

Org azan maghrib baru kami berhenti main. Rehat kejap sambil makan tembikai kuning. Sedap sgt. Rangup ni. Tak yah minum air sebab tembikai tu dah penuh ngan air kan. Nanti ptg ni balik kerja nak singgah beli lagi la tembikai kuning. Hubby pun dok sibuk nak beli tembikai wangi yg petani baru petik on the way weol balik kerja (tanam tepi jalan, tu yg weol tau bila dia kutip buah). Masa seminggu pertama pengutipan tu la yg best sebab buah dia rangup dan manis (buah yg pangkal sulur). Bila dah lama, buah dah kurang sedap ( hujung sulur). Selalunya lepas main kemain minum air. Bila bangun terasa air tu bergerak gerak dlm perut. Tapi kelmarin. sbb makan tembikai dah tak rasa sebu. Yey..satu try yg menjadi.

hari pun dah tak sabar nak main badminton lagi. Harapnya tak hujan sbb la ni kan musim hujan perolakan. Panas kemain sebelah pagi dan belah petang hujan beserta petir (cam cikgu geografi lak).

--------------------oOo--------------------

5.29.2006

Ari ni kv nak merapu meraban apa ek. Hmmm...nanti sat na, pikir dulu..

"
"
"
"
Owh..kejap jer pikir, terlupa nak citer (mcm la korang nak tau, hiks), masa gi kb mall petang sabtu tu, kv tgk byk betul sales. Kat ground floor level tu tgh promosi handbag dan kasut bagai nih. Waaa...start rambang mata neh.

Teringat kat Butik Bonia, maybe ada sales kot. Wink wink wink..Keh keh keh. Boleh lah ngabis kan duit hubby sket. Lalu depan bonia tu, kv dah rasa cam nak terlompat, ada sales you!

Sebenarnya dah lama kv berangan angan mat jenin nak beli satu handbag bonia kaler pink yg ada sulam2 bunga ros tu. Ye la, handbag kaler pink yg kv ada tu dah lusuh sgt. Maklumlah beli yg murah sajork.

Dulu, kv rasa nak beli masa sales yg lepas, tapi hubby tak kasi. Walau nak camana sekali pun, tapi bila hubby tak kasi beli, kv pun tak beli lah. Rasa semacam jek kalau beli. Lepas tu, bila kv asyik dok merengek rengek (Cam MR tuu) hubby pun setuju la suh gi beli. Suka lah.

Tapikan, rasa bersalah pulak kalau beli time tak sales. At least kalau ada less 20% pun ok gak kan. Tu la yg kv dok tunggu sampai tibanya mega sales. Bila dah ada sales tu, kv pun bukan main syok lah. Tapi g sedihnya patent yg kv dok idamkan selama ni tu dah kehabisan stok. Aduhai.....sedih beb! Hubby suka lah sbb tak abih duit.;(

Patent yg kv nak tu hanya ada nk kata purple pun tak jugak, cam kelabu. Tak kisah lah, tapi tak berkenan kaler tu. Beza dia mahal lagi 100 dari yg kv nak tu. Pas tu dah frust, kv nak ambik yg bulat (cam botol tu). tapi hubby tak berkenan. Kalau nak, ambik yg kaler purple tu katanya.

Hmmm..takmau la kv. Mahal lak jadinya. Pas tu bukan kaler pink. So, selamat la duit hubby. Sedih maaa...

Takkan lah kv nak gi kl semata mata nak beli handbag tu...kan?

Pusing2 tgk kasut lelaki cam lawa gak. Ada offer 50%. Ingatkan nak beli utk hubby sempena anniversary. Tapi hubby tak mau sbb dia baru beli Dr.Cardin. Hik hik hik..selamat gak duit kv. So ari tu, takdelah goresan kad kredit. Alhamdulillah.

Pas tu kan, masuk Pasific nak beli sikit groceries. Tgk auntie tu pakai spec cam lawa gak patent dia. Kv pun dah boring dgn gaya spec kv ni. Kecik tanpa bingkai. Dah la senget sengat dikerjakan hang nadim. Masa dok bergurau senda ngan dia, selalu spec kv la yg jd mangsa. Ingat nak gi buat spec bingkai segi empat kaler hitam lak. Ranggi jugak kut. kekekekekee. Tgk la bulan depan. Selalunya kalau tanguh2 terus tak jadi. Hiks..

Ari tu rasa cam nak gi buat contact lense jer. B4 kawen dulu kv dah pakai contact lense. Dah ada anak ni, semua benda nak cepat. Tu yg terus pakai spec. Pas tu terasa gatai nak pakai lense semula. Tapi bila dgr ramai yg ada masalah mata akibat lense tu (mcm misha omar tu siap kena operate bagai ni) naik seram gak. Tak jadi la buat sementara waktu ni.

Hmm...hari ni kv rasa tak sedap badan jek. Actually dah seminggu demam manja2. Lite lite sajork. Ye la, rasa nak demam terus makan ubat. Maka demam pun dah larat. Sakit jiwa gak. Tekak rasa perit sgt. Mintak2 jgn batuk. Tension batuk2 nih. Masalahnya tgh menaip ni dok kong kong kong, batuknya. Tadi mintak tolong ofis boy gi beli strepsils yg kuat sikit tu. Kalau beli kat klinik seringgit sebiji. Kalau farmasi sebelah dia tu 1.30 sebijik. Mrasa la farmasi kat depan ofis kv hanya 7.90 utk 24 biji. Nah rasakan hanya 30 sen sebijik. Tipah tertipu bang! Patut la doktor jali tu kemain besar rumah dia. Chess!

tu jer lah kut cerita hari ni. Dah time lunchy ni. Selamat menjamu selera naa. Opss teringat telur penyu yg my boss kasi, best nyer. Nyum nyum nyum. Ada yg tak boleh makan eh?

--------------------oOo--------------------

5.28.2006

HANG NADIM DAN BOWLING

Pemula cerita kv nak citer pasal hang nadim dulu. La ni mmg budak tu kemaruk nak main bowling. Padahal kalau gi boling centre tu bukannya dia main pun, tukang tgk jer. Ni kalau mama dan abah balik kerja, sebok jer ajak gi main bowling.

Kami pun rasa dah serabut ngan ajakan dia tu, plan la nak gi pasir tumboh, pusat beli belah keluarga katanya, PKT. Nak cari boling set (mainan kanak2 tu). Cari punya cari, ingatkan dah takde, nasib baik hubby jumpa. Tu pun hanya satu tu yg tinggal. Hang nadim kemain happy. Siap peluk2 sbb hubby dok usik dia takmau beli bowling set tu. Kiranya tercapai la jugak hasrat dia nak main bowling. Hik hik hik

Dah tu, kami singgah minum milo beng kat gerai tepi PKT tu. Hang nadim asyik dok ajak balik, tak sabar nak main bowling tu.
Ni la bowling set yg satu2nya ada kat kedai tu. Nasib baik ada. Harga nya RM 9.90 sajork.


Hang nadim tgj buat aksi. Tak mau minum, asyik ajak balik jer. Tapi minum nya kemain byk lagi.


Malu malu kucing.

HANG NADIM DAN KAKI SAKIT

Pagi jumaat tu kami balik rumah mak kv. Plan nya ptg nak gi berderat kat pasar malam kampung sebelah b4 balik rumah MIL. Dah terlanjur gi tu kv tolong la kakak kv meniaga. Hang nadim lak syok main ngan sepupu2 dia. Tetiba terdengar hang nadim menjerit, hubby melaung panggil kv. Rupanya kaki (jari kelingking) hang nadim luka. Dalam gak la. Agaknya dia tersepak kaca atau tin susu kot. Aduhai...

Kv pun dokong dia, sambil balut kaki dia ngan towel kecik nak kasi darah tu sejat dulu. Byk betul lah darah dia. Naik kete tu, hang nadim dah berhenti menangis. Dah tenang sikit kut. Siap sambung makan satay lagi (masa kaki luka tu dia tgh makan satay). Kami plan nak balik rumah sbb nak cuci luka dia dulu dan nak tgk seteruk mana. Tetiba, hubby bersungut yg kereta macam takdak angin. Laa...tayar bocor pulak. Hmm..alhamdulillah sbb hang nadim dah cool down. kalau tak lagi panik kami dibuatnya.

Kete hubby tu pulak jenis lowed sgt. Ni yg selalu kv membebel kat dia. Nak guna jack buaya tu punya la susah sbb tak lepas. Terpaksa la kv tolong sama sambil dokong hang nadim. Nasib baiktayar spare hubby dah pam angin b4 ni. Dah siap tu, hujan pun turun dgn lebatnya. Alhamdulillah, sbb hujan turun bila semuanya dah selesai. kalau tak dah lencun kami.

Malam tu hang nadim asyik sedar jer time tidur. Agak nya sakit sgt la tu. nak cuci ngan dettol pun dia tak kasi. Last2 tu kami balut ngan kain satu kaki dia. Mcm org cedera parah lak. Kekekeke. Pukul 2 tu dah tercabut kain balutan, terpaksa kerjakan dia yg tgj melalak tu, letak plaster. Ok lah, boleh tidur sampai pagi.

Kelmarin dah tak boleh berjalan dia. Mcm org patah kaki. Teruk betul. Padahal boleh, saja dia penaku dan nak bermanja. Tgh hari takmau tidur, mek pun bawak dia gi makan gulai (kenduri). Kata mek kemain byk dia makan nasik, siap bertambah tambah lagi. Semua org dok tunggu dia yg tak sudah2 makan tu. patut la lama sgt peginya. Sampai naik boring kv ngan hubby tunggu kat rumah. Jam 5++ baru diaorg balik.

Ingat mulanya tak nak gi kota bharu sbb dah lewat. tapi teringat yg stok diapers hang nadim dah nak abih. Diapers ni dia pakai time tidur jer. Takut dia terkenc*ng dlm tidur. Pas tu stok prepaid pun dah nak abih, kena la gi beli jugak. Hang nadim dah mengantuk tapi masih gagahkan diri. Terpaksa la sorong dia ngan trolly. dah takmau jalan. sakit kaki katanya. Beli gak stok susu hang nadim dua peket.

