kasutVINCCI

4.30.2006

kv balik kampung hari jumaat pagi. Selalunya balik petang khamis lagi. Tidur rumah mak satu malam. Tapi hari tu rasa penat sgt. Tu yg balik hari jumaat. Singgah pasar ikan tepi jalan, beli ikan gelama. Best jugak rendam air garam, goreng dan makan panas2. Pas tu singgah beli perut lembu. Nak buat air asam. Makan tengah hari reramai memang best lah. Kecoh dan gamat.

Lepas makan, takde benda nak buat. Cuaca mmg hangat kata org utara. Sakit kepala dibuatnya. Hubby ajak gi mandi air terjun. Rumah mak kv kan dekat ngan Jeram Pasu dan Jeram Linang. Kami pilih nak gi jeram linang sebab kat situ luas dan teduh. Banyak pokok pokok. kat jeram pasu tempatnya sempit dan panas sket. IV pernah gi kan?

Sampai kat Jeram Linang org punya la ramai sampai kan kena park kat atas bukit. Dekat pejabat hutan. Tapi ok la sbb kat situ dataran kejat. Dekat mini zoo. Pengunjung punya la ramai. Xtvt tentu la mandi dan BBQ.

Suasana kat kolam bawah. Kat sini ada byk kolam. Paling atas kena naik tangga entah berapa ratus anak tangga. La ni dah tak kuasa kv nak memanjat tetangga tu. Masa muda remaja dulu, pantang gi mesti sampai kat atas. Bebudak penuh dlm kolam. Airnya sejuk sgt. Mmg best lah.

dekat sejam kami kat situ, so beransur pulang. Nak balik tu punya la ramai org tgh masuk. Jammed.


Hang nadim with sepupunya. baru lepas mandi air terjun.masa ni dah nak balik dah.

petang dalam pukul 7.00 malam, kami bertolak balik rumah MIL.

pagi sabtu macam biasa xtvt kemas rumah. Hari lain MIL yg buat.;). Basuh baju, lipat baju, kemas almari dan semua lah. Pas tu acara memasak utk makan tgh hari. Hubby gi beli itik rumah sedara dia. So, menu tgh hari, udang goreng pedas lengkuas, ayam bakar dan itik goreng. Celur baby corn cicah budu.

lepas asar, gi ronda-ronda. KB mall la, kat mana lagi. Tgh syok meronda tu, tertengok pak guard 2 org dan 2 org lagi staff kb mall tgh pegang budak yg nak mencuri fire estinguisher (betui ke eja ni). Tak semena mena sorang pak guard tu tendang budak tu. Agaknya budak tu cakap benda yg tak elok kot. Tetiba budak tu meronta dan terlepas. Masa adegan kejar mengejar tu, habis di langgar pengunjung. Mmg geram la tgk. Stroller baby pun di heretnya. Terkejut badak bapak baby tu. Org ramai pakat kepung. Kat escalaltor habis dilanggar pengunjung. Akhirnya tertangkap jugak. Hmm...teruk lah kena budak tu. Nak buat jahat kat tempat awam. Siapa nak biarkan. Dari pemakaiannya rasanya budak punk.

turun escalator tu jumpa osman kering. dia pun tgh meninjau kejadian tu. borak ngan dia kejap. katanya ada show kat rtm. sempena konsert diraja. tak sempat nak gi lah. malam ni lah kot. sbb dia buat 3 malam.

LG buat roadshow. Mcm2 acara. best la jugak sbb ramai yg dpt hadiah. Hello moto pun (motorola) buat show jugak. Bebudak tentulah dpt belon.

kami dinner kat kfc. Ingat nak makan pizza sbb dah lama tak makan. tp takut hang nadim boring menunggu pulak sbb kelmarin dia selsema. tp tak demam. takut dia meragam. Tapi ok ajer dia. So, kv makan chicken chop dan hubby makan snate plate hot and spicy. hang nadim share ngan kita org lah. punya la byk dia makan.

sambil tu survey baju batik utk hubby sbb kena pakai masa annual dinner nanti. Butik jafferson Sale sampai rambang mata. Baju batik selai 49 ringgit jer. Beli satu percuma satu. Mana nak cari. Hik hik hik. Tgk kat butik lain 280 ringgit harga biasa. Kat jefferson tu bukan kain sutera. Kain kemeja biasa tapi lembut dan sejuk cam sutera jugak. Nanti nak gi beli kat situ lah.;)

--------------------oOo--------------------

4.27.2006

hai semua...

kv nak upload gambar tapi masih tak dpt2. Rasanya bukan servis line yg peot, agaknya komputer kv yg dah kertu. Ihiksss...

kelmarin kv agak sibuk. Sampaikan kv rasa berpinar pinar. Hik hik hik..ye la, selalunya bukan takde kerja, tapi tak byk dan dateline nya boleh dikejar. Teringat nostalgia kerja syarikat kontraktor dedulu. Time nak isi borang tender, mmg berkampung kat ofis lah. Nak cari quotation bukan main sakit kepala. Nak kejar dateline tutup tender tu sampai demam2. Hikss..tu belum kena bambu dgn bos lagih.

kv pun kenkadang tension kalau kerja jadi lagu ni. Dah la benda tu sampai lewat, nak pulak suruh hantar cepat2. Kak sya mesti biasa senario gini kan?. Hehehehehehehe. Dua hari lepas kv terpaksa kontek 69 org pemborong sbb bos nak beri taklimat berkaitan projek. Penat tangan mendail nombor. Tak pepasal kv kena jd operator pulak.

taklimat dibuat kelmarin. Bertembung pulak dgn program plkn. Hmm..sibuk sgt ofis kv jadinya. Ada pulak perlawanan panton (betui ke eja ni) dan ping pong. Mmg gamat lah.Tgh hari baru bebudak tu balik kem.

kv ngan bos pulak dok berperang di bilik mesyuarat dgn para pemborong tu. Macam2 soalan. Dah la payah nak faham. Sudah tu, kv kena selesaikan beberapa perkara sbb my bos kena gi sambut menteri yg nak datang. Esoknya (hari ni) bos mesyuarat di KL. So, kv kena siapkan beberapa item utk ditandatangan. Rasanya nak bernafas pun tak sempat. Berhenti makan dan solat kejap, pas tu sambung balik.

adoii..nasib ekau lah kv.

balik rumah kv rasa penat sesangat. Hmm..kalau penat mcm main badminton ok jugak. Rasa segar tubuh. Ni penat otak. Mmg penat sesangat lah. Nasib baik ada pasar malam, tak payah la kv memasak utk dinner. Kami bonceng kapcai buruk gi pasar malam peringat. hang nadim mintak murtabak. Kami beli nasi ayam utk kami. Beli nasi kerabu utk mak dan mek. Che pulak beli mihun celup.

lepas isya', iron baju kerja. Tak laratnya rasa. Pas tu, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tidur depan tv. Tak sempat nak tgk CSI.

hari ni, kv horay horay kat ofis sbb bos besar takdak. Bos kecik sikit biasa lah jenis faham jiwa. Pepagi lagi ajak kv gi site sbb nanti nak bagi peluang kv gi meronda pasar minggu pulak. Kekekeekekek. Patut la kv penat kelmarin, ari ni boleh releks sbb semua kerja dah beres.

kat pasar minggu, kv sempat beli kain pasang. Sutera shiffon. Colour peach, bunga kaler purple. Ingat nak pakai masa annual dinner jabatan nanti. Keh keh keh. Tgk tudung opel. Nama tudung tu tudung mawi. Penjual tu la yg cakap. Murah giler. 2 ringgit satu. Harga asal tudung tu 25 ringgit. Ye ke tak kv tak tau la. Tapi mmg murah lah. Berduyun duyun org berkerumun. Termasuk kv la tu. Hehehehehehehee.

pas tu gi beli baju baby. Bukan utk hang nadim. Kv nak gi ziarah anak kawan kv yg dah sebulan lebih bersalin. Geram betul tgk baju2 tu. Comel sangat! Dah tu, rasanya takde benda nak beli. Kv pun masuk ofis semula.

itu aje lah.

bituai bituai bye.