Malam tadi kemain gaduh (cepat2) kami balik. Nak tgk AF4. Ingatkan konsert prelude mlm tadi, rupanya malam ni. Tipah tertipu bang!

--------------------oOo--------------------

5.25.2006

ENIVESERI

En3 hari ni advance satu hari.:) Sori lah sbb esok kv cuti hari minggu makanya tak le nak access internet 2 hari lah. Esok 26 Mei 2006. Esok merupakan eniveseri ke 4 kami (KV+hubby).

so, sebagai meraikan ulangtahun ke 4 ni, kat blog ni kv ingin mengenang saat2 pertemuan kami. Chewah. Kpd korang yg rasa menyampah atau geli, sila abaikan en3 ini yer. He hehe he.

kami jumpa kebetulan sama2 posting kat satu tempat kerja (tempat kerja la ni lah). Memula tu, kv kawan (kawan biasa) ngan hubby sbb takdak kawan sebaya kat ofis. Semuanya kategori pakcik dan makcik. Kih kih kih.

pas tu kv rasa menyampah ngan hubby sbb hubby byk bercakap. Kalau kv rasa boring ngan pertanyaan dia, kv akan diam dan buat2 tak dengar. Masalahnya, dia tetap dok desak suruh kita jawab. Boring, kan? kekekeke

rentetan tu, kv buat2 sibuk dan malas layan dia. Kebetulan dia pun department lain. So, kv byk ikut senior2 kluar ke site.

tapi dia pandai tau. Kv masa mula kerja takdak kete. Mai kerja ngan bas or teksi jer. Kalau nak ikutkan, rumah kv dan rumah dia mmg utara dan selatan. 2 bulan start kerja dia dah beli wira. Maklumlah anak tunggal, mampu lah beli. Pas tu dia gi bus stand yg biasa kv dok tunggu bas tu, katanya dia ada kerja kat bandar M (line rumah kv la tu). So, dia ajak la tumpang dia balik.

kv pun, malas nak tunggu bas sbb dah gelap, (walau pun menyampah ngan dia kv tak lah sampai bermasam muka ngan dia) jadi kv tumpang lah dia. Masa ni dia dah takde lah cakap macam yg kv selalu dok menyampah ngan dia dulu. Mungkin dia boleh agak kut.;) Lepas kawin baru kv tau yg sebenarnya dia takde kerja pun kat bandar M tu. Alasan dia nak hantar kv balik rumah jer.

selalu lah alasan dia ada kerja kat bandar M tu. Selalu lah jugak kv tumpang kete dia. Ofismate dah perasan fasal kami. Semua pakat dok menyakat. Kv rasa malu sgt. Kv cuba menjauhkan diri dari dia. Padahal kami kawan biasa jek. Tapi benci ngan ejekan ofismate, tu yg kv rasa tak boleh kawan ngan dia.

kendian, kv pun gatal nak beli kete gak. Beli la kancil. Masa tu bawak kete pun terketaq ketaq. Kadang2 bawak, kadang2 naik bas. Dia pun suka la kalau kv tak bawak kete, boleh dia hantar.Kekekekeke

sekali tu, dia kena gi kursus kat johor. Seminggu. Kv rasa dah meroyan dah. Kekekekee..baru kv tau yg kv dah start suka kat dia. Tapi buat donno je lah. Ego mengatasi ni. Tak rock aa tunjuk suka kat dia.

dah balik dr johor, dia call kv belah mlm. Pesan suruh jgn bawak kete esoknya. Kv pun ikut la cadangan dia. On the way balik tu (dia akan hantar sampai laman rumah), dia meluahkan yg dia suka kat kv (dah agak pun) dan dia tak nak tunggu lagi, takut dpt kat org lain (masa tu kan kv sorang bujang, ramai la yg dok kenen2 nak buat menantu, hiks). Kv tak jawab pun. Kv turun cam tu jer.

esoknya kat pejabat dia curi masa jumpa kv. Tanya lagi. Mmg dia ni suka mendesak lah. Kv pun dah malas nak pikir (masa tu dah nak masuk 24 tahun), lagi pun kv baru frust ngan kawan univ. Kv pun bagitau dia, kita teruskan, kalau rasa boleh maka boleh lah. Kalau rasa tak boleh, maka harus diputuskan. Dia pun bersetuju.

Kali ketiga keluar dating dia dah tanya bila nak langsung. Panik kv dibuatnya. Ish..dah nak kawin ke aku ni? Muda lagi ni! Tapi kv pun cuba merasional kan diri. Kalau dah ni jodoh yg tentukan buat kv, maka kv terima dia dgn seadanya.

dalam proses nak bertunang tu, ramai yg dok kenen dgn kakak dan mak kv. Katanya arkitek dok kerja ngan satu firm di penang. Ye la, org kampung kan, bila tengok anak gadis dah kerja, ramai lah yg nak padan2 kan. Kat pejabat pulak, ramai yg tanya kv sendiri, betul ke kv nak bertunang (sbb nak padankan dgn sedara memasing nih). Satu hari tu, kv terima call dr sorang doktor HKL. Direct dia cakap ngan kv yg dia tgh mencari perempuan utk dibuat isteri. Ada org bagi contact number kat dia. Sampai sudah dia tak bagitau sapa. Kv berterus terang ngan dia yg kv dah ada komitmen lain. Pas tu kakak ofis kv nak padankan dgn sepupu dia yg kerja lawyer kat kl ( la ni dah jd majistret dan dedulu selalu keluar kat tv). Banyak lagi lah. Semuanya menguji kewarasan kv lah. Itu lah antara cabaran hebat yg kv hadapi. Masa lepas bertunang dah tak de. Semuanya berjalan lancar.

Betul kata org kan, kalau dah jodoh kita ngan org tu, walau apa sekali pun, maka dgn org tu lah kita akan kahwin.

Dan yg pasti, kv tak menyesal memilih hubby sebagai suami. Kerna bagi kv dia lah tulang belakang, dia lah pelindung, dia lah sahabat, dia lah penasihat dan dia lah segala galanya buat kv dan hang nadim (mungkin jugak akan ada beberapa hang lagi.;))

Kami bertunang pd 14 februari 2002 dan melangsungkan akad nikah jam 9.00 mlm 26 mei 2002. Majlis sanding rumah kv 30 Mei dan rumah hubby 3 Jun 2002.

Lepas kawin (sehari lepas majlis bertandang) kv kemas bilik. Jumpa la satu surat yg kawan hubby (pompuan) kirim. Kv dah tau kewujudan kawan pompuan dia ni (kawan sepengajian hubby). Dlm surat tu, si N ni tanya hubby apa yg hubby dah buat sampaikan si H angau benar. Kv rasa bengang sbb hubby tak pernah citer pun fasal si H ni (padahal kv pun tak pernah cerita kisah silam kv.Hiks).

Kv tanya hubby, so hubby pun cerita lah. Masa dok bercinta dgn kv, si H ni selalu dok call kat rumah. Nak berbaik semula ngan hubby. Rupanya ex dia. Si H tatau no h/set hubby, tapi dia selalu dok call kat rumah. H dah kenal mek hubby. Selalu la dok bermesra, borak2 tukar cerita. Pernah 2-3 kali dtg rumah hubby. Dia tak caya yg hubby dah ada awek. Tu yg selalu dok call. Mek pulak tak sampai hati nak bagitau. Mek suruh hubby cakap sendiri. Masalahnya hubby taknak ambik call dr H. So, mek mals nak layan mek bagi no phone hubby.

patutlah kv perasan, ada sekali masa keluar dating ngan hubby tu, ada call. Kat skrin keluar nama CN. Hubby tak nak jawab, dia suruh kv yg jawab. Tak kuasa kv nak jawab panggilan kawan dia. Padahal, kalau kv tau cerita ni dr awal kv dah jawab panggilan tu. Chess

H ni kecewa ngan hubby yg dah bertunang, maka dia pun tekad nak kawin gak (sbb ada lelaki yg dok tunggu dia). Tapi hubby tak caya. Hari majlis bertandang rumah hubby tu, hubby ada call h/set H (kv tatau pun;( ). Ada lelaki yg angkat. Dari situ hubby sahih yg H ni mmg betul dah kawin lah. Sama dgn tarikh perkahwinan kami. Siot betul!

Seminggu lepas tu, ringing telefon rumah berbunyi. Hubby angkat, pas tu kv dengar macam gaduh2 sikit. Naik heran lah jugak kan. Tapi hubby tak cakap ngan kv. Bila gi dapur, mek panggil hubby. Kv dah rasa suspen. Rupanya mek berleter kat hubby. Katanya, tak usah dilayan lagi. H dah bersuami dan hubby pun dah ada isteri. nanti porak peranda rumahtangga.

Kv rasa sedih dan kecewa. Betul2 berjauh hati ngan hubby. Padahal hubby tak buat salah pun kan.Tapi dah cemburu menguasai, nak buat cemana. Hubby cakap H mintak nak jumpa. Sekali ngan kv. Kv tanya hubby, kenapa tak setuju? Sbb kv mmg nekad nak jumpa pompuan tu. Hubby kata, dia malas nak ambik risiko, takut H tu masih menyimpan perasaan, lain pulak jadinya. Niat org bukan boleh kita baca.

Sampai ke hari ni, kv belum pernah kenal pun H tu. Teringin nak tgk camana dia yg real sbb ganbar dia kv dah tengok. Namun hubby buat tak layan jek. So, cerita ni pun berlalu di telan dek masa. Langsung dah tak timbul. Harapnya semua berjalan lancar lah.

dan bait bait indah ni, kv tujukan buat hubby tersayang....

ku cari di mana, kau letak hatimu,
kerna bersama ku, ada penawarnya,
hanya kepada mu tempat ku mengadu,
usah kau berpaling dan terus membisu,

sememangnya lidah tiada bertulang,
namun itu bukan alasan berdiam,
percintaan ini kita memilihnya,
kesilapan hanya suatu perbandingan,

kekasih,
cintamu ibarat rimba,
andainya dibakar tinggallah debuan arang,
siramlah dgn kata kata saktimu,
semoga asmara berbunga ke akhir nanti,

bagiku engkau permata hidupku,
ini lah ujian buat kita,
berjanjilah kan setia,
kekasih padaku,
kita bercinta hingga ke pintu syurga,
sinarilah asmara dimata dan dijiwa,
hidupkan cahaya cinta selamanya...

bi, semoga cinta kita terus mekar dan kekal bahgia. Abadi selamanya.



p/s: kv mintak maaf sebab entry ni over panjang atau over jiwang.Hiks

--------------------oOo--------------------

5.24.2006

SUKAN

Hari ni gege riuh kat ofis kv mengundi. Bukan mengundi pilih presiden ke apa. Tapi mengundi utk kumpulan sukan. Alaa..macam kat skolah dedulu tu. Kumpulan merah, biru, kuning tu lah.

kat ofis weol, dibahagikan kepada 4 kumpulan. A,B,C dan D. Pemilihan kumpulan ni dibuat 2 tahun sekali. Takkan asyik nak kumpulan sama jer kan. Kena lah beralih angin. Tahun ni pemilihan nampak lebih adil. Ada 4 kategori. Gred A untuk yg kiranya terrer main, yg gred B bagi yg boleh main, gred C untuk yg biasa dan gred D utk staff wanita (ada 11 org jek). Wanita tu tak kira la yg pandai main ke tidak.

Tahun sudah kv group C. Tahun ni pun group C lagi. Hai..harapnya presiden kumpulan tahun ni dpt yg berkaliber lah. Kekekekekek... mmg saspen masa pakat gi cabut undi tu. Saling kutuk mengutuk kononnya kumpulan masing2 lah yg hebat. Gege riuh lah.

Paling terdekat nak adakan perlawanan badminton. Mungkin minggu depan kot sbb Jun ni dah ada match antara district. Ahli group masing2 pakat dok demand nak baju lagu tu, seluar lagu ni. kekekekekek..yg pening tentu boss la. Rasakan, sapa suruh jadi bos. Muakakaka.

Lepas badminton, nak adakan pulak match bowling. Nasib baik kv dah gi try main. Kalau tak nanti kv jadi ratu longkang lak.;)

La ni ketua kumpulan masing2 belum tau lagi sbb anak2 buah semua belum habis cabut undi. Kata pengendali, nak kasi lebih saspen. Yo lah tu.

Masing2 dah atur strategi ni. Siap pesan bagai kat ahli kumpulan supaya keluar training tiap petang. Semangat weh. Kv tak kuasa lah nak kluar training. Rumah kami dah la jauh dr ofis tu. Kalau sempat, main kat belakang rumah dgn hubby jer lah.;)

Pas ni mungkin akan ada pentanque, ping pong, indoor game mcm dart, carom dan lain2 lagi. Selain semangat berpasukan, boleh merapatkan hubungan antara kakitangan. Jgn lepas ni ada yg bermasam muka sudah lah.

--------------------oOo--------------------

5.22.2006

ANNUAL DINNER

Seperti yang dijanjikan kelmarin (kebetulan memori kv berfungsi dgn baik) maka hari ni (chewah bahasa) kv buat en3 fasal annual dinner jabatan kami.

Sebenaqnya nak kata annual dinner tak jugak la kot. Abih tu kv nak panggil apa. Jamuan makan malam ni dibuat 2 tahun sekali diselang selikan dgn family day. Dah tahun lepas family day, maka tahun ni diadakan makan malam.

pada hari jumaat malam sabtu 19 mei 2006, jam lapan malam bertempat di




Grand Riverview Hotel Kota Bharu. (Dah takde tempat lain agaknya, asyik2 sini, asyik2 sini. Hi hi hi statement tak bersyukur). Dulu hotel ni nama dia diamond puteri. Entah lah, agaknya namanya tak ong kot tu yg ditukar kpd GRVH. Dah kebetulan lokasinya tepi sungai Kelantan.

Jam 7.00 kami bertolak dari rumah. Dah terbayang kat mana nak parking kete. kalau lewat sikit punya la susah nak park. Sempat solat maghrib tepi jalan. (Kalau istilah kelantan tengah jalan ~ nak mati solat tgh jln, di langgar dek kereta tak ke tinggal arwah)

sampai sana dah 7.50 malam. Masa kat rumah dah sakit perut kv gelakkan hubby pakai baju batik. Dah kawan tak pernah pakai baju batik seumur hidup dia. nampak jakun la pukak. Plg lawak, siap nak tuck in kan baju tu. Pas tu gelakkan diri sendiri. 'Darat' sungguh!

dah sampai situ, bila tgk staf2 lain semuanya berbatik (lelaki) maka kami pun dah hilang rasa segan. Nasib baik hubby tak pakai kemeja biasa. Tak pasal2 rasa jakun pulak dikelompok batik arwah Datin Sri Endon tu. Yg pompuan biasa la, bergemerlapan. Dgn fesyen tudung yg entah berapa kali pusing tu, kv tgk pun dah naik pening. Kekekekeke

Acara dimulakan jam lapan malam.




Ni meja kami duduk. Sebab meja ni ada nombor 8, maka kv pilih dok kat meja ni. Nombor 8 mmg kegemaran kv. Entah lah, agaknya sbb kv lahir tahun 78 kut.





Pengacara majlis mengumumkan kehadiran VIP. Maknanya majlis dah boleh mula. Dah nak start acara makan la ni. Pembukaan tu mmg happening lah. (Mula2 tu rasa semacam jek). Semua lampu ditutup, dewan jadi gelap gelita. (Jgn ada yg ambik kesempatan udah la yer). Satu sportlight jer dipasang diiringi dgn muzik tema mission impossible. Wah gitu. Mulanya kv ingatkan sportligt tu akan berhenti kat sapa2, org tu akan dpt hadiah, rupanya non ado. Pastu keluar la segala dayang2 dan hulubalang2 bawak juadah dlm gelap gelita tu berbekalkan sebutir lilin (bukan lilin yg jenis btg, tu yg kv guna 'sebutir' hiks). Menarik lah jugak. Mereka berjalan siap pusing2 bagai ni, pas tu dibawa ke meja hadirin, dah siap tu baru lampu dibuka. Kv ada ambik gambar sebenar nya, tapi gambar tu blur, sbb digicam sony kv tu automatik fokus apa yg plg depan kalau kita tak zoom. So, sori yer, visual kurang memuaskan, so tokleh nak publish kat blog. Imajin ajelah, ok.




Kv malas nak snap juadah dia malam tu. Chinese food. Mmg best lah. Dlm gambar kat sebelah tu antara menu nya.













Ni bantal wangi yg setiap org dpt. Masalahnya, setiap meja kaler tak sama. Bila tgk merah, rasa lawa, tgk biru rasa berkenan, tgk kuning, rasa menarik. Ish..tak boleh jadi ni, kv pau kat meja sebelah yg warna merah ni. Kat meja kv kaler hijau. Kekekekekeke...mati lah kv asyik spedo org sajork. takdelah, mlm tu meja kami tak penuh. Hanya 7 org saja. Jadi ada 3 lebih, tu yg kv sesedap hati main tukar2 tu. Dah yg hubby pun dpt kat kv jugak. Org jantan nak buat apa bantal wangi tu?

sambil makan makan memenuhkan perut tu, ada acara persembahan nyanyian dan sketsa. Alahai..ramainya yg nak tunjuk bakat. Kih kih kih..kalau best takpe jugak. Dah semangat dia org nak menanyi, lantak dia org la kan. Kv rasa boring, kv makan puas2. Balik tu mrasa kv naik lagi 2 kilo. mati la jd badak lepas nih.

Kami dah sedia maklum yg setiap jabatan, 4 org hadirin yg akan dpt cabutan bertuah berupa hamper. Patut lah ajk mintak senarai nama dan keratan kad. Kawan kv lagi keles, siap diraikan birthday lagi. Dgn muzik iringan live band, dpt hadiah hamper ajork. Kekekekeke.Hadiah gak kan? Bersama ngan dia, ada 2 org lagi.

kalau korang nak tau, kv ni dlm hidup tak pernah pun dpt cabutan bertuah. Agaknya kena mandi bunga kot. Kekkekke. Ada sekali kv menang peraduan sms, tu pun sbb kv beli camcoder sony. Dpt 1st prizes you. Dpt la dvd player sony. itu jek.

So mlm tu kv tak mengharap sgt. Nombor kv 0568, nombor hubby 0569. Hubby nak gi toilet, dia pesan ngan kv kalau naik nombor kami kv kena gi ambik sendiri. Mati la aku kalau terpelot high heel nanti. kekekekekek. Belum dpt dah angan2 nih. Masa hubby cakap sambil berdiri nak gi tandas tu, kv tertengok kad kami. Kebetulan emcee umum nombor 0568. Huh...panik kv. Nasib baik hubby tak sempat gi toilet lagi, kv paksa dia gi ambik. Kekekekee

agaknya tuah nombor 8 kut. Muakakkaa..Tak lah, rezeki hang nadim la tu. Kurniaan Allah. Dah terbayang keseronokan wajah dia bukak hamper tu.


Ni la hamper yg kami dpt malam tu. Gambar ni kv snap masa dah sampai kat rumah. Sory lah yer kalau tersenget senget kepala tgk gambar ni, kv lupa nak rotate mencancang.







Majlis abih jam 11.15 malam. Tapi best majlis gini. Selain dari dpt makan sedap sedap, kv boleh jumpa ramai kawan2 lama. Ada yg kv dah tak berapa kenal sebab tumbesaran dia aktif sgt. Sama la cam kv tu. Uwwwaaa... Macam2 cerita bila dh jumpa kawan2 lama ni. 11.30 kami bertolak balik. Sampai rumah dlm jam 12.00 cam tu. Hang nadim dah tidur ngan mek. Nasib baik masa nak dtg tu mood dia okay jer. Kv tipu sunat dia kata nak gi kerja. Tu nasib baik pakai baju kurung, kalau pakai baju lain, mati dia tak percaya. kekekekekekeke.

harapan kv, moga majlis cam gini dpt diteruskan di masa2 akan dtg. Byk gak pekdahnya. Tapi yg pening nak cari duit bayar meja lah. Bos la yg pening, kv tukang makan sajork. Lain kali buat kat renai lak yer. Boring la asyik2 situ, asyik2 situ. Kekekeke..demand ni. Kalau gi sendiri, tak merasa lah. sengkek lagi, 'darat' lagi. Hi hi hi

p/s: nama kv naik utk peserta campuran badminton antara district. Matilah kv takdak stamina. Semput bagai ni. Skill tu tak yah cerita lah. Belakang kira. Tapi, dpt track suit free. Suka la. Kekekekekekek. Bulan depan lak tu. Nampak gaya ofis kami kena buat perlawanan badminton antara staff dulu nih.