--------------------oOo--------------------

4.25.2006

dari kelmarin lagi kv cuba nak taruk entry baru. Tapi servis internet punya la hazab. Naik boring kv dibuatnyer.Dah la kelmarin bz sket. Sikit aje lah. Hik hik.

ari ni pun kv try jugak nak publish gambor. Tapi non ado jugak. Hmmm...apa nak buat. Nanti la kalau ada masa, try lagi.

apa nak cerita ek? Cerita hang nadim dulu lah. Sehari dua ni mek dah tak bagi dia pakai diapers. Hik hik hik. Kv pun terkejut sbb ari tu masa hubby suggest mek buat donno ajer. Tetiba lak ikut saranan. Agaknya dia tgk kv tak pakaikan hang nadim diapers pd hari minggu kot. Hari tu dia terb***k dlm seluar. Kekekeke. Malu dia. Tak pe la, lelama pandai la cakap. Petang kelmarin lepas maghrib baru balik. Asyik nak berjalan ajer. Abah dia yg layan. Rupanya main kejar2 kat tali air. Balik rumah tu dah basah seluarnyer. Hmm...harapnya sehari dua ni ringan la mulut dia nak bagitau.

balik kerja kelmarin sibuk dia mereport yg kete mercedes dia dah rosak. Hik hik hik...kete tu kami beli sempena hari jadi dia yg ketiga. Kami panggil kete mercedes sbb lambang kat depan tu mmg mercedes. Angan2 sungguh! Kete tu dah tercabut skru. Byk tempat pulak tu. Patut la kv asyik jumpa skru ajer. So, chasis dah tertanggal dari body. Hubby janji nak beli skru. Pesan ngan dia jgn naik dulu.

malam tadi dia sibuk kacau mek dok jahit bantal. Siap ajer, dia yg rasmi dulu. Letak kat kepala, kiri, kanan dan kaki. Amboiii...macam raja pulak. Yg tak tahannya siap tumpahkan susu lagi tu.

2 - 3 malam ni dia tidur nyeyak aje.Tak bangun mintak susu pun. Kami pun naik heran. Rupanya, dia lentok sbb ubat batuk. Hmmm..la ni kan musim panas. Jadi dia batuk lite lite. Kv ngan hubby pun dah berjangkit ngan dia. Selsema. Tension betul hidung tersumbat ni. Macam bernafas tak berapa lepas ajer.

ok la kenkawan, kv nak gi lunch dulu. Selamat menjamu selera yer. Adioss

--------------------oOo--------------------

4.23.2006

CORETAN HARI MINGGU KV

Macam biasa, petang khamis kv balik kerja. Siap baju dan barang hang nadim, balik rumah mak kv. Selagi kv terdaya (hikss) itu la rutin mingguan kv. Balik jenguk mak. Kalau tak balik kan tertunggu tunggu pulak org tua tu.

Sampai rumah mak hari dah nak gelap. My sis pun ada balik jugak. Ramai la penghuni pd hari minggu. Selalunya my sis yg sorang lagi aje yg ada. Dia mmg dok ngan mak kv. Bersama suami dan anak2 dia lah.

Aktiviti hang nadim dan sepupu sepapatnya.

Tangkap burung. Kesian anak burung ketitir ni. Baru jer nak belajar terbang bebudak tu dah tangkap. Letih jer gayanya. Kami pun pujuk la bebudak tu suruh lepaskan. Kesian kat mak dia dok cari anak hilang.;)

Hang nadim bersama sebahagian dari sepupu sepapatnya.;)

Lepas tangkap burung dan lepas kan, aktiviti dia org kutip buah buahan kampung keliling rumah.


Buah roselle...masam jer.


Buah ceri kegemaran hang nadim.

Buah salak..putik lagi.


Buah jambu...best makan colek cuka.Nyum nyum

Petang jumaat kami balik semula ke rumah MIL. Kv masak utk makan malam. Simple ajer. Goreng kunyit ikan bawal, singgang ikan tenggiri dan rebus telur penyu. Telur penyu tu kakak ofismate bagi sbb dia baru balik kursus dari kemaman. Kopok lekor masih ada dlm peti, tak sempat nak makan lagi.

Sabtu pagi, Kv mengular dulu. Hik hik hik...bestnya hari minggu. Boleh landing lelama atas katil. Tok lebe dah beli sarapan pagi. Nasi kerabu ayam goreng. Kv share ngan hang nadim.

Pas tu hubby ajak teman kan dia gi mesin lalang dalam kebun. Perancangan nya nak mesin kat kebun pisang dulu. Nanti buah durian nak tiba musim luruh, baru nak mesin semak samun kawasan tu.

Hubby tgh menjalankan kerja - kerja nya. Kv ngan hang nadim lapak bawah teduhan daun pisang jer. Lepas tu cek datang tolong. Dia merumput tempat yg hubby dah masin tu. Biar kan kering dulu, esok baru gi bakar. Kv pun tolong cek sesikit. Adoii penat la jugak. Boleh la nak keluarkan peluh tu.Hikss

Kendian, hang nadim dah boring, asyik merengek nak balik ajer. Kebetulan cek dah penat, so dia la bawak hang nadim balik dulu. Kv tunggu sampai hubby siap. Minggu depan ada sikit lagi nak habiskan.

Balik rumah kv basuh baju2 yg tak boleh dimesin. Kalau mesin jugak, habis koyak or tercabut segala manik2 tuu.Hmmm...masa membasuh tangan tu, baru rasa nyesal lak beli baju2 tu. Sbb malas nak basuh tangan.Hikss. Pas tu nak beli lagi.:)

Sudah tu, kami bersiap nak gi HUSM. Ramai sedara mara yg sakit dan masuk wad. Memula tu lawat saudara hubby yg kena ceaser sbb high blood pressure. Anak dia sihat dan besar. 1.7kg walau pun 7 bulan kalau nak bandingkan ngan hang nadim dulu 1.1kg jer.

Sudah tu gi ziarah bekas cikgu hubby yg kena kanser saraf. Baru hari ni boleh makan. Ye la dia buat kemo kan, mana selera nak makan. Siap bermaaf maafan lagi. Bergenang air mata hubby. Umur dia dah 63 tahun. Tgk keadaan dia macam tak lama dah. Tapi wallahualam.

Pas tu gi ziarah kawan hang nadim. Budak pompuan. Umur 12. Selalunya dia suka melayan hang nadim main bola. Kesnya jangkitan kuman pd saraf. Macam kita kena tindakan reflek tu. Maknanya, pergerakan tubuh tanpa kawalan otak. Masa nak X ray terpaksa di pegang sbb dia mcm menggelupur. Bila ditanya, katanya mmg dia pun tak tau kenapa tubuhnya ter laku cam gitu. Pelik sungguh penyakit zaman sekarang.Kelmarin dia dah ok sikit.

Balik rumah, hang nadim tidur. Lepas asar, kejutkan dia sbb kv dah janji nak gi birthday party anak kawan kv. Dia buat kat A&W. Ingatkan biasa ajer. Rupanya grand sesangat. Hmm..naik segan pulak kv. Bebudak pakat dok takut kat maskot beruang tu. Hikk hik hik..hang nadim pun siap meraung jugak. Pas tu sebok menanya badut (maskot tu) gi kemana. Byk sungguh dia makan. Pas tu pakat2 main gelungsur. Nak bersurai tu, tuan tanah siap bagi goodies(betui ke eja ni) lagi. Hik hik hik naik segan pulak kv. Ye la, hadiah yg kita bawak tak seberapa. Hang nadim siap dpt 2 goodies bag lagi. Tapi terlupa nak ambik gambar.