--------------------oOo--------------------

5.21.2006

BOWLING LAGI

Asalnya kv nak buat en3 fasal annual dinner jabatan kami pada jumaat malam hari tu. Tapi digital camera tertinggal kat rumah. Ni la masalah kalau jenis suka tukar2 handbag. Ye lah, ikut kaler baju. Keh keh keh..selalu jer ada barang yg tertinggal. Even lipstik pun pernah tertinggal, sbb selalunya kv akan pakai lipstik dlm kete. Kejar punch kad.Kekekekeke

kalau takdak gambar cam tak menarik lak, nanti kv cuba update besok. Tu pun kalau memori kv baik (kekekeke..harap2 esok tak lupa).

tadi pagi kv sibuk sikit sbb nak kejar dateline. Sepatutnya khamis hari tu dah kena hantar segala dokumen ke HQ sebab dateline dia hari sabtu. Hari sabtu kami cuti hari minggu, so minta lanjutkan sampai hari ni. Tadi pagi kena siapkan apa yg tertinggal. Jam 10 kami gi HQ. Kejap jer kat situ, just hantar then bagi penerangan sikit lepas tu sign. Dah siap tu tak tau nak pegi mana. Nak balik terus ke pejabat rasa cam tak berbaloi pulak. Masih penat lagi sbb baru jer sampai.

so my boss ajak gi main bowling. Mati la boss dan anak buah sama2 tumbuh tanduk. Muakakakaaa. Mula2 tu rasa semacam jek. Ye la, dgn baju kurung bagai nih. Bila sampai bowling centre tu dah penuh ngan makcik2. Dari gaya persembahan, sama teruk la ngan kv. So, rasa segan tu dah cool down sikit. Kekekekeke...

bila borak ngan akak tu, dia org kata tak pernah main pun. Hentam cromok jer. Kv pun apa lagi, sbb ada teman sekapal kan. So, main la kami dengan riangnya.

kali ni dah tak jatuh longkang lagi. Tapi tak pernah strike pun. Tak jatuh longkang tu kira dah ok la bagi kv. Yg tak strike sebab bola kv tu lemah jek. takdak tenaga. So, lantunan pin tu tak kena antara satu dgn yg lain. Asyik2 tinggal 2 pin. Kekekekeke. Ok lah tu

nanti dah biasa, mungkin kv boleh kuatkan sikit hayunan tangan. Tambah tenaga. Masalahnya, baru sekali lantunan dah lenguh semacam lengan kv. Masa menaip en3 ni pun dah sengal2 bahu dan lengan. Adoiii...

cerita fasal bowling kv rasa nak tergelak tgk gelagat hang nadim. Selalu jek berangan angan main bowling. Kalau lalu depan perdana bowling tu, sibuk dia menceceh nak main bowling. Yg herannya, baru 2 kali bawak dia gi situ dia dah cam tempat tu. Kalau lalu jauh sikit pun dia boleh tunjuk arah mana perdana bowling. Kuat sungguh ingatan budak tu. Kekekkee

kelmarin lepas lunch, dia takmo tidur. Penat ayun, habis sebotol susu, turun dari buaian. Kebetulan bebudak tgh mengaji quran, bukan main suka la dia sbb ada kawan. Kv malas nak layan dia, jadi kv pun tgk tv. Selalunya dia takkan turun main kat bawah sbb kami selalu marah dia main kat bawah (rumah kami dekat sgt ngan jalan pastu takdak pagar). Tetiba dengar suara dia menceceh. Tgk2 dah main kat bawah. Rupanya dia berani turun sbb ada kawan.

yg kv nak tergelaknya, kv tgk kat tangan dia ada dua biji batu, bila tanya dia kata tgh main bowling. Wah..anak aku, minat main bowling pulak. Kekekeke..ajak dia naik, takmo. Nak main bowling ni. Tgk2, kat tarmac tu dah penuh aggregate (batu 2"). kekekekeke..heeee bahaya sungguh kalau motor lalu. Rupanya dia buat jalanraya tu frame bowling. Aduhai....mcm2 gelagat hang nadim ni.

lepas main bowling tadi kami gi lunch kat food court kb mall. Ingat nak makan sizzling yee mee. tapi bahan2 masih belum siap. So kv makan claypot yee mee tom yam. Best la jugak. Pas tu gi ambik hadiah. Kelamarin kami shopping sikit groceries, dgn setiap pembelian RM 30, akan dpt 1 wish card. Kad tu kita gi scan kat mesin scanner tu, pas tu keluar satu resit. Resit tu kita boleh tuka ngan hadiah. Paling besar dpt peti ais. Yg menariknya, kad tu boleh di scan selama 3 hari berturut turut bermula dari tarikh pembelian. Dah kebetulan kami gi situ, ambik kesempatan lah. Kelamrin dah dpt shampoo, scan hari ni pun dapat shampoo lagi. Ginvera yuo. Bertambah la stok shampoo kv.Sudah tu, masuk pejabat semula.

ok, cau cin cau. Babai.

--------------------oOo--------------------

5.18.2006

BOWLING

Sebenaq nyer, kv nak tulis en3 ni kelamrin. Tapi terlupa. Tak pasal2 gi tulis en3 tembakau darat lak. Hari ni sebab takdak idea, kv cerita la jugak.

Malam kelmarin (selasa malam), kv janji ngan ofismate nak gi main bowling. Ye la, dlm geng kami hanya hubby dan sorang anak buah kv ajer yg pernah main bowling. Tu pun lama tak practice. Kv selalunya tukang sorak ajer. Bukan gadis pom pom okay!.

Dgn semangat berkobar kobar nak mencuba, maka kami pun pergi lah. Before pegi tu, kat ofis dah gegeriuh (pepatah DIGI) sapa yg kalah kena belanja minum. Kekekekekee..takat belanja minum berapa sen la sgt! Macam ejekan antara satu sama lain. Kat ofis, semangat bukan main.

Bila gi sana, semua frame penuh. Penuh dgn student2 IPT. Pas tu penuh ngan bebudak training sukma. Naik segan pulak rasanya. Nak tunggu giliran kemain lama. Dpt no 5 bila booking. Ofismate kv masa memula sampai tu dah gubra, takdak org masuk longkang pun, komen dia. mati la. Kekekekekeke

Kebetulan, kawan kami bawak anak2 dia main bowling, dia yg tolong adjust dpt giliran awal. Kiranya potong Q lah. Kv dah gubra. Segan weh! Hubby tanya saiz kasut Ish nak main ke tak ni? Cekal kan hati, main jugak. Tak kira lah, malu ke apa, dah kv baru first time main kan, mmg la tak pandai! Org lain yg terrer tu pun bermula dgn tak pandai mcm kv jugak. Hik hik hik..nak pujuk hati.

Nak mula tu, pegang bola pun tak pandai. Mula2 masuk longkang kiri, pas tu masuk longkang kanan. Bila kena pin tak pernah strike pun, spare jer (nbk, betul ke istilah kv guna ni) Bila pusingan ke 6 lontaran, dah lenguh lengan kv. Tapi enjoy lah.

Lain kali nak main lagi. Best jugak.

Kv terpaksa escape dulu, banyak kerja.

Selamat berhujung minggu. Bye.

--------------------oOo--------------------

5.17.2006

selamat hari guru..

kv nak ucapkan selamat hari guru pd semua yang bergelar guru. Tak kira secara formal atau tidak, asalkan ilmunya disebar dan memberi manafaat kpd seseorang. Walaupun lewat sehari tapi rasanya tak menjadi masalahkan.(kelmarin sedikit bz, tak sempat nak buat en3)

kpd guru2 yg kv kenal, kakak kv, anak2 menakan kv, kak we, kak alin, ayu, cikgu gitar, bekas guru sekolah rendah, sekolah menengah dan utm dan lain lain yg kv lupa nak taip kat sini. Tak lupa gak pd arwah ayah kv (guru quran). Selamat hari guru.

teringat zaman skolah dulu. Hari guru akan disambut dgn ucapan pengetua. Ada lagu utk guru. "Kami guru malaysia, berjanji dan berikrar...bla bla bla (Tak ingat), kv pun turut bersemangat sama nyanyi sekali. Pas tu ada sukaneka antara guru dan pelajar, ada persembahan dedikasi. Ada anugerah mcm2. Guru plg tinggi, plg rendah, paling cerah masa depan (botak), paling lawa (phewitt), paling garang, paling kelakar, paling semua lah. Sampai menangis nangis cikgu terharu. Kami pun turut sama bergenang air mata.

masa skolah jugak, kalau cikgu tanya cita2, mesti kv akan cakap nak jd cikgu sbb kv suka alam persekolahan. Sampaikan cikgu kv suruh ubah cita2 sbb semua bercita cita nak jadi cikgu, jadilah eksekutif katanya. Hik hik hik.. Tapi cita2 tinggal cita2 ajer. Kv pun tak tau camana boleh terpesong masuk line teknikal nih. Hmmm...tukang kira2 lak tu. Kv bukannya mahir matematik pun. Tapi at least, kerja kv pun berbakti kepada rakyat katanya. Ekekekekeke

bila ada ex cikgu mai ofis kv kalau ada urusan, mesti kami pakat dok terimbau kenangan lama. Tak sangka boleh bercakap ngan cikgu as kv ni dah dewasa. Kalu dulu takut2 jer. Tapi bila kv tgk kakak dan anak2 menakan kv jd cikgu, dgn time table dia org, rasa tak sanggup pulak. Kerja cam kv la ni style flexible sket.

apa pun selamat hari guru...besar sungguh jasa guru, kan.

kita masuk cerita lain pulak (kekekekeke..hari ni double en3 sebab kemarin tak sempat)

Tembakau Darat

Ada sesapa rakan blog yg pernah dengar tak. Kalau org kelate kv rasa mesti ada yg pernah dengar. Before kawen dulu, kv selalu dengar dan tgk yg dah siap ajer, tak pernah tgk cara pemprosesannya.

Bila kawin dan dok rumah MIL baru kv tau camana pokok dia dan cara2 nak jadikan dia tembakau yg boleh digulung dalam daun rokok (apa nama daun tu kv lupa, nanti kv bagi tau kemudian).


Ni la pokok tembakau darat. Camana dia dpt nama pun kv tak tau. Pokok tembakau ni berbeza ngan pokok tembakau biasa. Lebih renek dan daun nya lebih meruncing. Tembakau ni che yg tanam.

Bila dah tua, che akan petik daun dia dan peram dulu dlm guni. Nak kasi dia masak dulu (kaler hijau tua akan bertukar kuning sikit)

Ni daun yg selepas diperam. Tulang daun tu akan dibuang terlebih dahulu. Pas tu susun daun dan gulung, tak nak bagi terburai, kena la ikat daun tu. Biasa che guna daun nenas utk mengikat. Kalau pakai getah takut rosak daun pulak.

Lepas daun yg disusun tu digulung, proses mericih pulak. Gulungan daun tu di masukkan ke dalam lubang (alat utuk meletak daun semasa proses memotong/mericih), pisau besar dan tajam akan digunakan untuk memotong. Macam kita potong daun utk buat kerabu tu, tapi guna alat ni. Kv rasa, tiang yg ada lubang tu, untuk meng control saiz potongan. Tapi memotong kena la cepat, tu yg pisau kena tajam. (Sori yer, kv tak ambik gambar masa che memotong daun, segan la kat dia, nanti dia pikir kv ni tak betul pulak, ekekekeke)

bila dah siap potong daun2 tu, mak akan tolong mensaizkan (buat segi empat) daun tembakau tu ke atas papan jemuran (nama dia kv lupa ~ gambar di bawah).

Nampak tak yg kaler coklat tua tu dah jemur banyak hari. Coklat muda tu baru sehari dijemur. Jemur tu ikut keadaan la. Kalau hari panas terik, daun akan cepat garing. Baru boleh dibuang dari papan jemuran tu (papan tu dianyam dari buluh).

Bila dah boleh diguna (hisap rokok gulung ngan daun nipah kot), mak akan lipat2 masukkan dlm plastik dan seal kan dia. Satu plastik 2 ringgit. Murah la kot. Tapi ok la sbb mak dan che boleh tambah pendapatan. Tak penat sgt nak proseanya pun.

Biasanya ada peraih yg akan datang ambik kat rumah. Bila dah habis jual, dia akan hantar duit jualan tu. Yg untung nya hang nadim la, boleh masuk celeng (tabung).



--------------------oOo--------------------

5.15.2006

BERKEBUN

Petang kelmarin, lepas masak utk dinner, kv temankan hang nadim ke tali air. Hang nadim tu biasa la hobi dia tolong mak dan che kat kebun. Tebing tali air tu luas rizab dia. So, org kampung suka bercucuk tanam kat situ. Mudah nak menyiram tanaman.

So, boring tunggu hang nadim ngan aktiviti dia, kv snappy mappy tanaman mak kat tebing tali air tu. Kiranya dgn tanaman mak ni, kami tak yah nak beli kat pasar la. Petik aje dari situ. Save budget kan?

Jagung. Kalau baby corn (kelate panggil ketiak jagung sbb bulu byk) boleh dicelur dan cicah ngan budu. Rasanya manis. Hang nadim suka makan gitu aje.


Ni keladi. Baru ditanam, kecik lagi. Batang nya boleh dimasak lemak. Campur udang sikit. Best. Ubi dia boleh direbus dan boleh jugak dicampur dlm sayur lemak kuning.


Ni pokok kacang bendi. Mesti semua org kenal sayur ni kan.


Ni ubi keledek (kelantan panggil ubi setelor) Pucuk dia boleh gak disayur lemak atau celur buat ulam.


Ni pokok serai. Rasanya kat rumah sesapa pun ada. Serai ni biasanya mak tanam banyak sikit. Ada org tolong jualkan kat pasar borong wakaf che yeh. tapi musim panas membahang ni, serai tak berapa nak hidup (kalau yg baru tanam). Tak cukup air.

Itu aje lah en3 kv hari ni. Takdak idea nak merapu. Ok na, kv blah dulu.....

--------------------oOo--------------------

5.14.2006

WEEKEND

Pengisian hari minggu kv menurut rutin kebiasaan. Pagi jumaat balik rumah mak kv. Selagi mak ada, kv akan sedaya upaya menjenguk dan bertanya khabar. That's mean kv ambik berat fasal mak.

Sempena hari ibu ni, kv nak ucapkan selamat hari ibu utk mak. Kv tau mak buta huruf dan takkan mampu membaca apa yg kv tulis ni. Malah kv ni jenis penyegan nak luahkan perkataan kat mak. Ye lah, sejak azali lagi mmg kami adik beradik jenis gitu. Harapnya mak faham dgn perlakuan yg kv tonjolkan lambang kasih sayang kv pada mak. Bila dah besar panjang dan berkeluarga sendiri baru kv faham perasaan seorang emak. Harap mak tak ambik hati dgn tutur kata dan perlakuan kv (dlm family mmg terkenal kv ni keras hati tapi yg paling ambik berat fasal family). Selamat hari ibu mak! Segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang mak pada kv tak kan kv lupa selagi hayat dikandung badan. Moga mak sihat selalu dan dpt melihat dan berkongsi kejayaan kami adik beradik.

Juga tak lupa pd kawan2 blogger yg telah menjadi ibu, selamat hari ibu kawan! Moga menjadi ibu yg world!

Kat rumah mak, ramai sanak saudara ada kat kampung. Kebetulan cuti hari wesak dan ada kematian sedara kv (sakit paru2 berair). Makanya hari minggu menjadi gamat lah. Menu makan tgh hari, air asam limpa, daging bakar, ikan selar goreng kicap, budu dan ulaman serta ikan pekasam. tak lupa tembikai kuning sbg pencuci mulut.Best sgt tembikai kuning ni makan musim2 panas gini. Rangup dan manis.

Belah ptg, ofismate kv (kebetulan jiran mak kv la ni) dtg bertandang. Borak2. Disebab kan mlm tu kv nak kena blk semula ke rumah MIL, so kv pun malas nak masak. Gi pasar malam aje. Malam tu kakak kv berniaga kat kampung sebelah jer. Mujur gak kv pegi sebab dia tak mampu nak layan pelanggan. Ramai sgt. Ramai yg balik kampung kot. So, kv sempat la tolong. Teringat masa muda remaja dulu, pendapatan sampingan kv melalui tolong kakak meniaga pasar malam lah. Dah habis jualan, mmg berpeluh sakan. nampak gayanya tak payah bersenam bagai, tolong kakak meniaga pun dah ok. Hiks

kami balik jam 8.00 mlm. terkejar kejar sbb nak solat maghrib kat rumah mak dulu. Lepas solat isya' dan dinner kami bertolak balik rumah MIL. Hang nadim dari dlm kereta dah tiduran.

Esoknya, siapkan kerja rumah sikit, kemas, basuh basuh baju, kami siap2 nak gi kota bharu sbb ada perlawanan bowling. Tapi bos call cakap giliran kami jam 11.00pg baru mula. So, lepak layan astro dulu la. Hang nadim dah termenguap menunggu. Hik hik hik

pukul 10 kami turun dr rumah. Gi beli stok prepaid dekat stadium. Dekat jer la ngan perdana boling (hotel perdana). So, park keta depan food court stadium lah.





ni gambar kv ambik sementara menunggu giliran pasukan kami bertanding.





hubby mulanya tak join. Tapi bila tgk peserta2 kami tu keot, kena gak turun pdg sbb dipaksarela oleh bos. Habis idea kv nak pujuk hang nadim sehingga hubby tamatkan perlawanan. 2.45 baru siap. So, bergegas turun sbb dah lapar. Singgah makan kat food cort stadium tu je lah. Nasi goreng ikan masin dgn daging merah. On the way balik tu hang nadim dah tertidur.

dalam pukul 4.oo kv terima satu sms. Hiks..kak nik ada kat kampung rupanya. Tapi sayang, tak sempat nak jumpa dia kelmarin sbb kv baru sampai kat rumah. Hubby dan hang nadim dah tidur tiduran. Ingat mlm nak kluar, nak kontek kak nik semula. Tapi penat sgt rasanya. Kansel lah pulak. Insyaallah, kalau ada kesempatan pasti akan berjumpa.

malam tadi, malas nak makan nasik jadi kv masak mamee slurpp jek. Kekekeke cam dok hostel lak. Satu pek maggi dikongsi 6 org. Punya la sedap. Sbb makan berebut kan.