Usai kat situ, kami ke kb mall pulak. Ingat nak buat pemeriksaan gigi percuma. Bila pikir kat hang nadim yg cepat boring, cancel lah. Dapat belon ajer lah. Kami beli barang dapur sikit. Balik tu singgah beli roti canai kat cek dan mek. Sampai rumah, sebok hang nadim menceceh cerita pasal maskot A&W tu. Siap mimpi2 lagi. Pagi tadi elok aje bangun tidur. Bila ditanya pasal maskot tu (dia panggil badut) tersengih sengih dia. Hmmmm...bebudak kan, bahgia nya dunia mereka.


--------------------oOo--------------------

4.20.2006

CERITA PAGI KHAMIS

Cerita apa ek pagi ni. Takdak menarik pun. Kelmarin kv tak sempat nak update entry sbb sibuk sesangat. Bolg kenkawan pun tak sempat jenguk semua. Nasib baik assignment tu dpt disiapkan petang kelmarin. Boleh la kv beronggeng hari ni. Yahooooo....

Hmm...masuk toilet pagi ni kv rasa frust sgt. Dah 10 hari kv lewat datang bulan. Pagi ni dah peot (sori ye kenkawan lelaki, ni cerita org pompuan). Tak mengandung lagi la jawabnya. Oiii MR, camana kita ni??? Hik hik hik..tak pe lah. Masih belum ada rezeki. Ofismate selalu perli tau. Mama jgn kedekut, abah kena rajin. Hik hik hik hik...

Dah...abih cerita tu. Sambung cerita lain pulak. Petang kelmarin kami gi pasar malam Peringat. Ingatkan nak gi ngan motor. tapi mek nak ikut jugak. Kena la gi ngan kete. Mek nak beli kain untuk buat bantal. Ye lah, dah lama dia dok proses kekabu nak buat bantal. Tapi takde kain, camana nak jadi bantalnya. Kat rumah kami dah nyk bantal kekabu yg mek buat. kalau pure org kampung mesti tau bantal ni. Ye la, kat supermarket sekarang jual bantal bulu angsa atau benang sintetik. Mana ada bantal kekabu.

Kat pasar malam tu jugak Raja Lelong Malaysia (dia yg boh nama tu sendiri) tengah melelong barang mainan kanak kanak. Mmg byk la. Macam ada. Tapi byk yg dah tercabut atau rosak. Harga dipotong mmg gegila. Siap percuma dua tiga barang lagi. Tapi hang nadim minat pegang ajer. Tak minat membeli. He he he. Selamat duit mama.

Kejap lagi kv nak gi meronda pasar minggu lah. Lintas jalan depan ofis kv ajer. Selalunya mcm2 barang yg dijual. Pasar tani pun ada sekali.

Ok lah, kv nak kluar site kejap. Daaaaa

--------------------oOo--------------------

4.18.2006

BENGANG

Sori lah, tajuk entry kali ni kurang enak didengar. Masa menulis ni pun kv masih lagi tak hilang perasaan marah dan sakit hati.

Kalau kawan bloger ada mengikuti catatan kv sebelum ni mungkin perasaan yg kv dan hubby pernah kena blackmail. Kv dah pun dipanggil oleh badan penyiasat jabatan. Settle. Pas tu pulak dipanggil oleh panel penasihat tatatertib. Settle. Tiada tindakan terhadap kv dan hubby sbb tuduhan tidak benar sama sekali. Masalah pun selesai. Bos kv pun tak sakit kepala dah.

Kv pun malas nak pening lagi, tukar department. Malas nak berhubung dengan pelanggan sbb kalau masih ada yg sakit hati kat kv mungkin akan ambil kesempatan menyamar sebagai pelanggan seperti sebelumnya.

Kerja berjalan lancar dan kv pun dah lena tidur malam. Siasat punya siasat dah dpt sikit clue org yg buat jahat tu. Tapi kami pikir panjang jugak. Kesian kat my bos yg bertungkus lumus menyelesaikan masalah ni. Kalau kami buat onar kat org tu, bos kami jugak yg kena. So, kami pendamkan sahaja rasa terkilan tu. Minta pada Allah supaya org tu dpt pengajaran dan insaf.

Hari ni, my bos panggil lagi kv dan hubby. Surat dari pihak atasan. Katanya my bos kena tindakan tatatertib sbb tak menyiasat tingkah laku anak buah dan membiarkan anak buah sewenang wenangnya. NI kes blackmail dulu la tu. Bila tgk tandatangan, rupanya org baru. Baru bertukar ke department tu. Benda dah selesai lama dah, dia bukak balik. Mana kv tak sakit hati. Geram nya hanya Allah yg tahu. Tak pasal pasal my bos kena tindakan tatatertib.

Bodoh betullah (sori la bahasa kv untuk kali ni mungkin sedikit kasar). Kenapa tak online utk semua. Org yg ingin mengambil tindakan tatatertib terhadap my bos tu jugak dibawah seliaan geng yg menyiasat kes ni dulu. Macamana ni? Pegawai bawahan dia tak buat kerja ke atau dia yg tak tahu buat kerja? Mangsa nya adalah kami.

Entah lah, kv pun dah tak tau nak cakap apa. Yg kv tau dia org tu berlagak pandai ajer. Menyusahkan my bos pulak nak menjawab surat tu. Terpaksa bukak fail lama nak mencari bukti bukti yg kes ni dah diselesaikan. Aduhai....

Kv tau ini ujian buat kami. Tapi yg kv tak boleh nak terima nyer, benda dah selesai dibuka balik oleh org yg tak tau apa2. Kv tau kelemahan manusia. Tapi sebelum apa2 tindakan dibuat biarlah kita tau selok beloknya. Jgn nak berlagak pandai. kan malu sendiri.

My bos dok pujuk kv suruh senyum. Tak payah risau. Kv langsung tak boleh senyum. Kv bukan risau pun. Yg kv tau sekarang kv sakit hati dan geram. Kv tinggalkan bilik bos cam tu saja. Hubby cuba dtg pujuk, katanya tak payah risau. Namun kv tak boleh bercakap sekarang. Kv rasa geram yg teramat.

Ya Allah ya tuhan ku, biarkan la benda ini berlalu pergi dari hidup ku. Bukan tidak boleh menerima dugaanMU. Namun jadikan aku insan yg mampu memikulnya. Kv dah istighfar byk2. Hati pun dah cool skt. Sikit aje lah. Namun kv masih lagi geram.

Sori my friends, terpaksa baca luahan kv. Kv tak boleh nak cakap ngan sesapa waktu ni. Hanya kat sini kv boleh luah perasaan.

--------------------oOo--------------------

4.17.2006

DEMAM LAGI

Balik kerja ptg kelmarin mek report yg hang nadim demam. Aduhai demam lagi?? Baru tak sampai dua minggu dia demam. Tapi hang nadim mmg tak makan saman betul. Dalam demam pun asyik merengek ajak mek dia gi jenjalan. Abih org yg dtg membeli kat kedai runcit mek dia nak ikut. Hai...kv rasa dia bosan tahap gaban kot dok kat rumah. Takde kawan sebaya. Semuanya org tua. Hikss


Memula tu takde la teruk sgt. Tapi mengada ngada. Demand mcm2. Malas mandi. Malas makan. Malas menyusu. Semuanya malas. Yg dia mau, bertandang ke rumah org. Hmmmm...

Tapi yg peliknya time dinner dia makan byk pulak. Padahal lauk daging bakar dan kicap aje. Siap bertambah tambah. Demam apekebenda? Tidur awal dia mlm tadi. Agaknya penat sgt kot. Pukul 12.00 mlm cucuk torpedo kat bobtot dia. Sampai pagi demamnya tak kebah kebah.

So, kami pun terpaksa ponteng kerja kejap sbb nak bawa hang nadim gi injek dulu. Kami dah maklum, kalau makan ubat or cucuk torpedo masih tak kebah, makna nye kena cucuk jarum lah. Merengeknya mengalah kan apa. Tak nak duduk, asyik nak dokong ajer.

Lepas injek tu, ok pulak dia. Sebelum tu, tak kasi mama ngan abah gi kerja. Nak ajek gi jalan2. Kv pun prok prek prok prek membebel. Kalau tak kerja mana nak ada duit nak beli aiskrim la, nak beli basikal la, nak beli mainan la. Diam aje dia. Mcm la dia faham. Hikss. Agaknya dia tau kot.;)

Balik dari klinik dia dok main helicopter visel yg dibeli dlm pasar Melor tadi. Leklok je babai kat mama dan abah. Mcm takde masalah pulak. Jam 11.30 hubby call mek, hang nadim dah tidur. Kv rasa dia demam urat kot sbb tubuh dia yg panas, kat leher cam biasa jer. Bukannya nak selsema. Ye la, tak pernah dok diam satu hari kecuali tidur. Mana tak penat badan. Lagi satu, masih lagi jalan terhencot hencot. Tapi tak la teruk cam hari tu.

Agaknya la ni musim demam kot. Budak budak dekat rumah kv tu pun ramai yg demam. Kv sendiri pun demam lite lite. Hik hik hik. Entah la. Tubuh panas ajer. Pas tu pening sesikit.Pregnant? Malas nak pikir. Sebab dah terjadi sekali, excited kemain, 2 minggu terus dtg bulan. Frust...

Bos dok ajak kv ngan hubby gi kl weekend ni. Bukan tak tertarik, tapi kesian nak tinggalkan hang nadim. Nanti dia mencari cari. Maklumlah dah besar. Dah pandai teringat. Bos suruh kami bawak ajer. Tapi rasanya tak sanggup kot. Kalau dgn family sendiri lain lah. Segan la kalau hang nadim meragam tak hengat dunia nanti. Mulanya plan kv nak gi ngan fligt bersama hang nadim. Tak la ambik masa pjg. Tp hubby tak bagi sbb dia takut hang nadim dok meraung dlm kapal terbang tu. Maklumla, hang nadim ni hantu penakut. Lagi pun kv tak biasa sgt ngan KLIA tu. Ingat ingat lupa dah.So, plan dibatalkan aje. Tunggu la hang nadim besar skt lagi.;)

--------------------oOo--------------------

4.16.2006

PERISTIWA MEMALUKAN

Dalam hidup kita kan, selalunya kita tak perasan atau tak terbayang akan terjadi peristiwa yg mmg memalukan kita. Kiranya malamnya kita tak boleh tidur lah asyik dok teringatkan benda yg terjadi tu. Kv ni kan jenis terlalu memikirkan satu2 perkara. Terutama benda tu mmbuatkan kv rasa malu sesangat, padahal bagi org lain benda tu biasa ajer. Antara peristiwa yg kv alami kv catatkan kat blog ni. Mrasa....

1) KFC Langkawi
Kv kan semenjak dua menjak ni kalau bos tanya nak pi mana time cuti, mesti cadangkan langkawi. Sbbnya kv suka sgt shopping pinggan mangkuk. Kalau gi sana hubby selalu buat sekatan perbelanjaan. Ye la, rambang mata. Semua nak. Tak terlarat nak angkut naik feri pulak.

Satu kali tu, akak ofis kv ikut sekali. Kv kira dia mcm kakak sendiri la. Mmg baik sgt hubungan kita org. Kakak ni pun nak belanja la KFC. Kita org beli byk la jugak. Tapi kan sos yg dibagi sikit ajer. Masa nak keluar tu, kakak ni sambar la satu botol sos. Kiranya dia org tak kisah la kot sbb kita org beli byk. Sampai kat pintu, sorang staff kfc tu panggil kami. Masa ni dah bukak pintu nak kluar dah. Dia sound, katanya sos tu kena bayar asing. Kita org malu sgt. Rasa semacam ajer. Bagi balik sos tu kat budak kfc tu. Menonong ajer keluar. Terasa kulit muka kv dah kebas2. Mcm semua org dlm kfc tu tgk kat kami. Maluuuuuuu. Pastu siap pesan memesan, jgn bagitau geng. Malu.

Akhirnya peristiwa ni pecah jugak. Tapi bukan time tu lah. Time kita org kat KL. Pakat2 gelak. Masa tu rasa malu kes peristiwa tu dah takde.;)

2) Jatuh dari van
Masa skolah menengah dulu, kv naik van (bas sekolah) sbb malas nak berebut bas biasa ni. Sampai kat rumah, kv pun turun la. Entah macamana budak yg kat belakang terpijak kain kv masa kv melangkah turun tu. Apa lagi, mcm nangka busuk jatuh la. Dah la atas crusher run. Sakit tgn kv. Kenkawan pulak pakat2 gelak. Sakit hati betul. Malu lagi satu hal.Gi skolah utk aktiviti petang tu, kenkawan masih lagi dok gelak perkara tu. Bukannya nak kesiankan kat kv pun. Bukan sekali tu aje. Dua kali benda tu terjadi kat kv. Entah lah. Nasib baik tak lekat gelaran Miss Jatuh pulak.

3) Kamera
Dulu, masa belajar kat U, jarang manusia yg ada digital camera. Kamera biasa aje. Hobi kv mmg suka ambik gambar. Bila masuk loan, Kv pun gi la beli kamera.Dia bagi la percuma bateri dan filem. Syok2 tangkap gambar, dah terlekat filemnya. Kenkawan semua suruh gi balik kat kedai tu tanya kenapa. Kami pun reramai la pegi. Bila cina tu tgk, katanya takde masalah pun. Filem rolling baik aje. Dah cukup 24 keping. Laaaa...kami ingatkan 36 keping. Malu siot. Kami pakat angguk aje. Ambik kamera tu terus blah. Gelak diri sendiri sbb tongong. Kenapa boleh tak perasan. Hikss malunya.

Hmm..masa nak menulis tadi ingatkan byk peristiwa yg memalukan dlm hidup kv. Tapi penat la fikir. Tak ingat lah. Itu aje lah.

--------------------oOo--------------------

4.13.2006

ROJAK

Uishhh...telan ayaq liur. Best jugak lama tak pekena rojak. Tapi kv bukan nak cerita fasal rojak. Tapi kiranya entry kali ni campur campur lah. Cam rojak. Dari pagi kv dok pikir nak buat entry apa. Tapi langsung takdak idea. Hmmm..empty aje my mind nih. Tapi kalau tak buat entry rasa tak lengkap jer hidup dlm satu hari (berapa byk tapi daa).

Suasana kat ofis kv ari ni tak sibuk sgt. Kv pun lepas tukar department ni makin releks. Dulu rasa jeles jer ngan org sbb department dulu mmg kerjanya sentiasa ada. Byk pulak tu. Tp la ni byknya bermusim. Tu yg kv boleh layan internet satu hari sampai senak mata dibuatnya. Petang kelmarin kv OT sampai jam 5.30. Big boss dok tunggu kv siapkan dokumen sbb pagi nak bawak gi meeting. Sebenarnya bukan kv buat kerja last minit, tp pegawai2 lain yg lambat submit kat kv. Nak edit dia org punya satu hal pulak. nak buat summary lagi.