--------------------oOo--------------------

5.11.2006

tadi, bila jenguk blog kawan2, naik heran kv sbb semua org bercakap fasal cuti. Julia lost sampai nak balik kampung. Cuti apa ni? Bila semak kalendar baru kv perasan yg besok cuti sempena wesak day. Owh...patut la kv tak perasan sbb kat klate hari jumaat dan sabtu adalah cuti mingguan. Kalau cuti jatuh hari sabtu jer baru digantikan dgn hari ahad. Patut lah anak2 buah semua tak sebok fasal cuti.

pada kengkawan yg bercuti sempena wesak day ni, kv ucapkan selamat bercuti. Nak pergi mana mana pun pandu dgn cermat ok! Jgn memotong barisan. Semoga semuanya selamat.

malam td kami satu family kelam kabut gara gara hang nadim sakit perut. Masa gi pasar mlm belah petang, dia takmo jalan. Asyik mintak dokong jer. Sebab dah lama tak mendokong dia, bahu kv jd lenguh2. Rasa cam berat sgt. Padahal 12 kilo jek.

bila balik rumah, lepas mandi dia makan murtabak. Lepas kv solat dia mengadu sakit perut. Kv ingatkan dia main2 sbb selalu dia suka bermanja dan mengada ngada. Masa tu mek dan abah dia kat dapur. Nak pujuk dia, kv sapu minyak yuyee. Tak jalan gak. Abah dia keluar tanya kenapasal. Hubby pun ingat dia main2.

tak sempat abih hubby solat dia dah meraung raung. Lantas kv teringat masa dia kecik2 dulu. Bila sakit perut dia akan menangis dan mengigil. (hang nadim ada masalah colic dan angin pasang sbb dia lahir pre mature). Kv dah panik tatau nak buat lagu mana. Cuba dokong meniarap, dia takmo. Suruh dia melentang sbb nak urut, pun dia takmo. Agaknya dia senak sgt sbb bila kv sentuh ari2 dia keras cam batu (bengkak berisi angin).

dekat setengah jam dia meraung2 sampai kami tak tau nak buat apa. Cuba sapu ubat yg tukang urut tu kasi utk penyakit angin pasang. Tak elok2 jugak. padahal kv tau, kalau pun sapu ubat takkan la terus sembuh. Makan masa gak. Kv pun ajak hubby gi rumah Tok Yeh tu (tukang urut). Bila sampai, hang nadim dah meraung2 lagi kuat. Dia mmg gitu, penakut ya amat. Bila Tok yeh pegang tempat bengkak tu, lagi kuat dia meraung dan menendang. Terpaksa hubby dan kv pegang kuat2. Kesian, tapi nak sembuh kan dia. Penat pujuk nak urut, tapi dptnya tak sempurna, so tok yeh bagi minyak urut yg dibacakan doa.

balik dr rumah tok yeh tu, dia masih lagi meraung. kejap2 minta sapu ubat. masalahnya tak nak dokong ngan org lain, nak ngan mama jer. Penat mek pujuk ajak gilir. Takmau jer jawapan dia. Rasa nak tercabut bahu kv dah. Kv gi solat isya' dulu. Pujuk dia ajak tidur dlm ayun. Bila terlena 5 minit, bangun menangis dan menggelupur. Kesian sgt tgk. Pujuk tidur semula. tak sampai 5 minit lena, menangis semula.

hubby pun dah tak tau nak fikir apa. Dia pun call rumah mak ngah (tukang urut yg urut hang nadim masa kecik dulu~ last sekali kv bawa hang nadim jumpa dia baru ok penyakit hang nadim tu). Ingat hubby nak gi beli penawar jer. Tapi mak ngah minta hang nadim dibawak sekali. Dlm kepala kv dah terbayang amukan hang nadim bila kena urut semula.

dlm perjalanan tu dia tertidur. Agaknya dia dah rasa nyaman sikit kot. Bila sampai rumah mak ngah, terkejut dia tgk org nak urut dia semula. Apa lagi, volume suara tahap paling tinggi la. Tapi masa rumah mak ngah ni ari2 yg bengkak tu dah surut dan lembik. Agaknya ubat yg tok yeh bagi tu berkesan, tu yg dia pun dpt tidur. Tapi mak ngah ni ada penawar yg boleh diminum, tu yg hubby ajak sgt pegi. Dapat lah mak ngah urut dia sikit. Kv dah rasa cool skt masa tu.

usai berurut (walau pun tak habis sbb dia takmao), kv turun bawah pujuk dia (masa tu dia tak nak dok atas rumah sbb takut kat mak ngah). Dia menceceh tak henti2. Tak larat kv nak layan. On the way balik pun mcm tu. Agaknya dah hilang terus sakit dia tu. So, malam tadi dia tidur dgn aman. ALhamdulillah. Syukur pada Mu Ya Tuhan kerna memberikan kami jalan.

pukul 10.00 malam baru kami dinner. Memula tu kv suruh hubby gi makan dulu, agaknya dah hilang selera (masa hang nadim dok meraung tu). Bila semua dah ok, baru la boleh makan dengan selesa. Pas tu layan CSI MIami. Bila siap makan, tgk mek dok bertungku hang nadim. Pas tu terlena.

pagi tadi dia bangun tidur dgn ceria. Dapat la kv mai kerja. dah terbayang dah ari ni kena cuti kalau sakit dia tak hilang. tapi alhamdulillah sbb dah ok. Hubby sibuk dok pesan ngan mek suruh bagi air penawar tu dan sapu minyak ubat tu. Harapnya mek dpt buat lah.

kv pun dok pesan ngan hang nadim kalau gi kebun, tak payah sibuk nak mencangkul. Tgk mak jer yg buat. Angguk jer. Entah dipakai entah tidak. Penyakit angin pasang ni tak boleh lasak sgt (bertetangan ngan kenakalan dan super aktif hang nadim tu) pas tu tak boleh makan benda sejuk. Lepas ni kami kena selalu urut belakang lutut dan belakang paha (antara punggung) sbb urat tu akan terik kalau dia over aktif. Bila dah terik urat tu, angin akan pasang sbb tak tau nak gi kemana. Tu yg senak sgt tu.

alhamdulillah. Kv dah lega sgt. Masa dia sakit malam tadi rasa nak menitis air mata tgk. Agaknya hari ni dah serak suara dia sbb mlm tadi terlalu kuat melalak. Hehehehehehe...ini lah cabaran membesar kan anak. Ni baru sorang, kalau ramai tak tau nak cakap lah.

--------------------oOo--------------------

5.10.2006

petang kemarin kv dan hubby cabut awal sikit dr ofis. Bos besar meeting kat kl. Anak2 bilis apa lagi, tumbuh tanduk la. Kami sebenarnya plan nak singgah rumah ex coursemate kv sbb dia baru bersalin. Ingat tak enry kv yg beli baju baby dulu tu. Hik hik hik...kemarin baru berkesempatan gi.

rumah kawan kv ni sebenarnya dekat jer ngan rumah kami. Tapi......entah apa alasan kv tatau. Asyik tak jadi jek. Ni anak dia yg keempat. Bayangkan lah, kv baru anak sorang, dia dah empat org! Yg sulung dah darjah satu. Sebenarnya dia kawin awal. Masa kami tahun 3. Dengan we all punya senior. Dulu pun senior dia kat skolah. Masa final exam untuk final year (diploma kan tiga tahun aje), dia dah dekat nak sampai due. Nasib baik sempat habiskan exam, kalau tak, tak pasal2 tokleh grad sekali. Masa gi konvo tu dia bawak baby dia.

bila dah berumahtangga awal, maka dia tak sempat apply kerja cam kita org sbb sibuk uruskan anak. Lepas bertambah, bertambah lagi(rezeki dia murah), so dia tak pernah kerja gunakan qualification dia. Tup tup dengar dia bukak nursery. Ok gak idea dia. Di samping jaga anak sendiri, ada pendapatan sampingan. Siap pakai 2 org pekerja lagi.

paling last kv jumpa dia masa majlis perkahwinan kv. bayangkan lah hampir empat tahun lepas walaupun rumah berdekatan. (on the way kv balik kerja jer). Macam2 cerita la yg timbul. Kalau masa muda remaja dulu, cerita huha huha jer. La ni asal bercerita, mesti timbul cerita anak2. Lama juga berborak sampai tak sedar dah lama kami kat rumah dia. So, kami minta diri pulang dulu dgn janji akan berjumpa lagi.

pagi ni, pejabat kv buat sambutan terhadap bebudak plkn. Dengar khabar, hari ni lawatan terakhir untuk sesi kali ni. Minggu depan, geng baru akan daftar diri. So, pejabat kv menyediakan acara sukan rakyat. Kesian bebudak asyik kena gotong royong jer. Sesekali boleh lah berhibur. Mmg gamat lah. Tadi kv dah cuba upload gambar, bila komputer arahkan click done, gambar tak keluar pulak. Malas kv nak upload semula.

Antara acara yg dipertandingan ialah berebut kerusi atau kerusi berirama. Pas tu ada bowling kelapa, ada kait botol dan bola tampar. Teringat sukaneka masa sekolah rendah dulu. Hik hik hik...tergelak sensorang tgk gelagat masing2. Tapi kv tak ambik bahagian, tukang tgk jer sbb tak bawa baju spare. Takkan nak main ngan baju kurung lak.

la ni tgh acara pembahagian hadiah. Pas tu ada minum sikit dan bersurai. Itu aje lah info dari kv pada hari ni. Jumpa lagi. Bayen semua!

--------------------oOo--------------------

5.09.2006

pagi ni kv lewat sikit masuk ofis sbb singgah pejabat tanah dulu. Che dan mak nak pindah milik tanah kepada hubby. Nasib baik dah kenal lama ngan salah sorang ADO kat situ. So, urusan jadi lebih mudah lah sebab semua dokumen dah disediakan sebelum mengadap dia. Dalam pukul 9.00 dah siap urusan. Jadi hubby gi anto mak dan che naik teksi dulu. Kv terus masuk pejabat.

kat pejabat pagi ni sibuk dgn penyediaan court volley ball sebab esok bebudak plkn nak mai ofis kv. Ada acara sukaneka sikit. Boling kelapa lah, macam2. Geng pompuan lak dok kalut nak gi training bowling sbb hari khamis nanti ada match antara district. Hik hik hik..yg ni kv gelak dulu sbb akak2 tu, semuanya tak pernah hayat hayun pun main bboling. Kekekekek...nasib baik nama kv tak tersenarai sbb kv pun tak pernah main boling. Biasanya menonton hubby jer main. Tak pernah cuba.

petang kemarin sbb takde kerja nak buat (lepas masak utk dinner), kami ronda2 keliling kampung. Bonceng kapcai buruk. Masa nak balik tu, kv sempat snap gambar keindahan alam semulajadi. Ni kv nak share kat sini.



kelmarin kv dan anak buah sikit sibuk sbb baru dpt senarai nama tambahan pemborong. Jadi, para pemborong ni lebih tahu dari kami. Tu yg belum pun senarai nama tambahan dipamerkan dia org dah tercongok kat ofis kami. Gara2 politik punya pasal! Kelam kabut jadinya sebab kami tak ready. Terasa kering tengkuk bila dah habis urusan utk petang kemarin. Hmm...nasib badan lah. Bila kerja dlm tergesa - gesa mesti ada benda yg tak sempurna. Kv benci betul kerja cam gini. Nampak macam kita ni lemah ajer. Pagi ni sambung lagih. Tak pe lah, dah kv kerja lagu ni, maka lagu ni la kv kena hadapi.

hmm...tadi masa nak menulis rasa cam banyak idea. Bila dah mula, mati kutu pulak jadinya. Kv stop sini dulu lah. Selamat berkerja semua!