Tadi sempat gi meronda dlm pasar minggu depan ofis kv. Beli selimut utk hang nadim. Beli sarung bantal 2 bijik. Beli dulang melamine. Beli tuala 3 lai 10 hengget. Beli apa lagi ek? Takde dah kot.

Tgh hari tadi kv rasa cam nak makan nasi air (bubur nasi). Entah la sehari dua ni kv cam mengidam nak makan makanan berkuah yg panas. Hiks...cam mengandung pulak. (period kv dah lewat 3 hari). Ya allah ya tuhan ku, kurniakan lah zuriat buat kami. AMinnnn. Nasib baik bubur nasi pakcik tu ada lagi. Makan la kv dgn senang hati.;)

Selalunya tiap kali datang bulan, mmg sedih sgt. Tension rasanya. Sbb dok harap sgt agar mengandung. Tapi dok pujuk hati, at least kv dah ada anak sorang. Org lain tu, takde anak langsung, lagi hebat ujian buat mereka. Ye la..tension kv pun cool sikit.

Malam ni ada majlis kenduri arwah. Org kelate panggil makan 40 hari. Hari tu kan tok saudara hubby meninggal dunia. Masa majlis ratib sampai tujuh hari tu kv langsung tak pegi sbb hubby buat sekatan. Hubby pun langsung tak pegi. Hai..kv pun dah abih ayat cuba pujuk dia ( ni kes pasal ukur tanah hari tu lah).
Sebab masa gi ziarah arwah dulu kan, sepupu sepapat mek termasuk anak2 dia org sekali pakat tarik muka pd kv dan hubby. Siap menyorok balik tingkap pakat dok intai kami. Tu yg hubby sakit hati sgt tu. Kata hubby, kalau betul hubby bersalah dia tak kisah diperlakukan mcm tu. Tp mmg ternyata tak salah kami. Dah tau salah mereka, kenapa buat perangai cam budak budak pulak.

Tapi masa dan keadaan akan memulihkannya. Kebetulan hari tu cek kan masuk wad. Hikmah yg Allah beri disebalik kejadian. Dia org pakat2 berlakon dtg tgk cek. Ye la, dalam hati sapa yg tau kan. Sama sama la berlakon.Hiksss

Malam ni hubby janji ngan mek nak gi la majlis tu. Harapnya hubby kotakan janji. Sbb memang sikap dia kalau dah dia marah, susah nak pulih. Tp dia sukar nak marah kat org. Tak macam kv. Mek siap kirim suh beli baulu kat tepi jalan lagi. Kalau kat sini, kenduri arwah org akan mengaji. Tamat majlis tu, qari ni akan diberi buah tangan berupa kuih muih, kain pelikat, dan duit sikit.

Rasanya kat rumah tu tentu tok lebe (mak) tgh dok berperang ngan hang nadim. Mak ni pakar dalam buat kuih tepung bungkus. Mmg sedap lah. Petang kelmarin dia dah kacau inti (nyiur parut dan gula melaka), tapi hang nadim curah air dalam bekas inti tu. Hai...nakal betul hang nadim ni. Kalau org buat kerja, dia pun sibuk nak berkerjasama. Kalau patuh arahan ok la jugak, ni main hentam cromo' ajer. Tu tak mengacau cek dok hiris tembakau lagi tu. Nanti kv buat entry fasal tembakau darat ni.

Dah seminggu hang nadim jalan terhencot hencot. Bila ditanya katanya sakit lutut. Entah betul entah tidak. Kadang2 dia terikut ikut sgt ngan gelagat sepupu sepapat nya yg dah besar2 tu. Main power rangers la, main terjun terjun la. Mmg kalau dia org main, lasak betullah. Tapi mmg kv perasan kalau bangun tidur, jalan dia mesti tak sempurna. Kalau duduk lama sket pun cam tu jugak. Bila pegang kaki dia, takde tempat yg sakit pun. Kv rasa dia terseliuh urat jer kot.

Kalau main henfon mama mesti dia akan syok sendiri. Screen henfon kv tu gambar dia. Mesti dia akan kata, emmmm comelnya adik. Hak hak hak..perasan!! Pas tu pura2 telefon kenkawan dia la, makcik makcik dia la, Abah dia kat sebelah pun dia call. Imaginasi tinggi sungguh.

Hubby dak stop projek tahan pukat dia dua hari lepas. Gelak besar kv bila dia bagitau dah penat nak kutip ikan ikan kat pukat tu. Dah la satu rumah bau ikan pekasam. Kv asyik dok perli dia, tahan la lagi. Tak takut rugi ke ikan ikan tu dpt kat org lain. Katanya dah tak rasa rugi apa dah. Dah nak hancur tgn dia tercucuk duri2 ikan. Penat nak menyiang lagi la satu hal. Tambah lagi permintaan bini dia yg nak makan pais telur ikan. Kena la hati2 masa belah perut ikan tu. Takut telur tercampur ngan hempedu. Hik hik...sayang bi!!

Hmmm..rasanya itu aje la cerita rojak ari ni. Kalau rojak tak sedap jangan report ngan persatuan pengguna ye.;)Bayen.

--------------------oOo--------------------

4.12.2006

7 tabiat pelik

to be sporting, kv pun nak tulis jugak lah fasal habit2 buruk dalam hidup sebagai kasutVINCCI ni.

1.Baca majalah
bila baca majalah (mmg penagih tegar) kv suka tgk dari belakang dulu baru ke depan. Kenapa tatau. Mungkin kv rasa bila baca dari belakang, lambat abis kot.:) Entah lah. Tp mmg mcm tu lah.

2.Cakap lepas/balas dendam
kv ni kan jenis berterus terang sgt. (Tp ada jugak masa kv pendamkan aje. Tgk keadaan la). Kv tau ramai kenkawan, atau family sekali pun byk yg makan hati sbb kalau benda tu tak elok atau salah atau kv tak suka, kv hentam kromok jer. Betullah benda tu benar, tp mmg org tak boleh nak terima cara pendekatan kv. Tu yg kv byk sgt berdoa minta ngan Allah agar lama kelamaan kv dpt berubah. Nak jauhkan dari org rasa sakit hati ngan mulut laser kv.

Hik hik hik..dendam pulak takde la melibatkan nyawa sebenarnya. Tp kv ni jenis pendendam, teruk sgt kan? Kalau org tu buat kv sakit hati, kv akan cuba sedaya upaya ni untuk nak bagi org tu sakit hati jugak. Sama - sama merasa la kan. Tp kalau kv rasa mmg kv dipihak yg benar lah. Kalau dah betul kv salah, dgn ikhlas kv akan mintak maaf. Kalau tak, mulut jer ckp maaf tp hati tak lupa.;) Teruk kan?

3.Makan sambil menonton
kv ni dulu masa dok ngan mak (bujang) mmg takde org kat rumah. So, balik skolah takde kawan dah. Nak borak ngan mak kv bukannya jenis suka bercerita ngan mak (masa tu lah). So, makan sambil tgk tv lah. Rasa best sgt. Lepas ayah meninggal, masa bulan puasa mak selalu berbuka kat masjid ngan kenkawan dia. Kv berbuka depan tv aje sensorang. Sedih sgt. Tp dah jadi habit tau sampai la ni. Suka makan depan tv.

4.Makan sambil membaca.
kakak kv selalu perli yg kv ni hantu buku. Asal dok diam, mesti ada bahan bacaan ditangan. Dah jadi tabiat tau. Tp bukan buku pelajaran lah. Surat khabar pembungkus makanan pun kv akan baca. Mmg tak boleh lah kalau tak membaca masa makan kecuali kat majlis org, apa ke jadah nya kv nak beraksi mcm tu pulak.