--------------------oOo--------------------

5.07.2006

hai semua..
bestnya org pantai barat, hari ahad cuti ek. Kv dah kerja ari ni. Hmmm...kalau hari minggu boleh ler pose pose atas katil lelama. Hiks...masih tak puas cuti walaupun dah diberi cuti 2 hari seminggu.Kelate kan dah menikmati cuti 2 hari seminggu sejak 17 tahun yg lepas (kalau silap kira, abaikan yer).

nak cerita apa ek? Hmmm..oh hatiku kuciwa karna malaysia tak mampu gi final thomas cup. Poyo la budak hafiz tu. Malu kv org kelate. Hik hik hik..dah kalah nak buat cemana. Tapi time hafiz main mmg rasa tertekan sgt. Mcm kv yg main pulak. Nampak cam tak bersungguh2. Geram weiiii.

frust nyer! frust nyer! masa beng hong (betui ke eja ni) main kemain lagi kv berdoa, bangkit lah, bangkit lah. Dah tertulis malaysia kalah. Tetap kalah. Tak pepasal kv sakit jiwa!

tapi kan beregu pertama malaysia tu hensem sgt. Cam pelakon korea pulak. Boleh jadi bintang filem la lepas ni. Nasib baik dia main ok. Kalau tak, habis blog kasut vincci ni dok mengumpat dia.

geram..geram..geram!!!!!!

umh..kita tinggalkan cerita geram kv. Tak pepasal kv drama queen lak.

hari sabtu tu, kv rasa penat sgt. Kemas rumah skt. Hubby tolong mesin kain. Hang nadim dok mengamuk tak tentu pasal. Kalau dah kebah demam mcm2 lagu yg dibawak. Kenkadang terlepas gak cubitan. Penat pujuk, tapi tak makan saman. Apa lagi, jejari ketam merayap lah. Tu belum abah dia lagi yg marah. Kenkadang kv pun naik gerun kalau hubby marah, sbb dia tak pernah marah ngan kv. Hikss. Katanya anak ni kena gak diajar marah (kalau jenis hang nadim la~nakal over sikit), kalu tak naik minyak pulak. Manja lebih.

bila hang nadim dah ok sikit, hubby layan astro. Discovery channel la tu.Kv dok menatap majalah. Mengantuknya, sedar2 hubby kejut kan suruh gi mandi dan tolong jaga kedai. Mrasa kv tak mandi pagi lagi, pas tu siap tidur bagai. Rupanya MIL bawak hang nadim bertandang rumah jiran. Bosan ngan tempikan halilintar la tu. Hik hik...

lepas zuhur kv layan tv lak. Cerita Karaoke la lagi. Actually cerita ni dah main mlm ahad lepas. Tp kv baru tgk sbb masa ni baru kv boleh tgk cerita melayu. Selalunya hubby yg konker. Lucu gak la crita tu walau lawak bodoh.

lepas solat asar (kebetulan hang nadim dah bangun), kami gi jenjalan. Kb mall la, mana lagi. Sejuk, luas dan plg penting mudah nak paking dan parking tak berbayar. Pusing2, gi jefferson sbb nak bei baju batik utk hubby. Beli satu percuma satu. Mrasalah 49 ringgit dpt 2 kemeja batik satin. Muroh weh.

pas tu gi makan sbb hang nadim demand nak makan yee mee sizzling. Before siap berjanji tak nak main kat playground dulu. Lepas makan baru boleh gi situ. Hehehehehe nampaknya janji dikota kan. Lepas makan solat maghrib. Nasib baik hang nadim ok jer tunggu mama solat. Sayang adik!

pas tu gi beli sikit grocery kat pacific. Dah takde benda nak buat, kami pun balik. Singgah beli roti canai utk org kat rumah tu.
Masa ni tgh tunggu hubby, hang nadim main tolak2 trolly. Bila nak ambik gambar candid, tetiba jer dia posing.

hari ni dah start keje. Pi mai pi mai, tgk2 ada jeruk pala atas meja kv. Hmmm..my bos baru balik dr penang. Ada lawatan teknikal ke sana. Boleh makan jeruk pala sampai puas. Tapi dlm kepala, apa la bos aku ni beli jeruk pala, beli la jeruk salak. Kat penang kan murah. Keh keh keh..tak bersyukur langsung! Nasib baik bos ingat, kalau tak tak merasa lah.

ok lah, dah 3000 patah perkataan dah kut. Nanti buat entry lain pulak. Bayen semua!

--------------------oOo--------------------

5.04.2006

ari tu kan, x budak praktikal singgah ofis kv sbb nak buat reseach. Excited la sbb lama tak jumpa. Kami dulu mmg kamceng.

along + anis: kak kv, apsal nampak berisi. Peknen eh?

kv: berisi? Akak makan byk. Tak peknen pun (sopan jer jawab)

dlm hati tuhan ajer yg tahu. Adoii..makin gemuk aku ni. Camana ni. Makan nasi dah kontrol. Makan pun dlm piring sbb takut terbubuh byk. Hikss. Kat rumah aje lah makan dlm piring. Kat ofis pulak beli nasi separuh. Tapi makan separuh aje. lebihnya bagi itik kat rumah makan. Tapi masih bertambah tambah gemuknya. Hmm..betul la kata angah, keywords nyer senaman. Kv mmg tak sempat langsung nak bersenam. Asyik ada kerja lain ajer nak buat. Miss alasan betul kv ni kan.;)

hmmm...kv dok menanti keajaiban, datang seekor pari - pari dgn tongkat sakti. Bila di hayun tongkat sakti tu, maka kurus la kv. Heheheheheheheheh...kuat betul imajinasi. Hek hek hek. Nak pujuk ati la tu.

abih cerita gemuk...

baca majalah keluarga bulan mei. Tetiba terperasan kawan kv masuk majalah part ubah wajah. Hehehehehe. Hai dodent, nak melaram jugak ek? Biasa la org berkerjaya profesional, mesti la nak sentiasa kemas dan lawa. Lain la kerja kat kampung cam kv ni, kalau rasa rajin, pakai eye shadow. Tu pun ntahapapantah. Main taruk ajer. Kalau tak lipstik pun tak sempat pakai. ;)

kv sms kawan kv yg sorang lg. bagitau yg dodent masuk majalah. Esoknya dia call kv, katanya nak tgk majalah tu. Husband dia tak bagi beli, buat bazir duit ajer katanya. suruh baca kat internet. heheheheh.. kv dulu pun (awal2 kawin) hubby selalu membebel tak kasi beli majalah, bazir katanya. Tapi kv degil, beli jugak. At last, berebut pulak dia ngan kv.

bagi kv, tak membazir benarnya beli majalah kekeluargaan mcm tu. Byk informasi berguna. Baca kat internet rasa tak puas sbb tak boleh pegang. Lepas dua tiga bulan beli kv akan baca balik. tak puas2. Kakak kv selalu mintak majalah lama sbb dia nak jual kat kedai dia (stationery). Tapi kv tak kasi sbb kv rasa sayang sgt kat majalah2 tu. Selalu kv dok angan2, bila buat rumah nanti kv nak ada satu bilik mcm library. Nak tempatkan semua majalah kv.

selalu kv beli keluarga dan wanita. Tapi bila nona dikecilkan saiz, kv pun beli gak nona. Kalau tertinggal mmg kv rasa tak senang duduk. Lain org lain citarasa, lain org lain pendapat kan. Lagi pun kv bukan beli majalah hiburan. Ada resepi, ada dekorasi, kraf, perihal wanita dan rumahtangga, malah soal anak pun ada jugak.

abih cerita majalah....

semalam hubby niat nak gi beli baju batik yg dok survey ari tu. Tapi hang nadim demam lagi. Hmm..cuaca yg tak menentu membuatkan budak keliling kelalang semua demam. Siap batuk bagai. So, tak jadi lah. MIL pun dok ajak gi mydin nak beli brg kedai. Tapi hubby tangguh dulu. Hang nadim biasa la bab berjalan ni, nombor satu. Asyik2 nak gi baby mall (kb mall) jer. Abah dia bawa gi beli ubat kat klinik. Kebah sikit demam dia. Pas tu tertidur.

pagi ni dah ok demam. Tapi takleh putus ubat lah. Batuk berkahak. Itu la yg perlu dihadapi oleh parent kan. Lumrah alam. So, ari plan nak balik rumah mak terpaksa kv batalkan sbb hang nadim tak berapa sihat. Esok pagi baru kami balik.

abih cerita demam....

kat pejabat kv kan takde org muda remaja. Perempuan paling muda beza usia 3 tahun ngan kv. Tu pun dah kawin. Yg lelaki plg muda junior kv (beza setahun) masa secondry school dulu. So yg ada semua dah kertu. Beza kv ngan kakak2 ofismate dekat 20 tahun. Bayangkan lah. Dulu masa awai kerja, semua org ingat kv ni anak ofismate kv masa gi pasar atau kedai. kami mengaku je lah, Malas cerita pjg. Hik hik hik

hehehehe..kv melalut cerita lain pulak dah. Yg kv nak cerita fasal perangai lelaki2 kat ofis kv ni. Walau pun dah tua tapi perasaan muda tu masih ada. Kv tau, ramai yg hanya mulut ajer berdegar degar, buatnya tak. Tapi ada yg buat. So, dgn perbezaan usia yg ketara, maka kv dapat saksikan kegatalan org tua. Hik hik hik.