5.Malas.
Kv ni kenkadang selalu bersikap lengah tau. Suka dok bermalas malasan. Kalau bangun tidur tu, lepak dulu kat sofa. Mak selalu membebel, bangun tidur pun tidur jugak. Hik hik hik. Kalau dulu rendam baju dlm besen (masa tu rumah kv takde washing machine) 2-3 hari baru basuh. Sampai bau dia, Ya Allah, boleh muntah dibuatnya. La ni basuh baju malam, balik kerja petang esok baru jemur. Nasib la hubby jenis tak cerewet sgt. Tak pun dia yg tolong jemurkan.

6.Penakut
Takut kat binatang yg menggelikan terutama nya katak, pacat, lintah dsb. Selalu kv dok imagine binatang2 tu jadi besar dan serang kv. Ishh..geli betullah.
Lagi satu takut nak bawak kenderaan. Dulu masa ada kereta sendiri, takut takut pun kv bawa jugak sampai dah konfiden. La ni kalau nak bawak kete, mmg gemuruh sgt lah. Ye lah, kete kv hubby dah jual. Katanya membazir 2 kete sbb kerja satu company. Motor kv langsung tak boleh bawak. Masa nak ambik lesen memandu dah siap boleh pusing keliling rumah. Masa tu happy tak terhingga. Tp bila test, ambik lesen kete aje. La ni langsung tak boleh. Adik beradik semua pakat dok ejek kata kv mmg kenis penakut sgt2.

7. Suka makan benda yg org lain tak suka sgt.
Contohnya kv suka mengunyah keropok keping/lekor yg belum digoreng. Kadang2 tu, kalau beli time kerja, bila sampai kat rumah dah abih separuh kv makan. Suka telur masin, suka budu, suka ikan kering. Jenis makanan yg menggatalkan kulit lah. Nasib baik kv ni jenis tak allegic ngan benda cam tu. Kalau sotong kering gelek yg dok jual kat pasar malam kota bharu tu, mmg kv tak lepas peluang lah. Beli byk2 dan makan sampai puas. Tu yg resdung kv tak baik baik. Pagi pagi asyik tersumbat hidung ajer.

Kv pun tau semua org ada tabiat yg pelik2. So, setiap org setiap ragam. Rambut aje sama hitam, tapi hati tetap lain2. Kita hormati org, sure org pun akan hormati kita jugak kan.

Rasanya kv tak nak tag sesapa lah sbb ramai yg dah buat kan. So, tradisi bloger ni bagus jugak sbb kita boleh kenal seseorang dgn lebih mendalam lagi.

--------------------oOo--------------------

4.10.2006

GEMUK

Kv suka sebenarnya nak tulis tajuk ni sbb ada kena mengena ngan kv.Hikss. Lunch hour kelmarin kawan baik (KB) kv ada singgah kat ofis. So, kita org pun ber hu ha hu ha sakan lah. Seb baik hubby pun dah kenal KB kv ni. Hik hik hik.

Kv kluar lunch ngan dia. Hubby gi lunch ngan ofismate lain. Kami makan kfc. Biasanya cam tu lah, kalau dia mai ofis kv mmg kami akan melantak kfc. Teringat masa muda remaja dedulu, kfc plaza kotaraya yg jadi mangsa havoc kami.

KB kv ni orgnya cantik. Body selim melim la. Like a model gitu. Ketinggian dia, kalau kv jalan sebelah dia (walau pun pakai high heel) rasa cam kemetot sesangat. Hik hik hik. Anak dia dah dua. Yg sulung baya hang nadim dan yg kecik dah nak masuk 2 tahun.

Kalau masa belajar dulu dia mmg suka diet giler2. Sanggup tak makan nih. Tapi kenkadang tu, terpengaruh jugak ngan kv. Hik hik. Husband dia jenis kurus cekeding. Lain la hubby kv yg montok tu.;)

Masa makan tu mcm2 kami borak. Dr kenangan silam sampai ke cerita anak2. Pas tu pulak terkeluar isu gemuk. Dia bercerita kat kv, katanya tak larat dah nak hidup mcm ni.Kv tanya mcm mana?

Rupanya husband dia jenis yg suka kontrol dia nak makan apa. Kalau makan ayam lebih, terus dijeling. Kalau nak maintain body, boleh makan nasi sekali seminggu aje. Aduhai, tak larat la kv mcm tu. Katanya, kalau nak tempah baju mesti yg ikut size. Tak boleh baju kurung sbb nanti kalau baju kurung, kalau body dah naik, nanti tak perasan. So, baju yg ikut body tu sebagai pengukur lebihan lelemak lah.

Hmmm..kv pun tak boleh nak komen sbb jauh berbeza cara dia dan cara kv. Kv jenis ada gastrik. Dulu, masa sekolah menengah kv langsung tak turun ke kantin. Jaga badan. Langsung tak sarapan sampai la habis form four. Form five baru la jenguk kantin. Balik dr skolah tak terus makan, tercongok depan tv dulu. Petang baru makan. Masa tu, kurus sampai bongkok. ;) Tu yg terkena gastrik tu.

Abih spm, kv tolong kakak meniaga pasar malam. Bukannya makan byk pun, tp kenkawan selalu cakap kv dok hidu zat2 makanan tu. Masuk u berat kv 54kg. dah gemuk sgt rasanya masa tu. Abih u berat kv 57kg. Kenkawan semuanya slim melim. Kv sorang yg gemuk.

Masa kawin(bersanding berat kv dah 60kg) Hik hik. Bukannya makan byk pun, tp kv jenis kena makan nasi walaupun sikit. Mungkin perubahan hormon kot. Lagi pun usia makin bertambah.

Masa mengandungkan hang nadim berat kv turun ke 58 kg. Walau pun sikit aje turun tp mmg cengkung sungguh. Dalam pantang pun berat 57kg aje. Tak turun byk.

Habis pantang, kv makan tak jaga sgt. Lepas geram. Lelama badan naik ke 63kg. Pas tu mejadi 65 kg. La ni dah 66kg. Adoiii..camana nak kurus ni????
Kv cuba tak makan malam, tp tak boleh tidur pulak sbb perut dok gruk grak gruk grak. Dlm tidur siap bangun muntah2 sbb perut masuk angin. Cuba minum susu/milo panas aje. Tp tak jadi lah.

Tu selalu kalau kv makan sesudip or 1/2 sudip nasi, hubby akan komplen takut kv sakit perut. Even kalau makan ikut time pun kv akan sakit perut belah petang. Mmg antara masa makan kv tak kan jamah apa2. Tp berat badan tetap naik.

Terasa jugak nak makan herbalife cam kak sya syorkan tu. Tp hubby tak bagi dulu sbb kami kan cadangnya nak tambah zuriat. Takut2 kalau ada efect. Kena lupakan dulu lah. Dulu, kv pernah makan sendayu tinggi sampai 3 bulan je. langsung takde perubahan. Kv ni jenis cepat fed up. So, usaha tinggal usaha je la. Hik hik hik...

Kv rasa kalau hubby kv mcm husband KB kv, mungkin cara makan kv lebih berdisiplin kot. Mungkin la ni body kv selim melim kot.Kekekekekeke. Entah lah, kv pun tak tau nak komen apa. Kalau nak, kena azam yg kuat dan pandai mendisiplinkan diri. Kv selalu jeles kat kenkawan yg kadar metabolisme dia org tinggi. Pulun apa pun, badan tetap maintain slim.

Kv selalu jawab ngan org yg asyik perli badan kv makin sihat.

"Eh, engkau ingat aku nak sgt gemuk ni, aku pun nak body lawa jugak!"

Hik hik hik...sebenarnya bukan kv tak ambik positif ngan komen dia org. Tp saje jer nak suruh dia org sakit hati. Sbb..org yg komen tu, badan dia lagi sihat dr kv. Camana tu?