ada yg bercinta ngan GRO, ada yg bercinta ngan budak u ada yg mcm2 lah. Kv tau cerita dia org dan kv kenal wife masing2. Tapi malas nak campur la urusan org. Ada jugak affair sesama ofismate. Saje, hilangkan boring. Sedap betul dgr alasan dia org kan?

tu yg kv rasa kv bersyukur bila kerja satu ofis ngan hubby (walaupun org kata byk keburukan). Org tak berani nak gossip kv, org pun tak berani nak gossip hubby. Hehehheeh. Selamat kan. Masing2 boleh tgk dgn mata sendiri. Takde la rasa was2. Kv kan tak balik time lunch hour. Staff sini ramai yg rumah dekat ngan ofis. Selalu la keluar lunch ngan geng2 lelaki ni (termasuk hubby).Kv sorang jer pompuan. Kalu gi lawatan teknikal pun selalunya kv sorang jer pompuan. Mcm2 cerita dia org. Kv tukang dgr aje lah, Tu yg byk tau rahsia dia org. Masa anak dara dulu pun mmg dia org selamba jer depan kv. Tu yg terbawa bawa sampai la ni.

yg kv herannya, bebudak girls pakat dok layan dia org ni. Biasa la budak tgh belajar ni kan, duit takde mana. Ambik kesempatan lah. Nak tu, nak ni, tunjuk aje kat abe. Tentu abe belikan. Hikss

hmm..kv selalu terpikir, walaupun baik mana seorang lelaki, bila jumpa pompuan muda dan lawa, mesti akan timbul perasaan nak menggatal. Kan? Dia org bukan tak sayang isteri, tapi saja aje. Kv harap hubby tak buat kv cam tu. La ni tak pe lah sbb 24 jam ikut bontot dia. Kot2 terpaksa asing tempat kerja. Sedihnya hati seorang isteri kan. Baik camana pun tentu rasa cemburu. Nak lagi kv ni yg keras hati. Macamana nak hadapi, kan.

Teringat kawan kv yg kv gelarkan dia si cemburu malaya. Kesnya, ada pompuan cina silap send sms kat suami dia. Luv u, luv u lagi. Mana kawan tak naik angin. Kalau kv pun naik angin jugak.Heheheheheh

kenkadangkan, bila dengar dia org dok puja gadis2 manis tu, terasa buruknya kita ni, dah la tak lawa, gemuk pulak tu, pas tu hitam. Rendah diri sgt rasanya. Tak pasal2 terperasan sensorang. Hikss.. biar la mereka ngan dunia mereka. Cuma kv harap bila hubby sampai usia cam mereka, hubby takkan berperangai buruk cam tu. Sedih sgt.

abih dah cerita merapu meraban kv. Sori nah, peningkan minda korang. ;)

--------------------oOo--------------------

5.03.2006

ni kv nak cerita fasal satu kisah yg berlaku hampir dgn kami. Bukan nak mengumpat sebenarnya, cuma nak berkongsi cerita dgn korang semua.

disebabkan berlaku tegang urat dan tarik muka antara sedara2 hubby dengan hubby dan mek dan che (fasal ukur tanah ari tu), maka kami pun tak berapa ambik tau atau kisah hal dia org.

salah seorang sedara hubby (pak sepupu la, mudah nak sebut) ada 2 org anak dara. Sorang masih skolah dan sorang lagi tgh tunggu tawaran ke u (STPM). Yg tgh tunggu tawaran ke u ni dulu pernah dah ambik stpm sekali, kantoi. Ni yg kedua. Kv namakan dia I.

I ni org nya kecil molek dan putih sueh. Rupanya la ni dia ada boifren. Tak kisah lah kan. Adat manusia, mesti berpasangan. Yg jd hangatnya (bualan jiran2), dia ni bercinta dgn suami org.

entah lah, kv pun tak tau nak komen. Dah dia suka, nak buat mcm mana. Boifren dia pun tentu suka jugak. Si isteri boifren dia mesti tak tau kisah yg dibawa suaminya ni. Kalau tak tentu dah perang. Agaknya lah. Kv nama kan si boifren I ni sebagai A.

A ni rupanya dah ada 2 isteri. Isteri sulung tgh sakit dan dlm rawatan. Isteri kedua masih muda dan bekerja. So, la ni mungkin A ni nak tambah kuota ketiga kot.

3 bulan yg lalu baru kami perasan ada kereta waja selalu park kat laman rumah pak sepupu hubby ni. Ingat kan sedara mara. Tapi rasa pelik jugak sebab tiap2 ari datang berkunjung.

dengar cerita dr jiran rupanya boifren I. Hmmm...la ni timbul pulak cerita (dan kv tgk sendiri sbb rumah kami kat depan. Nak masuk ke rumah dia terpaksa lalu rumah kami dulu), 4-5 kali sehari datang. Takde kerja lain ke dia? Hik hik hik..rupanya kerja kontraktor. Emm..ada duit sikit la kot.

satu hari, pak sepupu hubby yg sorang lagi singgah rumah kami. Termengah mengah. Ingatkan kenapa (kot kot timbul lagi isu ukur sempadan tanah tu). Rupanya dia baru balik dari memanggil adik dia (bapa I) yg tgh kerja (tukang rumah) kat kampung sebelah. Katanya si I dan A tgh bercengkerama di tgh hari buta kat dlm rumah. Masa tu adik dia gi skolah dan mak dia gi kerja. Tapi ayah si I jawab, tak ada apa, A datang sbb nak uruskan kerja untuk I. Tergelak kv mendengar alasan bodoh bapa I. Tapi kami diam aje lah, Malas nak campur urusan org. nanti dikata sibuk nak menjaga tepi kain org pulak.

tiap2 hari mmg mcm tu. Pukul 9.00 mlm dtg lagi utk ambik I keluar. 12.00 mlm masih belum hantar lagi. Kenkadang mak bapak join sekali. Ye la, pak sepupu hubby tu bukan org senang, nak pegi memana pun kena tumpang org. Dah bakal menantu ada kereta. So, apa lagi. Boleh la ronda2. Hikss

MIL dok membebel. Bebel kat kami aje lah. Dia marah ngan perangai ibu bapa I. Sporting tak bertempat. Katanya tak sangka peel ibu bapa menurun ke anak. Mak I ni orgnya jenis 'galak' skit. Cerita dedulu, masa suami keluar bekerja, isteri bawa balik lelaki tempat dia kerja, utk mandi tgh hari dan makan. Bising keliling kampung. Tetapi laki dia buat derk ajer. Nak kata bodoh bodoh alang. Entahlah. Adik beradik mak I ni semuanya perangai cam ni. Kalau pompuan mesti pregnant dulu baru kawin. kalau lelaki akan kawin ramai. Entahlah.

Nak kata org bandar (refer to sporting), org kampung 'darat'. Tiap2 hari bakal menantu ni tercongok kat tangga rumah. 4/5 kali sehari. Hmm mungkin agaknya dia nak tumpang kesenangan org tu kot. Ye la, boleh beli baju baru, boleh topup (hiks) kan senang.

nak kata apa lagi, kalau termengandung, kawin. Kalau org report kat jawatankuasa kampung, kena tangkap khalwat. tunggu dan lihat aje lah kan. Kami bukan tak nak banteras maksiat, tapi setelah apa yg terjadi, tak kuasa nak campur. Biar lah mereka dgn dunia mereka (kv tau statement ni tak kena, tapi kami malas nak melanjutkan pertelingkahan). Biar org lain yg ambil tindakan.

--------------------oOo--------------------

5.02.2006

disebab kv merupakan salah seorang buruh, maka kelmarin kv telah bercuti sbb kerajaan memberi cuti sempena hari buruh. Yeehaaa...best nyer coti.

anak2 buah kv (baya kv) yg kerja kat kl semuanya balik kampung. So, kv pun bercadang nak jumpa dia org sbb dah lama hang nadim tak jumpa sepupu2nya tu.

kebetulan, hari isnin ada pasar tani kat machang. Kakak kv merupakan salah seorang peniaga pasar tani ni. Macam 2 lauk, sayuran dan nasi yg dijual. So, kami berjumpa kat situ la. Sambil tolong kakak berniaga boleh jugak meronda dan tgk tgk gelagat org. Dan jugak makan.

bila dah lama tak jumpa, mcm2 cerita. Kv dan anak buah hanya membahasakan diri aku-engkau sbb sebaya (malah ada yg lebih tua). Dgn hubby dia org guna pangkat lah. Hu ha hu ha, tak hengat donia. Yg paling seronok tentulah hang nadim. Dari awal sampai sampai ke nak balik, dia makan tak henti henti. Sapa yg makan nasi, dia akan join org tu. Makan satay sampai buncit perut. Kekekekekekek. Kakak kv sampai larang dia makan, takut muntah sbb dia tak biasa makan byk cam tu sekali.

yg lucunya, sbb ramai yg berkampung kat situ, kakak kv siap bawak tebu kat rumah lagi utk dimesin buat air. Kebetulan, gerai sebelah kakak tu ada peniaga air tebu. Mmg kamceng lah. Sejak dari dulu lagi. Kv pun dah biasa sgt ngan abg mat tu. Dulu before kawen, kv selalu tolong kakak meniaga.

anak buah kv yang kerja kat yayasan kebajikan bawak 3 org kawan dia balik kampung. Macam2 dia org beli. dodol lah, tudung lah, kain pasang lah. Yang pasti, apa pun jualan hari tu sapu bersih. dari mula kv tolong bungkus nasi, sampai nasi tu habis baru berhenti. Hik hik hik..penat tapi berbaloi lah. Siap kakak kv tumpang tanak nasi (sbb nasi abis awal tapi lauk banyak lagi) dekat restoran sedara kami. Hmmm...abih jugak nasi tu. Nasi kerabu dan dagang paling tinggi permintaan.

pukul satu lebih jualan habis dan pihak berkuasa sibuk meronda suruh kemas gerai. Malam tu ada pulak pasar malam, lebih besar dari pasar tani. So, kami pun beransur pulang. On the way balik tu, hang nadim lentok abih. Mengantuk sgt la tu. Lagi pun perut dah kenyang.

lepas solat zuhur kami semua pakat zzzzzzzzzzzzzzzz.

--------------------oOo--------------------