--------------------oOo--------------------

4.09.2006

SAMBUNGAN

Kv cuba pulish lagi gambar2 taman orked tu. Akhirnya dpt la jugak.Gigih betul katanya.;)

Pokok bunga kertas yg telah dibonsaikan.


Hik hik..tgk la mama hang nadim yg syok dok melilau tgk bunga kertas tu.


Salah satu mercu tanda dlm taman tersebut.


Pameran bunga ros. Macam2 jenis ada. Siap letak tag supaya jgn cium.Ahaks..

HARI MINGGU.

Kv tak balik bermalam kat rumah mak sbb nak tgk suhu tubuh hang nadim dulu. Takut demamnya melarat. Hari jumaat tu kita org melenggang ke kb mall.Ke mana lagi ye? Ada road tour tourism malaysia. Macam2 promosi pelancongan ada. Hos dia osman kering, jali salam pantai timur dan deejay manis fm yg kv tak kenal pun. Hmmm..bosan.

Hang nadim dok merengek nak makan mee (sizling yee mee). Terpaksa la ikutkan hasrat hati anak bujang ku yg sorang tu. Byk sungguh dia makan. Lepas tu dia meragam bila dah kenyang. Geram betul. Abah dia ajak gi kat indoor game sebelah food court tu. So, kv layan makan sorang sorang.

Dah siap makan tu, nak gi cari hubby ngan hang nadim. Tetiba rasa cam pernah tgk jer org tu. Bila dia pandang kv, dia pun menghadiahkan senyuman. Manis sungguh. Walaupun orgnya tak lawa mana (pendapat kv la tu), tp manis betul senyumnya. Sharifah Shahora tgh minum ngan kenkawan dia. Ada shooting kat kota bharu kot.

SABTU.

Pagi ni kami rancang nak balik jenguk mak kv kejap. Rasa tak sedap hati kalau tak balik setiap minggu. Sejam perjalanan aje kan. Dekat aje lah. Tp hubby dok sibuk ngan pukat dia pulak. Kali ni dia beroperasi di tali air depan rumah aje. Sibuk suruh kv buat pekasam ikan air tawar tu. Kv pun bagi cadangan, bawak balik rumah mak kv, nanti mintak tolong dia buat kan. Mithali betul kv kan?

Hasil tangkapan pagi sabtu tu.

Petangnya, balik semula rumah MIL. Kawan lama hubby datang. Dia kerja kat kl. Katanya cuti 2-3 hari. Dia tolong hubby kutip ikan belah petang pulak. Kv hadiahkan kat dia semua tangkapan belah ptg. Ye lah, org dok kl mana la nak merasa ikan darat kan. Bagi chance lah.

Banyak lagi kv nak cerita. Tp macam over pjg pulak.Hikss. Nanti esok lah kv sambung lagi. Enjoy ya. Ibarat kata kak nik, kalau nak merasa suasana kampung jenguk la blog kv. Pure org kampung.;)

--------------------oOo--------------------

CORETAN HARI MINGGU

Puja Umur ~ Part 3 (Akhir)

Sampai juga ke bahagian akhir Puja Umur. Hik hik. Memang kv ngan hubby ni suka sgt meronda, kan? La ni dah menurun kat hang nadim. Memalam tu, kalau dok berpeel, asyik ajak gi the mall, nak makan mee (sizling la tu) katanya.

Dua tiga malam lepas, kita org berkesempatan ke Taman Orkid Tengku Anis (Raja Perempuan Kelantan). Setiap tahun, taman orkid ni akan berfungsi atau dibuka setiap kali merayakan sambutan ulangtahun al sultan kelantan. Sesapa yg minat landskap dan bunga boleh la berkunjung ke sini. Boleh meroyan dibuatnya.

Macam macam pameran ada. Ada pertandingan gubahan, ada pertandingan pokok bunga. Macam2 kategori. Ada pertandingan menghias landskap. Pesertanya adalah majlis berkuasa tempatan setiap daerah di Kelantan. Kv tak tau pulak sapa yg jadi juri.

Kat bawah ni kv sempat snap2 gambar kat taman orkid tu. So, enjoy ya( sori la gambar kurang terang)

Landskap kaktus yg sempat kv snap.


Deretan gerai yg menjual bunga. Macam2 ada. Kalah nursery.Kv rasa harga dia biasa aje. tak murah pun.


Hang nadim (maskot blog kv. Hik hik hik)sempat posing sebelah harimau dan kijang yg telah diawet. Ngaum...Kalau tgk taring dia, seriau bulu roma.

Maskot blog dok posing antara pokok bonsai. Eksyen nyer!!


Bunga perhiasan. salah satu syarat wajib dlm senitaman yg dipertandingkan. Kv pun tak perasan sapa yg johan.;)


Pintu masuk ke taman orkid. Tiket 50 sen (bukan cerita aisah 50 sen tau) utk dewasa. Kanak2 percuma aje.


Senihias taman, ada gondola, ada wakaf, ada jambatan kecik. Mcm2 ada.


Senihias taman lagih.


Pintu gerbang ke laman rumah. Ada sesapa yg sanggup buat landskap cam gini?


lagi satu seni taman.

Sebenarnya, tadi kv cuba pulish mcm2 gambar. Tp masuk sekerat ajer. Nanti kv sambung balik. Daa.

--------------------oOo--------------------

4.06.2006

DEMAM DAN SAKIT GIGI

Hari tu Kv janji nak sanbung Puja Umur part 3. Tapi tak boleh nak tunaikan sebab hang nadim tak sihat hari tu. Kelmarin kv nak update tp line asyik kemput jer sampai kv pun dah naik bosan.

Dua hari lepas hang nadim demam lite2. Malam tu teruk sikit panas dia. Kv set jam, pukul 2.00 pg cucuk torpedo kat bontot dia. Kebah sikit. Paginya tinggal gi kerja tu siap pesan kat MIL supaya bagi ubat ikut peraturan. Selalunya MIL tak bagi ubat kalau hang nadim demam. Biasa la kan budak2 ni, kalau demam mesti meragam lebih. Bila nak suap ubat, hang nadim tak nak. Langsung dia tak paksa. Hikss..cucu sorang la katakan. Tp hubby dok pesan beratus kali kat dia supaya jgn lupa bg ubat.

Balik kerja nampak hang nadim cam letih sikit. Ye la, kalau dah demam mana nak aktif. Tp dia still ceria. Tak makan satu hari dan tak menyusu langsung. MIL dah panik dah. Hmmmm...Hang nadim pulak siap demand nak makan laksam la, nak sumi (jelly) lah, nak mee goreng lah. Lepas solat asar, kami ke pasar beli segala mak nenek yg dia mintak tu. Tp laksam takde, pujuk beli mee aje. Balik tu, tak nak makan sbb nak ikut abah dia tahan pukat. Hai....

Malam pulaknya, dia dok meragam cakap sakit gigi. Langsung tak nak makan. Kv tgk dia cam letih sesangat. Risau jugak. Panat pujuk letak oral aid la, tak jadi jugak. Hubby gi klinik beli antiboitik dan ubat demam. Dekat pukul 10 dia masih lagi merengek. Kv pun dah tak tau nak buat camana ngan gigi dia tu. Kv rasa dia jatuh dan tersengguk kot sbb macam ada darah beku skt kat gusi depan tu (bagian gigi depan yg rongak tu). Patut la di atak boleh menyusu.

Kami pun pikir nak guna psikologi la pulak. Kononnya nak gi jumpa tok bomoh nak kasi gigi dia tak sakit lagi. Senonong jer gi ambik kopiah dia nak ikut abah gi rumah tok bomoh tu. Terpaksa la bawa pegi. Tapi alhamdulillah, balik tu dia boleh tidur ngan nyenyak dan boleh menyusu jugak. Bangun dari tidur pagi kelamrin dia dah ok. Badan langsung tak panas. Syukur alhamdulillah. Balik kerja tu, dia dah terlompat lompat. Hmmm dah sihat anak mama.:)

Pagi ni sebok menceceh bagitau kat abah dia yg anak ayam serama dah tetas. Ish..kv rasa baru aje ayam serama tu bertelur dan tetas, ni dah ada anak lain pulak. Membiak betul.

Anak ayam serama generasi pertama dah besar. Padahal kv rasa cam baru aje.


Ni bapak ayam serama hang nadim. Kuat betul. Dia minum air tongkat ali kot.


Gambar ni takde kaitan mgam ayam serama. Hiksss


Ni mulanya kv ingatkan ibu ayan serama. Rupanya anak angkat dia.

--------------------oOo--------------------

4.04.2006

PUJA UMUR ~Part 2

Ni kv nak sambung lagi cerita fasal 'puja umur'. Sempena dgn sambutan hari lahir al sultan Kelantan, pihak KADA telah menganjurkan pameran agrotek (hikss mcm bahasa buku teks pulak).

Kv saje je pergi sbb nak tgk barangan industri asas tani. Ala..barangan yg org kampung buat di bawah bimbingan KADA. Bagus jugak kan. At least org kampung (pompuan terutamanya) ada pendapatan sampingan.

Hang nadim pulak sibuk dok tanya kat mana lembu. Sbbnya, hubby ingatkan pameran haiwan pun ada sama. Rupanya non ado. Hiksss

Masa sampai tu, org tak ramai sgt. Kami pergi lepas isya'. Dekat aje ngan rumah kv. Lokasinya tepi tali air KADA Melor. Mmg selalu kalau ada expo pihak KADA akan buat kat situ. Rupanya, kami park kete jauh sgt ngan tempat pameran. Sakit pinggang kv melenggang nak sampai ke tempat yg dituju tu.

Bila 15 minit kat dlm, baru perasan umat manusia dah memenuhi kawasan pameran. Kat seberang tali air pulak di adakan persembahan dikir barat. Apa lagi, hang nadim ngan MIL kan peminat setia, layan aje lah. Kv ngan hubby pusing2 tgk pameran. Tak kuasa la nak tgk dikir barat. Ada ke lagu Radja (tajuk apa eh lagu popular dia tu) di buat versi dikir barat. Teruk betul bunyi nya.

Kv sempat la beli telur itik jeruk. Kat sini murah sikit dari harga biasa dlm pasar. Kv beli jugak bunga daun getah. Lawa2 semuanya. Naik meroyan kv dibuatnya. Beli 2 set (2 jenis). Hiks...sampai sekarang bunga getah tu masih dlm kete. Lupa nak bawak masuk rumah. Maklumlah, pasunya belum beli lagi.

Hubby pulak gi beli air dan makanan. Beli satar seringgit/5 ketul. Murah kan? Tapi saiznya kecik sikit dr biasa. Bila makan tu, bestnya. Tak pernah jumpa satar yg kaw2 cam tu. Teringat otak2 kat kuala besut pulak. Tapi rasa satar tu lagi best la. Bila nak beli bawa balik dah habis pulak. Hmmmm...frust.

Kat kaunter sebelah lagi ada pasu kecik yg dijual seringgit satu. Malas la kv nak beli. Tak de tempat nak simpan (sebenaqnya tak de pulus, hikss)

Ikan air tawar yg masih hidup dijual 2 ringgit satu plastik. Kalau yg besar ada sekor ada 2 ekor. Kalau yg kecik dlm 4-5 ekor. Murah kan?


Herba tradisional. Cuba tgk akar tongkat ali tu. Besar gedabak. Kv tgk pakcik2 dok kutis dan kunyak akar dia. Hikss..kan tak sabar2 nak balik rumah pakcik oii..!!
hang nadim dok tgk anak itik. Sampai tak nak berginjak dari situ. Macam la kat rumah takde itik pulak.


MIL tgh dok menghayati hasil anyaman. Segala macam bentuk ada. Pilih aje.

Itu aje lah part 2 puja umur. Nanti kv sambung part 3 pasal Taman Orkid Tengku Anis pulak. Malam ni baru nak pegi. Kat sini mcm jadi acara tahunan kita org. Bawak MIL tgk segala mcm bentuk bunga. Tunggu yaa...


--------------------oOo--------------------

4.02.2006

PUJA UMUR ~ part 1

Akhirnya, setelah penat dok publish gambar (laaaaaaama sgt), menjadi la jugak. Sakit kepala kv dok pikir kenapa 'slow' sgt servicenya. Hikss...tak sabar sungguh.

Malam Sabtu (hari Jumaat) kami ke kota bharu. Saja nak ronda2 tgk ragam org di musim 'puja umur' ni. First nya, kami ke kb mall dulu sbb ada urusan yg nak dibereskan. Sempat jenguk kat handbag yg sale 70% Ingat nak cari kaler pink, bila berkenan teringat pulak patent nya sama cam ofismate kv. Tak jadi la. Pas tu kami pusing2 bandar. Singgah stadium kejap tgk org. Lagi pun hang nadim sibuk nak tgk keretapi. Hiksss..

Jalan sibuk tp tak berapa jem. May be kv dah lewat skt kot. Dapat park dekat ngan stadium. Punya la ramai umat manusia. Pening2 lalat kv dibuatnya. Tambah pulak tangan hang nadim dok heret ke sana dan ke sini.

Penat berpusing, kami singgah minum kat food court sebelah stadium. Kalau dulu, belum dibuat bangunan baru tempat ni dikenali sebagai kedai payung stadium. Macam2 fesyen manusia ada. Wah gitu.

Dekat situ jugak, ada pertunjukan wayang kulit. Tp, malas la nak tgk sbb terlalu ramai org. Hang nadim pulak dok jual perangai. Ishh... geram kv. Pusing2 pameran, bosan hang nadim dok mengamuk, kami terus ke kereta.

Dah lewat malam, so beransur keluar dr bandar kota bharu. sambil2 tu cuci mata ngan lampu lip lap lip lap yg di hias indah. Nampaknya kota bharu tak tidur sempena pesta puja umur ni. ;)




Antara pintu gerbang berhias yg kv sempat snap.


Crowd yg turut serta menghangatkan malam di stadium.

Itu aje lah untuk part 1. Nanti kv sambung lagi kalau berkesempatan. Daa..



--------------------oOo--------------------

TAHAN PUKAT

Sebenaqnya kv nak buat entry pasal 'puja umur' tp bila nak publish gambar, asyik tak boleh ajer. Line tak clear kot. Ptg nanti kv cuba lagi. Mati la miss gigih katanya.

Petang jumaat, hubby ambik kv ngan hang nadim kat rumah mak kv. Tak sempat singgah lama ni sbb sibuk nak balik tgk pukat dia. Takut hari gelap pulak. Kv la yg jadi mangsa temankan dia. Hikss padahal kv yg suka jugak ikan darat tuh.


Masa memula sampai, hubby tgh buangkan ikan puyu dari pukat.


Sebenarnya rentetan gambar ni tak betul. Ni kv tgh bantu hubby tahan pukat kedua petang tu, selepas, semua ikan yg kena di pukat pertama tadi habis diambik.


Hubby kat dalam tali air, masa dok proses ambik ikan dari pukat. (Bukan tali air kat depan rumah tu, tali air ni jauh sikit dr rumah)


Hasil tangkapan pukat pertama pada petang tu.


Ni pulak hasil tamgkapan pada sebelah pagi esoknya. Kelihatan hubby dok menyiang ikan. Kv tukang tgk aje.Hiksss..mithali sungguh.





--------------------oOo--------------------